CHANNEL UMB

Tuesday, June 26, 2012

Reformasi Yang Gagal - Bahagian 2


Umum menyedari, sejarah reformasi di Malaysia khususnya yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim segalanya diceduk dan diciplak dari Indonesia.

Saat Indonesia dilanda permulaan kelam zaman reformasi pada bulan Mei 1998, sebulan kemudiannya yakni pada 18 Jun 1998 Anwar mula melaungkan teori reformasi dengan harapan tempias di Indonesia akan menyemai ke sanubari rakyat seterusnya membantu dirinya ke puncak kuasa.

Selepas kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula 2 September 1998 Anwar memanipulasi sepenuhnya semangat gerakan reformasi Indonesia yang akhirnya menyaksikan ibukota Kuala Lumpur hampir lumpuh dengan demonstrasi jalanan di merata tempat.

Gedung perniagaan dan premis kerajaan terpaksa di tutup, huru hara dan rusuhan bermaharalela di sekitar Kuala Lumpur. Tika itu sebahagian besar mahasiswa universiti yang terpengaruh dengan adu domba slogan anti KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme) yang dilaungkan oleh Anwar beramai-ramai turun ke jalanan.

Manakala masyarakat Cina Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati memandangkan sejarah hitam reformasi di Indonesia yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pembantaian kaum Cina Indonesia masih segar dalam ingatan.

Bagaimanapun setelah kalut ribut rusuhan di Kuala Lumpur seakan hampir mirip dengan apa yang berlaku di Indonesia, menyebabkan mereka secara total menolak perlakuan ganas yang diimport dari negara jiran tersebut.

Mereka sedar, jika sudah buruk permulaan sesuatu gerakan yang menyebabkan ramai nyawa tidak berdosa menjadi mangsa hingga ramai gadis dirogol dan dilapah kulitnya kerana prasangka kaum dan agama, tentu sahaja sukar sekali untuk mengambil teladannya untuk diimplementasikan dalam negara sendiri.

Malah kalut malut era reformasi Indonesia diikuti kejadian sama di Malaysia nyata hanya merosakkan suasana pemulihan ekonomi negara selain mengancam nyawa dan harta benda rakyat.

Majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India dan lain-lain akhirnya sependapat perubahan ganas di negara jiran bukan jawapan terbaik apatah lagi ianya disemai oleh seorang politikus yang hanya mengutamakan kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ketenteraman negara.

Justeru itu, budaya politik ciplak dan songsang yang dirintis oleh Anwar telah terbukti gagal dan tidak sesuai untuk diamalkan di negara kita yang tercinta ini. Tiada sebab untuk kita meneladaninya apatah lagi untuk dibudayakan di negara ini.

Reformasi jalanan bukan cara kita dalam membangunkan negara yang pelbagai kaum dan agama, hanya transformasi yang berhemah dan kepimpinan yang berdaya saing, jitu pemikiran dan cakna rakyat sahaja yang mampu membawa kita makmur dan maju ke depan.

Reformasi Yang Gagal - Bahagian 1


Kaji selidik rasmi yang dilakukan oleh Indo Barometer pada 25 April sehingga 4 Mei 2011 menemukan jawapan yang tentu sahaja sukar untuk diterima oleh para reformis Indonesia yang terlibat secara langsung dalam gerakan reformasi jalanan pada tahun 1998.

Mengikut kajian tersebut yang dijalankan di sejumlah 33 wilayah merumuskan Orde baru yakni polisi pemerintahan zaman bekas Presiden Suharto yang digulingkan ternyata jauh lebih baik berbanding Pasca Reformasi 1998.

Sejumlah 28.2 peratus responden dari seramai 1,200 orang yang ditemubual menyatakan pasca reformasi menyebabkan tahap kehidupan rakyat lebih buruk dan amat tidak memuaskan.

Manakala sejumlah 27.2 peratus lagi menyifatkan pasca reformasi 1998 lebihkurang sama sahaja seperti sebelumnya. Hanya 22.8 peratus sahaja bersetuju pasca reformasi adalah lebih baik berbanding Orde baru zaman Suharto.

