CHANNEL UMB

Thursday, February 25, 2010

Konvensyen UMNO Pahang 2010







Oleh Amir Rozani

Salam 1Malaysia.

Konvensyen UMNO Pahang telah diadakan dengan jayanya pada 19 hingga 21 Februari 2010 di atas inisiatif yang diambil oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob. Jawatankuasa UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dari seluruh Pahang telah berkumpul di Universiti Teknologi Mara, Bandar Pusat Jengka ibarat satu keluarga yang besar pada hari tersebut.

Konvensyen yang berlansung selama 3 hari ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Mohamad Najib Bin Tun Abdul Razak, Presiden UMNO Malaysia merangkap Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat, 19 Februari 2010.

Bertemakan UMNO Pembela Rakyat; Dato Seri Mohamad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak mengesa seluruh kepimpinan UMNO dalam Negeri Pahang khususnya dan seluruh Malaysia amnya untuk memuhasabah diri. Selain itu, Presiden juga menggesa pemimpin dan wakil-wakil rakyat agar rajin turun ke kawasan masing-masing. Beliau juga turut berasa terharu dengan paparan Video yang menunjukkan bagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu berkhidmat demi membela nasib rakyat di seluruh Negara Malaysia.

Sesi konvensyen ini mengandungi 60 Bengkel yang memuatkan lebih 30 orang peserta bagi setiap bengkel. Bengkel dibahagikan mengikut keperluan seperti:
1. Bengkel Politik
2. Bengkel Ekonomi
3. Bengkel Agama
4. Bengkel Pendidikan
5. Bengkel Media Baru.

Perasmian penutup bagi konvensyen ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Presiden UMNO Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri. Antara lain, beliau mengharapkan agar UMNO Pahang dapat terus memperjuangkan institusi Agama, Bangsa Dan Negara sesuai dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Penyerahan Resolusi dari konvensyen ini telah diserahkan kepada YAB Tan Sri dan juga diedarkan kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian dalam Negeri Pahang.

Diharapkan isi kandungan resolusi dan hasil dari Konvensyen ini dapat di implimentasikan serta dilaksanakan dengan jayanya. Harapan yang tinggi sangat-sangat dialu-alukan oleh Ahli-Ahli akar umbi agar UMNO terus menjadi tunjang kepada perjuangan Agama, Bangsa dan Negara yang berdaulat ini.

HIDUP UMNO!!! HIDUP UMNO!!! HIDUP UMNO!!!

Tuesday, February 23, 2010

Konvensyen UMNO Bahagian Rompin






Oleh: Tajudin Azali

Konvensyen UMNO Bahagian Rompin telah diadakan dengan jayanya di Auditorium Utama UNITEN Muadzam Shah pada 13 Feb yang lalu.Para perserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan perbengkelan iaitu
Ekonomi,Politik,Pendidikan dan Agama dan Media Baru...

Selain itu,Taklimat dan penerangan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dan Taklimat mengenai Pemutihan Keahlian Umno juga telah disampaikan oleh Biro Keahlian UMNO Malaysia..

Unit Media Baru Umno Rompin (UMB Rompin)telah diberikan kepercayaan untuk mengetuai sessi taklimat dan perbengkelan dengan tajuk "PERANAN MEDIA BARU DALAM POLITIK DAN BAGAIMANA MENGAPLIKASIKANNYA...

Perbengkelan dimulakan dengan persembahan slide show tentang apa yang dikatakan sebagai media baru dan kepentingannya dalam politik...Sesi turut sama dibantu oleh para Blogger dan Facebookers yang lebih berpengalaman..Ternyata para peserta begitu memberikan tumpuan dan perhatian ditambah pula dengan YB Dato"Mohamad Sahfri yang bertindak sebagai mentor kepada unit medi baru dalam sesi perbengkelan ini..

RESOLUSI mengenai perbengkelan telah dibentangkan semasa sesi pembentangan dan ternyata mendapat perhatian daripada ahli konvensyen..Akhirnya majlis penyerahan Resolusi Perbengkelan Media Baru telah di lakukan Yb.Dato'Mohamad Sahfri telah menerima daripada Pengerusi Biro untuk disampaikan kepada YH Dato'Hasan Arifin selaku Timbalan Kutua UMNO Bahagian..

