CHANNEL UMB

Tuesday, April 3, 2012

Mahkamah Arahkan Seruan Gemilang Bayar RM70juta!!!


INDERA MAHKOTA 5, KUANTAN – Disebalik puak-puak pembangkang memainkan isu Kerajaan Negeri bangkrap dan samseng ekoran kononnya mengabaikan keputusan mahkamah sebelum ini mengenai keperluannya membayar jutaan ringgit kepada sebuah syarikat pembalakan;

Mahkamah Rayuan yang bersidang pada Khamis, 29 Mac di Istana Kehakiman, Putrajaya, memutuskan bahawa syarikat tersebut – Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, ialah pihak yang perlu membuat pembayaran berkenaan.

Mahkamah Rayuan itu yang bersidang dengan tiga (3) hakim diketuai Dato’ Sri Panglima Sulong Matjeraie, mengambil keputusan bahawa Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd perlu membayar sekurang-kurangnya RM70 juta kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang sebagai hasil yang syarikat itu perolehi daripada kerja-kerja pembalakan.

Syarikat yang sama juga diarah supaya membayar dengan kos sebanyak RM30,000.

Dua hakim lain yang bersidang bersama-sama Dato’ Sri Panglima Sulong ialah Dato’ Clement Allan Skinner dan Dato’ Wira Mohtarudin Baki, dan keputusan oleh ketiga-tiga hakim ini ialah sebulat suara!

PERJANJIAN ‘ADALAH TERBATAL DAN TIDAK SAH’

Keputusan ini ialah ekoran Mahkamah Rayuan yang sama yang memutuskan untuk  mengetepikan satu rayuan oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Dato’ Mariana Yahya telah pada 26 Jun lepas (2011) membuat keputusan memerintahkan bahawa perjanjian antara Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang dengan syarikat pembalakan tersebut pada 2 Oktober 2000 ‘adalah terbatal dan tidak sah dan/atau telah diberhentikan.

‘Dan adalah selanjutnya diperintahkan bahawa tuntutan balas defendan [NOTA : Badan Perhubungan UMNO Pahang] terhadap plaintif [NOTA : Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd] maka hanya tinggal isu gantirugi sahaja untuk taksiran’. - Seterusnya, klik disini.

Ps: Meh kita tengok. Siapa yang engkar perintah mahkamah!!!