Kenyataan hasil kajian tersebut ada benarnya kerana tiga tahun sebelumnya yakni pada tanggal 20 Mei 2008, ribuan mahasiswa dan rakyat Indonesia telah memprotes kegagalan pemerintahan pasca reformasi yang gagal membantu kehidupan rakyat.

Jika 10 tahun sebelum itu mereka berhimpun di jalanraya menuntut pengunduran Suharto sebagai Presiden, tanggal 20 Mei 2008 mereka seperti menyesali penyertaan rakan-rakan mereka dalam demonstrasi jalanan era reformasi yang ternyata hanya indah khabar dari rupa.

Dari segi ekonomi pula nyata tiada perubahan yang berlaku walaupun tampuk pemerintahan berkali-kali bertukar tangan sejak era pasca reformasi. Indonesia terus kekal sebagai penyumbang terbesar dalam sektor pembantu rumah kepada negara-negara lain.

Satu-satunya kejayaan mereka disebalik gerakan jalanan reformasi 1998 ialah kebebasan yang lebih baik berbanding zaman Suharto namun natijahnya pula membawa keburukan dari segi hubungan sesama rakyat berbilang kaum dan agama.

Sudah 14 tahun era reformasi 1998 di Indonesia berlalu dan dalam jangka masa tersebut ratusan peristiwa berdarah terjadi yang memburukkan suasana hubungan kaum dan agama.

Reformasi 1998 terbukti gagal merubah nasib rakyat, realitinya hingga kini agak ramai rakyat Indonesia seakan merindui kembali ketegasan Suharto memimpin negara mereka.

Jika demikian hakikat selepas 14 tahun orde reformasi Indonesia gagal sama sekali dalam merubah nasib rakyatnya, mana mungkin untuk kita rakyat Malaysia menyambut baik gerakan reformasi yang sama acuannya. - bersambung...

Masyarakat Cina Tidak Percaya Kepada Anwar


Kaum Cina, dikatakan kaum yang praktikal dan bukan emosional dalam menentukan matlamat hidup mereka.

Praktikaliti bagi mereka, dinilai dari sudut keuntungan ekonomi dalam jangka masa panjang.  Mereka sabar, tekun dan kekal fokus untuk mencapai apa yang diidamkan.    

Dalam menentukan kerajaan yang memerintah juga, kaum Cina mengambil sikap yang sama dan bergerak sebagai satu kumpulan bagi memastikan keuntungan maksima kepada kaum mereka.

Barisan Nasional telah menjadi pilihan kaum Cina sejak sekian lama kerana mereka yakin bahawa parti ini mampu menyediakan persekitaran dan lanskap yang sesuai untuk mereka ‘berkembang’.   

Walaupun terdapat puak-puak ekstremis Cina yang cuba menafikan keupayaan BN serta menghasut kaum Cina agar berprasangka, malah membenci BN dengan membangkitkan soal Hak-hak Istimewa Bumiputera.

Tetapi tiada seorang pun manusia di dunia ini yang mampu menolak hakikat bahawa kaum Cina di Malaysia adalah antara yang paling makmur sekali di dunia di bawah pemerintahan BN.   

Sekolah-sekolah Cina, dahulunya dibuka sebagai persediaan untuk kaum Cina kembali ke tanahair mereka selepas puas mencari kekayaan di negara ini.  

Namun, majoriti  kaum Cina terus kekal di sini, menjadi warganegara yang setia kerana mereka tahu kerajaan Perikatan ketika itu, dan BN hari ini, akan tetap membela mereka.  

Namun begitu, sokongan kaum Cina terhadap BN hari ini dikatakan merosot secara drastik dan apa saja yang dilakukan oleh BN tidak akan mampu lagi untuk memulihkan keadaan ini.  

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang mereka menyokong Pakatan Rakyat.  Mungkin mereka tersasar sekejap pada tahun 2008 akibat terpedaya dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim dan faktor-faktor lain, tetapi seperti yang dikatakan tadi, kaum Cina bukan bertindak berdasarkan emosi, tetapi praktikaliti.  