Semoga segala rumusan dan resolusi akan menjadi satu panduan dan landasan serta mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak pentadbiran UMNO Bahagian agar ianya benar2 dapat diapliksaikannya...

MEDIA BARU ..MEDAN SEGALA INFO....

Thursday, February 11, 2010

Perpecahan Melayu

Oleh: Semut Merah

Salam 1Malaysia.

Hari ini sekali lagi kita akan menelusuri sejarah UMNO dan Bangsa Melayu di Malaysia. Minggu lepas, posting saya berkisar mengenai Kronologi Pemuda UMNO Malaysia. Minggu ini pula saya ingin mengenegahkan satu subjek yang sepatutnya dipandang berat oleh setiap individu terutamanya yang berbangsa Melayu.

Awal minggu ini, Mursyidul Am PAS Pusat, Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dengan secara terbukanya menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan UMNO. Ini satu perkembangan yang sangat-sangat tidak disangka oleh mana-mana pihak, baik dari UMNO mahupun dari PAS sendiri. Sebelum ini, pelbagai isu telah diperkatakan. Tuntutan Royalti minyak, Isu Kalimah Allah dan Isu Arak di Selangor menjadi bahan berita sebelum ini dimana-mana media. Malah jika kita masih ingat, seawal peralihan kuasa Datuk Seri Mohamad Najib Bin Tun Abdul Razak, isu kerjasama atau perpaduan ini telah pun diketengahkan oleh Presiden PAS, Haji Hadi Awang sendiri. Tetapi pada ketika itu, Nik Aziz berkeras menolak saranan Presidennya dengan mengatakan bahawa UMNO tidak boleh dipercayai. Oleh itu, Haji Hadi terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa cadangan beliau itu adalah dengan UMNO yang dipimpin oleh Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Maka tidak hairanlah jika hari ini, apabila Nik Aziz menyatakan bahawa PAS mahu bekerjasama dengan UMNO, ianya mengundang pelbagai spekulasi dari kedua-dua belah pihak.

Melihat ke dalam sejarah Tanah Melayu suatu ketika dahulu, Melayu hanya memperjuangkan hak masing-masing. Jika kita lihat zaman penjajahan British, pejuang-pejuang Melayu seperti Dol Said, Tok Ku Paloh, Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut, Maharaja Lela dan sebagainya hanya dikenali di Negeri masing-masing sahaja. Perhubungan mereka hanya berlaku digarisan sempadan sahaja. Maka keadaan ini menjadikan perjuangan mereka itu sukar.

Setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua dan setelah Jepun menyerah kalah, British kembali menakluki Tanah Melayu. Mereka mentadbir sepertimana yang pernah mereka lakukan dahulu. Malah agenda mereka dan ancaman terhadap bangsa Melayu menjadi semakin meruncing. Kedudukan serta kewujudan bangsa Melayu sangat-sangat kritikal dan membimbangkan.

Keadaan ini berterusan sehingga Dato Onn Jaafar menggesa seluruh penduduk Melayu agar bersatu bagi menentang Gagasan Malayan Union pada ketika itu. Pada Januari 1946, Dato Onn telah menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung seterusnya mengumpul kesemua persatuan-persatuan Melayu lain sebanyak 42 buah dengan mengadakan Kongres Melayu di Kuala Lumpur pada 4 Mac 1946. Kemudian pada 11 Mei 1946 tertubuhlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PERKEMBAR) atau UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION (UMNO). Inilah pertama kalinya dalam sejarah Melayu mereka bergabung dan bersatu menentang penjajahan seterusnya menuntut Kemerdekaan.

Walaubagaimana pun, mungkin hakikat bahawa Melayu itu amat sukar bersatu, mereka mula berpecah belah selepas mengecapi Kemerdekaan. Sebelum Tanah Melayu diistihar sebagai sebuah Negara Merdeka, perpecahan ini telah pun berlaku. Dato Onn Jaafar sendiri yang sebelum ini menggesa perpaduan telah keluar meninggalkan UMNO setelah cadangan beliau agar keahlian UMNO dibuka kepada semua bangsa ditolak oleh Perwakilan. Beliau seterusnya telah menubuhkan Parti Negara.

