CHANNEL UMB

Monday, August 30, 2010

PAS Lagi Kejam Terhadap Bukan Islam???

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Apabila menceritakan mengenai sejarah, pasti akan ada orang yang memperkatakan mengenai isu 13 Mei 1969. Catatan bersejarah itu akan terus terpahat diminda terutamanya golongan yang mendapat tentangan secara berhadapan dengan DAP pada ketika itu.

Banyak pengalaman pahit yang dilalui orang - orang terdahulu apabila menceritakan kisah hitam itu. Malah, Tun Dr. Mahathir juga turut membukukan Malay Dilema semata - mata untuk menjustifikasikan keadaan itu dari berlaku. Jika kita perincikan apa yang beliau kata didalam buku itu, sehingga kini masih ada kebenarannya.

Pernah ditanya kepada sebilangan anak - anak Melayu muda mengenai senarai nombor telefon yang mereka miliki. Berapa ramai dari senarai nama itu bukan dari golongan Melayu? Maka terpingga - pingga mereka menjawab, hanya beberapa. Jelas, apa yang dikatakan oleh Tun suatu ketika dahulu iaitu Perpaduan diantarakaum itu tidak pernah wujud. Ianya hanya sekadar tempias kerana aktiviti harian melibatkan berbilang bangsa, tetapi untuk mengatakan mereka miliki persahabatan adalah sukar.

Bukan tujuan untuk menyatakan sikap rasis terhadap bukan Melayu. UMNO mencuba sedaya upaya untuk memastikan kemakmuran diantara kaum yang ada dinegara ini. Tetapi sebaliknya yang lebih ekstrem terhadap bukan Melayu pada ketika itu (1969) adalah PAS. Perkara ini didedahkan oleh Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga Menteri Penerangan pada waktu itu.

Sebagai seorang Sejarahwan yang hidup dan melalui waktu itu, adalah tidak wajar menyatakan bahawa beliau seorang yang nyanyuk. Menurut beliau, PAS pernah mendesak bekas Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman untuk merampas harta orang cina pasca 13 Mei. Bertambah teruk sikap PAS terhadap negara sendiri apabila mereka turut menyokong Gerakan Indonesia mengambil alih pemerintahan Negara dan menangkap pemimpin tempatan pada era Konfrantasi.

Memberi gambaran mengenai hubungan diantara parti tersebut dengan PKR dan DAP, beliau berkata ianya hanyalah satu sifat kepura - puraan parti tersebut sahaja. Beliau berkata demikian melalui wawancara bersama UMNO Online hari ini. Klik sini untuk laporan selanjutnya.

"...Bagaimana Pas boleh sesuaikan diri dengan aspek tidak bermoral begini?.."

UMNO sudah lama mendekati masalah Perpaduan diantara kaum yang ada di Negara ini. Sudah 53 tahun, UMNO berusaha mempertahankan kemakmuran dan keamanan diantara kaum. Seringkali juga dalam perjalanan itu kita dengar PAS mengkafirkan UMNO semata - mata menjalinkan kerjasama dengan MCA dan MIC. Jadi sekarang mereka mahu mengatakan bahawa mereka lebih dahulu melaksanakan perpaduan diantara kaum? Hanya semata - mata mereka kini berkawan dengan PKR dan DAP?

Walau apa pun pandangan mereka, jelas hakikat yang nyata bahawa DAP tidak dapat menerima dasar perjuangan PAS. Bagaimana mungkin mereka kata mereka lebih liberal dalam hal demikian? Renungkan lah. Jangan asyik dibuai mimpi. Berpijaklah dibumi yang nyata.

Salam Kemerdekaan ke 53 Tahun.

No comments:

Post a Comment