Akhir-akhir ini, Anwar mula dipandang serong oleh kaum Cina apabila beliau membangkitkan idea untuk menghapuskan PTPTN yang mana akan merugikan para pelajar, termasuk anak-anak bangsa Cina yang majoritinya memilih pusat pengajian tinggi swasta yang jauh lebih mahal harganya.  

Kemudian, Anwar sekali lagi menggusarkan kaum Cina apabila bertindak ‘mengambil alih’ perhimpunan BERSIH 3.0 dan menonjolkan warna sebenarnya sebagai seorang pemberontak yang ingin membuat huru-hara.   Sudah tentu kaum Cina tidak inginkan huru-hara kerana ia akan bermakna kerugian bagi perniagaan mereka.  

Maka, dua insiden ini menjadi titik penting untuk kaum Cina kembali mengimbas sejarah lama dalam menjustifikasi undi mereka dalam pilihanraya kali ini.   

Ternyata sejarah tidak pernah berbohong dan sejarah telah memaparkan siapa Anwar yang sebenarnya.  

Setelah membaca sejarah Anwar ramai anak-anak muda Cina kembali berpijak di bumi nyata dari terus bermimpi diperintah oleh Pakatan Rakyat yang kononnya bakal memberi mereka kesamarataan total bagi membolehkan mereka berkembang ke tahap maksima dan menelan kaum-kaum lain di Malaysia.  

Anwar Ibrahim adalah manusia dengan begitu banyak personaliti jika tidak, takkanlah beliau digelar ‘sesumpah’ oleh wartawan barat.  

Mengikut pendedahan buku The ‘I’ Files, pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam ‘sempurna’ ala Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran.  

Bagi Anwar, kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam.  Sehinggakan, kata penulis buku tersebut, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi ‘mimpi’ Anwar pada waktu itu!

Pendedahan ini boleh dibuktikan dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986-1990.  

Beliau mula melantik Guru Besar yang tiada latarbelakang pendidikan Cina di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina.  

Anwar juga tidak pernah membela sekolah Cina malah beliaulah yang begitu giat membawa semangat nasionalis sepertimana Indonesia di mana identiti kaum-kaum lain dihapuskan sama sekali bagi membentuk sebuah bangsa yang bersatu padu.   

Hanya pada tahun 1996, kerajaan BN telah meminda Akta Pendidikan 1961 seksyen 21 (2) untuk menarik balik kuasa Menteri Pendidikan menukar kedudukan sekolah Cina kepada sekolah kebangsaan selepas bantahan DAP dan Dong Jiao Zong.  

Selain pendirian Anwar mengenai kedudukan kaum Cina di Malaysia yang sukar dijangka kerana asyik berubah-ubah mengikut keadaan politik semasa dan kepentingan peribadinya, Anwar juga dikhuatiri oleh kaum Cina sebagai tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk mentadbir ekonomi.  

Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, dan kebetulannya pada tahun-tahun akhir sebelum dipecat iaitu 1997/98, negara telah mengalami serangan ekonomi yang buruk.   Kebolehan Anwar sebagai Menteri Kewangan telah teruji dan ternyata Anwar gagal sama sekali.  

Dalam kebuntuan, Anwar telah mengambil keputusan yang mudah tetapi salah, iaitu menurut sahaja telunjuk IMF.

Kadar faedah pinjaman dinaikkan secara drastik menyebabkan perniagaan tidak mampu membayar pinjaman dan bank-bank pula terbeban dengan ‘Non-Performing-Loan’ (NPL).  

Akibatnya, ekonomi Malaysia hampir lumpuh sepenuhnya apabila perniagaan ditutup, bank-bank pula mengalami kerugian dan pengangguran meningkat sehingga menyekat kadar dayabeli rakyat.  

Malaysia bertuah kerana diselamatkan oleh kebijaksanaan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berani mengambil langkah tidak popular dan menelan segala kritikan demi menyelamatkan negara yang hampir bankrap.  

Tindakan ini menyebabkan BN berjaya memenangi PRU 1999 apabila kaum Cina menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional sekali gus menjauhkan mereka dari pembangkang pada ketika itu, Barisan Alternatif yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.   