Setelah Tanah Melayu dinobatkan sebagai negara yang Merdeka, mungkin pada persepsi saya sendiri, Melayu mula merasakan diri mereka selesa. Maka pada pemilihan UMNO sekitar tahun 1960an, jawatan Presiden UMNO telah dipertandingkan. Pada ketika itu, Tunku Abdul Rahman telah ditentang oleh Haji Ahmad Fuad yang akhirnya keputusan telah menyebelahi Tunku. Haji Ahmad Fuad tewas kepada Tunku sebanyak 46 undi dan mengakibatkan Haji Ahmad Fuad keluar dari UMNO. Beliau seterusnya menubuhkan Parti Agama Islam Se-Malaya atau PAS. Namun demikian beliau tidak menjadi ahli bagi Parti tersebut. Sejarah seterusnya telah mencatatkan bahawa PAS akhirnya berpecah kepada 4 termasuk BERJASA dan AKIM. Perpecahan ini adalah akibat perbalahan dasar yang berlaku dalam PAS itu sendiri.

Melayu seterusnya mengalami transformasi dan berkembang sejak menikmati Kemerdekaan. Sekali lagi pada tahun 1988, Melayu berpecah buat sekian kalinya. Perpecahan ini juga berpunca selepas Pemilihan Presiden UMNO tahun sebelumnya dimana Tengku Razaleigh Hamzah kecundang kepada Dr Mahathir Mohamed. Akibat kekecewaan itu, Tengku Razaleigh telah menubuhkan Semangat 46.

Diakhir dekad tahun 1999, Melayu turut mengalami perpecahan setelah Dato Seri Anwar Ibrahim pula dipecat dari jawatan Timbalan Preseiden UMNO. Beliau juga dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Pemecatan beliau ini mengakibatkan rusuhan dan demonstrasi jalanan pada tahun tersebut.

Sekarang cuba kita bayangkan seketika. Seandainya Melayu itu bersatu padu, sebuah kerajaan boleh kita tumbangkan. Bukan calang-calang, kerajaan British yang terkenal tumpas ditangan orang Melayu. Hebat atau tidak Melayu itulah hakikatnya. Tetapi akibat sifat mementingkan diri sendiri, sikap tidak puas hati dan kurang rasa syukur dalam diri kita, maka berlakulah perpecahan. Sebuah institusi yang suatu ketika dahulu diibaratkan boleh mengalih sebuah gunung, akhirnya berpecah belah.

Fikirkan wahai bangsa ku sekalian. Melayu merupakan majoriti utama dalam masyarakat di negara ini. Malah kita telah pun dinobatkan sebagai bangsa yang paling dominan di dalam negara ini. Tetapi lihat pencapaian kita sendiri. Dimana kedudukan kita sebenarnya? Populasi Melayu di Malaysia ini pernah mencatatkan angka 51% dan bangs Cina sebanyak 21% sahaja. Tetapi seandainya angka 51% itu dibahagikan kepada 3, maka hakikatnya jumlah kita sangat kurang dari bangsa Cina. Inilah diantara sebab kenapa Melayu tidak dapat berkembang maju dalam negara yang didominasi mereka sendiri. Hanya semata-mata disebabkan oleh politik dan berbeza pendapat, bangsa Melayu yang berdaulat ini mundur dan tidak dapat bersatu. Mengapa kita tidak dapat mencontohi bangsa lain yang dapat mengenepikan fahaman politik serta kepentingan peribadi mereka semata-mata demi bangsa? Oleh itu, harapan saya sebagai anak Melayu yang jiwanya Merdeka sangat berharap suatu hari nanti bangsa Melayu kembali kuat dengan ikatan Ukhwah yang sebenarnya. Insya Allah.

Fikir-fikirkan lah.

Wednesday, February 10, 2010

MENAMBAH PENGETAHUAN MEMANG DITUNTUT...


