CHANNEL UMB

Wednesday, September 1, 2010

Jangan Salah Lapor

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Berita tengahari ini banyak yang mengejutkan terutama mengenai perletakan jawatan Datuk Peter Pang En Yi dari Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah. Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mengumumkan berita tersebut dan meletakkan semua jawatan dalam parti tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Karamunting itu berkata ianya adalah satu keputusan yang sukar tetapi beliau terpaksa ekoran keputusan parti itu menolak sebarang kerjasama dengan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Musa Aman.

Beliau turut menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri jika perlu berbuat demikian. Beliau turut berjanji untuk meneruskan khidmat dibawah kerajaan BN pimpinan Musa Aman. Baca laporan Utusan Malaysia Online disini.

Walaubagaimana pun, sudah ada portal pembangkang yang bangang membuat laporan menyatakan bahawa Peter Pang umum keluar parti dan meletak semua jawatan dalam kerajaan Negari. Berita seumpama inilah yang memesongkan rakyat. Ternyata, portal tersebut tidak bertanggungjawab dengan memaparkan berita yang tidak betul hanya semata - mata untuk mensensasikan keadaan.

Bagaimana mungkin ada manusia yang boleh menerima berita seumpama itu yang jelas dan nyata lari dari cerita sebenarnya? Hairan. Janganlah membodohkan diri sendiri dengan mempercayai portal sedemikian rupa. Malah sumber mereka juga boleh diragui. Jangan dibiarkan hidup kita diselubungi rasa syak.

2 comments:

  1. pembangkang memang bangang tak bertempat..lagipun sudah tugas mereka membuat cerita fitnah lagi mengelirukan.

    ReplyDelete
  2. Pembangkang..orang tak letak pun dia kata dah letak...Dia kat ada nujum penipu sendiri..

    ReplyDelete