Justeru, kita percaya kaum Cina cukup bijak untuk belajar dari sejarah dan tidak mudah terpengaruh oleh emosi yang kurang tenteram akibat dihasut oleh puak ekstremis, chauvinis, rasis dan pentingkan diri sendiri.  

Selama ini, negara ini berdiri teguh atas kerjasama semua kaum.  Dan kerjasama ini menjadi teguh kerana wujudnya perlembagaan yang mengambil kira keadilan mengikut struktur ekonomi dan sosial kaum-kaum di Malaysia dan bukannya kesamarataan secara buta tuli.  

Formula di dalam perlembagaan inilah yang menjadi kunci keamanan, keteguhan dan kemakmuran negara ini.  Maka semua kaum wajar terus menjulang perlembagaan negara bagi memastikan apa yang dikecapi hari ini akan terus bercambah dan kukuh selama-lamanya.  

Di masa yanga sama, kita melihat apa yang dimomokkan oleh Anwar hanyalah ilusi, mimpi dan fantasi seorang manusia yang gila kuasa. 

Kemungkinan besar Anwar sendiri tidak tahu apa yang diperkatakan dan dijanjikannya kerana kemungkinan besar Anwar sendiri tidak kenal lagi siapa dirinya iaitu sama ada beliau seorang fanatik, ektremis, liberal ataupun plural.  

Oleh itu, jalan terbaik bagi rakyat ialah memilih kepimpinan BN yang ‘moderate’ dan kekal konsisten dengan prinsip dan pendirian ini.  

PAS Rela Khianati Melayu Dari Tinggalkan DAP


Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.

Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.

Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.

DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.

Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.

Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.

Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.

Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.

Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang kononnya selamanya ini dipertahankan.

Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.

Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu sejak berzaman.

Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.

Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?

Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri, keceluparan Nizar dan sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.

Jadi bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi; sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi.

Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu, beliau akan diapit oleh Ngeh dan Nga.

Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka.

Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.

Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999 tahun kepada penduduk Cina. 

Ini hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan pemimpin PAS dengan institusi raja.

Sejak bersekongkol dengan DAP, PAS tidak lagi menghormati raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan institusi itu.

Bagi PAS, ia lebih rela menggorbankan agenda Islam dan membelakangkan bangsa Melayu sekiranya ini dapat membantu parti itu membolot kuasa politik, daripada berpisah dengan kekasihnya DAP yang tidak seagama dan tidak juga sebangsa.

Lindungi Hak Rakyat Dari Kerakusan Pembangkang


KEPUTUSAN pilihan raya umum 2008 dikatakan mengubah landskap politik negara. Kejayaan agak besar yang dicapai oleh pakatan pembangkang telah memungkinkan arena politik berhadapan dengan satu situasi yang selama ini tidak pernah dialami.

Kehilangan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen serta mengalami kekalahan mengejut di Kedah, Pulau Pinang, Perak (selama 11 bulan) dan Selangor telah memungkinkan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas merasakan mereka cukup kuat.

Justeru kerajaan BN terpaksa bergelut dalam pertembungan politik yang menyaksikan pembangkang bersedia melakukan apa sahaja bagi memastikan mereka mampu menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam menghadapi keghairahan pembangkang, rakyat sewajarnya diperingatkan politik menghalalkan cara bukan budaya politik negara ini. Malahan jika ini dibenarkan ia boleh membawa bencana kepada masa depan negara.

Oleh itu kehadiran buku bertajuk 'Moderat - Antidot Barisan Nasional Menentang Politik Menghalalkan Cara' tulisan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr.Mashitah Ibrahim tepat pada masanya.

Moderat atau kesederhanaan sememangnya menjadi pegangan BN sejak merdeka lagi dalam memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan mainan politik melampau oleh mana-mana pihak.

Buku setebal 308 muka surat itu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, hari ini mampu memberikan 'pedoman' dan pemahaman kepada rakyat untuk memahami betapa pentingnya mereka menolak corak politik yang diamalkan oleh pembangkang.

Dr.Mashitah mengupas soal moderat ini dengan terperinci dan ia bukan sahaja dilihat dari sudut politik semata-mata tetapi juga ajaran Islam.