Oleh Tajuddin Azali:

Dalam mengikuti perkembangan arus teknologi tanpa sempadan yang sentiasa berkembang ini,perlu rasanya kita mendapat pelbagai info agar ilmu pengetahuan yang kita ada tidak terus berada pada tahap yang statik...Maklumat wajar kita peroleh walau dengan mengikuti seminar ringkas mahupun melalui sesi percambahan fikiran yang dilakukan secara santai..

Justeru, dalam perjumpaan mingguan UMB UMNO Pahang minggu ini telah pun mengambil inisiatif untuk menjemput tokoh yang dapat memberikan input kepada para ahli tentang dunia multimedia dan komunikasi iaitu Saudara Mohd Shafei Harun yang merupakan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) Wilayah Timur..

Beliau dalam taklimatnya telah memberikan penerangan dengan panjang lebar tentang dunia multimedia di negara ini..Apa yang lebih menarik adalah penerangan tentang Akta berkaitan undang-undang cyber yang berkaitrapat dengan pengunaan internet .Apa yang dikatakan sebagai kesalahan hasutan dan sebagainya.Dato'Sam selaku penasihat UMB UMNO Pahang juga memberikan info -info yang berguna kepada kami.Terimakasih...dan sekarang baru kami sedar akan tanggungjawab diri untuk lebih memberikan tumpuan tentang apa yang perlu kami buat..

Taklimat ringkas tentang Pra Konvensyen UMB UMNO Pahang yang akan diadakan di kediaman Menteri Besar jua telah disampaikan oleh admin UMB UMNO Pahang...Moga apa yang bakal dibincangkan nanti akan membahkan hasil yang baik...

DUNIA SIBER PENUH MUSLIHAT..

Wednesday, February 3, 2010

Kronologi Pemuda UMNO Malaysia

Oleh: Semut Hitam

Salam 1Malaysia.

Jarang sekali dalam posting yang saya buat didalam blog ini menceritakan mengenai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO. Saya mengakui bahawa saya sebenarnya tertarik dengan drama swasta Pakatan Rakyat. Tetapi kadang kala, kita perlu tahu serba sedikit sejarah dan latarbelakang pertubuhan pertama orang-orang melayu di Tanah Melayu ini. Boleh juga kita jadikan ianya sebagai satu renungan dan menjadi satu wadah untuk generasi-generasi masa kini. Sekadar sebagai pemahaman mereka terhadap perkembangan politik Melayu di negara mereka sendiri. Malah saya juga yakin, ada juga segelintir dari kita dan juga ahli UMNO umumnya kurang mengetahui sejarah UMNO itu sendiri biarpun sudah lama menjadi ahli.

Umum kita mengetahui bahawa UMNO adalah Parti Bangsa Melayu Islam pertama wujud di Tanah Melayu. UMNO lah pertubuhan yang pertama dan dengan berjayanya mengumpul serta menghimpunkan bangsa Melayu disegenap pelusuk tanah air ini. Jika kita menelusuri sejarah perjuangan melayu dahulu, sepertimana yang pernah saya ceritakan, Melayu berpecah belah. Mereka lebih mengutamakan sifat ke negerian sehinggalah tertubuhnya UMNO pada tahun 1946. Hampir 500 tahun, baru bangsa Melayu sedar bahawa mereka perlu bersatu untuk menuntut hak mereka di negara mereka sendiri.

Dengan tertubuhnya UMNO dengan agenda utamanya demi Kemerdekaan negara, maka lahirlah juga Pemuda UMNO. Seawal penubuhan sayap UMNO yang pertama ini pada 2 Mac 1947, Pergerakan Pemuda UMNO dikenali dengan nama asalnya Jabatan Pemuda UMNO. Pada tanggal 26 Ogos tahun berikutnya, nama tersebut telah ditukar kepada Perikatan Pemuda UMNO yang diguna pakai sehingga ianya diharamkan. Namun begitu, Pemuda UMNO bangkit dan perjuangan mereka tetap diteruskan sehingga kini.

Pembahagian dalam proses perkembangan Pemuda ini telah dibahagikan oleh pakar-pakar sejarah kepada sembilan era yang berlainan . Setiap era dalam Pemuda UMNO ini mempunyai corak perjuangan dan kepimpinan yang begitu unik sekali. Ia berkembangan selaras dengan perkembangan badan induk dan keadaan negara pada waktu yang sama.

Era pertama merupakan era dimana Pemuda UMNO berusaha dalam menghidupkan pergerakan mereka sesuai dengan agenda kemerdekaan negara. Pada ketika itu, muncul dua tokoh terkenal yang menjadi pemimpin iaitu Kapten Hussein bin Onn dan Dato Abdul Razak Hussain. Kedua-dua ikon ini kemudiannya meneruskan perjuangan mereka dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Pada era kedua, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengalami proses pengukuhan. Setelah agenda Kemerdekaan dicapai dengan jayanya, Saudara Sardon Jubir dan Senu Abdul Rahman memimpin generasi pemuda selepas Merdeka ke arah yang lebih stabil.

Era ketiga memaparkan cabaran besar kepada pimpinan Pemuda pada ketika itu yang sedang dilanda krisis negara yang pertama. Pergerakan Pemuda UMNO dilihat bergerak lebih aktif dalam menjadi sebagai tenaga pendesak dan pengawas terhadap bukan sahaja parti itu sendiri, malah Kerajaan Persekutuan dan badan-badan swasta yang mula wujud pada ketika itu. Ketokohan Datuk Harun Idris, Syed Jaafar Albar dan Datuk Suhaimi Haji Kamarudin benar-benar terserlah pada era ini.

Selepas itu, Pemuda UMNO menjadi medan dalam pengukuhan nilai-nilai Islam yang sejati dibawah pimpinan Anwar Ibrahim. Beliau yang pada ketika itu menjadi Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia atau ABIM telah berjaya mengukuhkan institusi dan jiwa Islam dikalangan Pemuda. Perjuangan Pemuda dalam mempertahankan hak-hak Umat Islam dan keutamaan dalam penyatuan ummah amat dititik beratkan pada era ini. (Namun ironiknya, perkara sebaliknya yang dilakukan beliau kini).

Konsep Pemuda Berakar Teguh, Berakal Canggih merupakan gagasan Ketua Pemudanya dalam era ke lima. Datuk Seri Najib Tun Razak cukup menekankan aspek ini dikalangan ahli-ahli Pemuda UMNO di Malaysia sejajar dengan hasrat kerajaan menjadi sebuah negara maju. Dalam waktu yang sama, kepimpinan barisan Pergerakan Pemuda UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak turut menekan usaha-usaha pemulihan keutuhan parti dan memastikan UMNO itu sendiri terus mendapat kepercayaan masyarakat Melayu umumnya. Dalam era keenam pula konsep Wawasan 2020 diberi penekanan oleh Datuk Sei Najib Tun Razak serta barisan saf kepimpinannya.

Era ketujuh mengupas liku-liku kepimpinan Pemuda dibawah teraju Abdul Rahim Thamby Chik dan Pemangkunya Nazri Abdul Aziz. Fokus mereka diberikan sepenuhnya dalam perlaksanaan Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Presiden pada ketika itu. Mereka menjadi nadi pengerak dalam merealisasikan cita-cita ini dan kesinambungannya masih diteruskan oleh kepimpinan Pemuda sehingga ke hari ini. Dalam era ini juga, perang untuk menghapuskan Isu Politik Wang dikalangan ahli dimulakan. Gerakan memupuk nilai-nilai kepimpinan dan soal perpaduan turut menjadi agenda utama mereka. Selain itu, isu dasar penswastaan, aspek-aspek keruntuhan moral masyarakat serta masalah-masalah setinggan juga dijadikan sebagai objektif utama dalam wadah perjuangan.

Ahmad Zahid Hamidi dalam era kepimpinannya iaitu era kelapan dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengenengahkan keazaman Pemuda yang beriman dan lebih semerlang. Beliau turut menubuhkan 22 Majlis yang bertindak bagi memantapkan jentera Parti. Melalui zaman kepimpinan beliau inilah juga, undang-undang syariah diseragamkan dan diletak dibawah kerajaan persekutuan.