Selain memuatkan ucapan Perdana Menteri mengenai moderat, ia turut mengandungi kupasan menarik mengenai amalan politik pembangkang.

Antara bahagian yang pasti akan mendapat perhatian adalah Bahagian 3 yang mengandungi enam tulisan Dr.Mashitah mengenai mainan politik pembangkang termasuklah merobek mitos buku jingga dan konsep Negara Berkebajikan yang diuar-uarkan oleh Pas.

Sememangnya, dalam BN berusaha bersungguh-sungguh untuk membela nasib semua kaum di negara ini, parti itu berhadapan dengan pakatan pembangkang yang begitu teruja untuk menawan Putrajaya.

Berikutan itu, pendekatan politik moderat atau sederhana yang selama ini menjadi tunjang utama kekuatan negara berada dalam kedudukan terancam. Apa yang mengecewakan, dalam keghairahan itu pembangkang bersedia melakukan apa sahaja termasuklah memainkan isu-isu yang boleh memecah-belahkan rakyat.

Mereka membuat janji yang bukan-bukan, soal sama ada janji itu mampu ditunaikan atau tidak, ia soal kedua, apa yang penting meraih dahulu sokongan rakyat. Dalam soal ini, sudah tentulah rakyat perlu diperingatkan supaya jangan terpedaya dengan politik pembangkang kerana ia akhirnya akan merugikan mereka. Apa yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah contohnya, sudah menjadi bukti bagaimana pembangkang gagal menunaikan janji biar pun sudah diberi kuasa.

Monday, June 25, 2012

10,000 Berhimpun Sokong Lynas


KUANTAN -  Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (Daun) berjaya menarik kira-kira 10,000 orang untuk berhimpun di Teluk Cempedak di sini semalam bagi menyokong usaha dan dasar kerajaan berhubung kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng di sini.
Penyelaras Daun, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, antara program yang dilaksanakan dalam perhimpunan itu yang berlangsung dari awal pagi hingga tengah malam tadi adalah menanam pokok yang diberi nama Lynas  sebagai gimik sokongan.
Aktiviti lain ialah senaman, persembahan kebudayaan, meditasi alam dan penerangan mengenai operasi kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd menerusi skrin besar, katanya kepada pemberita di sini.


"Tujuan utama penganjuran adalah untuk menyampaikan sokongan terhadap pembinaan kilang Lynas yang telah diperjelaskan oleh pakar-pakar berhubung tahap keselamatannya.


"Dan, majoriti yang hadir merupakan golongan muda dari serata pelosok tanpa dinaungi atau didalangi oleh mana-mana parti politik," katanya.
Katanya, Daun juga akan ke sekolah, kawasan rukun tetangga dan lain-lain tempat untuk memberi penerangan dan ceramah dan mengedarkan buku penerangan mengenai operasi kilang Lynas.- Bernama

Tuesday, April 3, 2012

Mahkamah Arahkan Seruan Gemilang Bayar RM70juta!!!


INDERA MAHKOTA 5, KUANTAN – Disebalik puak-puak pembangkang memainkan isu Kerajaan Negeri bangkrap dan samseng ekoran kononnya mengabaikan keputusan mahkamah sebelum ini mengenai keperluannya membayar jutaan ringgit kepada sebuah syarikat pembalakan;

Mahkamah Rayuan yang bersidang pada Khamis, 29 Mac di Istana Kehakiman, Putrajaya, memutuskan bahawa syarikat tersebut – Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, ialah pihak yang perlu membuat pembayaran berkenaan.

Mahkamah Rayuan itu yang bersidang dengan tiga (3) hakim diketuai Dato’ Sri Panglima Sulong Matjeraie, mengambil keputusan bahawa Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd perlu membayar sekurang-kurangnya RM70 juta kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang sebagai hasil yang syarikat itu perolehi daripada kerja-kerja pembalakan.

Syarikat yang sama juga diarah supaya membayar dengan kos sebanyak RM30,000.

Dua hakim lain yang bersidang bersama-sama Dato’ Sri Panglima Sulong ialah Dato’ Clement Allan Skinner dan Dato’ Wira Mohtarudin Baki, dan keputusan oleh ketiga-tiga hakim ini ialah sebulat suara!