Dan era yang terakhir ialah era kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Ikon Pemuda UMNO yang melancarkan slogan: UMNO, Dulu, Kini dan Selamanya ini menghadapi saat-saat paling sukar sepanjang penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Dengan kewujudan Parti Keadilan dan sebagainya, Pemuda UMNO tetap bangkit dan berdiri kukuh dibelakang badan induknya. Zaman ini, Pergerakan Pemuda UMNO melalui proses pemantapan dengan hasil yang cukup memuaskan pada Pilihanraya UMUM Ke-11. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga turut menggariskan formula bagaimana Melayu boleh kekal sebagai kuasa politik dan mampu bersaing dalam ekonomi pada masa yang sama.

Demikianlah sedikit rentetan kronologi kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang sangat-sangat menarik dan perlu diketahui ramai. Seandainya ada ruang dan peluang, akan saya huraikan setiap satu era ini mengikut kepimpinan masing-masing.

Dengan harapan agar generasi muda hari ini lebih kenal erti sebenar Perjuangan Pergerakan Pemuda dan mereka mahu mendekatkan diri dengan UMNO melalui pendedahan seumpama ini. Pemahaman mereka sangat-sangat penting kepada kita dan khususnya kepada UMNO sendiri dari ancaman-ancaman parti pembangkang yang bukan sahaja membawa dakyah-dakyah songsang malah turut menyebarkan penipuan demi penipuan yang menjadi racun kepada Agama, Bangsa dan Negara yang kita cintai ini. Semoga anak-anak bangsa kita ini dapat terus hidup dengan aman dan makmur hendaknya serta bijak memilih siapa yang sebenar-benarnya benar dan siapa yang tidak. Insya Allah.

Fikir-fikirkanlah.

Tuesday, February 2, 2010

Lompat Parti?



Kami di UMB Pahang tertarik dengan laporan berita dari laman web dari malaysia-instinct "http://www.malaysia-instinct.com" mengenai khabar angin yang mengatakan 10 Ahli Parlimen PKR Mahu Sertai BN :


10 Ahli Parlimen PKR Mahu Sertai BN?

Sejak dua minggu lalu terdapat 10 Ahli Parlimen daripada PKR dilihat memasuki Jabatan Perdana Menteri secara berasingan. Antara yang dikesan ahli Parlimen PKR dari Kedah (2 orang), Pulau Pinang (2 orang), Perak (2 orang) dan Selangor (2 orang) dan Wilayah Persekutuan (2 orang).

Mereka merangkumi Ahli Parlimen Melayu, Cina dan India dikatakan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber Putrajaya enggan menafikan atau mengesahkan perjumpaan YAB Perdana Menteri atau Timbalannya dengan mereka ini.

Bagimanapun beberapa setiausaha Politik Menteri di Jabatan perdana Menteri mengakui melihat sebahagian nama yang kami nyatakan kepada mereka sebagai berada di Jabatan Perdana Menteri minggu lalu.

Siasatan yang dilakukan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang temu janji dengan mana-mana Menteri, Timbalan Menteri atau Penasihat di Jabatan Perdana Menteri.

Spekulasi ketika ini ialah sama ada mereka berjumpa Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Sungguhpun kami mempunyai beberapa nama yang dikatakan mengakui berjumpa Perdana Menteri namun nama mereka akan dirahsiakan sementara waktu bagi sehingga terdapat pengesahan rasmi.

Yang mengejutkan sebahagian nama yang diberikan merupakan ahli parlimen yang provokatif dan dilihat setia kepada Datuk Seri Anwar melebihi setia mereka kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Kami juga difahamkan usaha Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail untuk berjumpa PM atau TPM telah ditolak kerana dipercayai tidak ikhlas.

Azan bagaimanapun semalam mendakwa beliau cuba dibeli oleh UMNO melalui Datuk Jamaluddin Jarjis. Justeru kita mencabar Azan menunjukkan bukti SMS yang beliau dakwa cubaan membeli atau menyogok beliau untuk keluar parti. Kita juga berharap Azan dapat membuat laporan Polis dan SPRM bagi membuktikan dakwaan beliau.