PERJANJIAN ‘ADALAH TERBATAL DAN TIDAK SAH’

Keputusan ini ialah ekoran Mahkamah Rayuan yang sama yang memutuskan untuk  mengetepikan satu rayuan oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Dato’ Mariana Yahya telah pada 26 Jun lepas (2011) membuat keputusan memerintahkan bahawa perjanjian antara Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang dengan syarikat pembalakan tersebut pada 2 Oktober 2000 ‘adalah terbatal dan tidak sah dan/atau telah diberhentikan.

‘Dan adalah selanjutnya diperintahkan bahawa tuntutan balas defendan [NOTA : Badan Perhubungan UMNO Pahang] terhadap plaintif [NOTA : Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd] maka hanya tinggal isu gantirugi sahaja untuk taksiran’. - Seterusnya, klik disini.

Ps: Meh kita tengok. Siapa yang engkar perintah mahkamah!!!

Friday, March 16, 2012

Amerika Berang China Sekat Eksport Nadir Bumi


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama kelmarin memberi amaran kepada China bahawa Washington telah mengemukakan aduan ke Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) berhubung dasar Beijing mengehadkan eksport mineral nadir bumi ke Eropah dan AS.

AS yang bekerjasama dengan Kesatuan Eropah dan Jepun kelmarin meminta WTO supaya mengatur rundingan dengan China berhubung isu berkenaan.

Rundingan tersebut antara lain, bertujuan untuk memberi tekanan ke atas China agar menamatkan sekatan eksport mineral nadir bumi.

Mineral nadir bumi merupakan bahan utama dalam pembuatan pelbagai produk konsumer termasuk bateri kereta hibrid, televisyen skrin rata, senjata, telefon pintar, lensa kamera dan motor kecil yang digunakan untuk menaik dan menurunkan cermin kenderaan.

"Jika China membiarkan pasaran nadir bumi menetukan hala tuju sendiri, kami tidak akan membantah," kata Obama ketika berucap di White House.

"Namun, dasar China sekarang menghalang perkara itu berlaku. Ia juga bercanggah dengan peraturan WTO yang dipersetujui sendiri oleh China," tambahnya.

Menurut Obama, China diberi masa sepuluh hari untuk memberikan jawapan manakala rundingan dengan AS, EU dan Jepun berhubung isu tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Jika persetujuan mengenainya gagal dicapai, AS , EU dan Jepun boleh meminta panel WTO menyiasat kuota eksport mineral nadir bumi yang dilaksanakan oleh China.

Sejak beberapa tahun lalu, China mengurangkan eksport mineral nadir bumi dengan alasan bagi memenuhi permintaan dalam negara dan untuk menjaga alam sekitar.

AS cuma memiliki sebuah syarikat pengeluar mineral nadir bumi iaitu Molycorp Inc yang beribu pejabat di Colorado.China pula mempunyai 17 mineral nadir bumi dan menyalurkan 90 peratus bekalan global mineral berkenaan.

Selain China dan AS, terdapat lombong mineral nadir bumi di Australia manakala cadangan membuka lombong berkenaan turut dibuat di Malaysia. - AP

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 15, 2012

YB Fuziah Twist & Turn In Twitter

First of all, let me make it clear that I wanted to see this Lynas issue being resolved. Since I have materials obtained from Dato Marshal, I took the opportunity to engaged the leading character in anti-Lynas movement – YB Fuziah; through twitter.
My questions are plain to see. It is direct and have no spinning and twisting involved. My main question is as per my previous article – Why only Lynas being blasted and not others? My follow up questions are merely based on what have been answered by YB Fuziah. If any readers find it that it is me spinning, I am truly sorry as I have no intention to do so.
Let us have a look on the twits between me and YB Fuziah on Lynas issue…
The questioned I posted wasn’t attended actually by YB Fuziah (but then answered by one of the commentator here in previous article (but not in good manner)). Yet still, YB Fuziah still do not answer accordingly. All she said, she has evidence, but not on other chemical companies (and so do the commentator).
I followed up with another question:
She answered with “If Co import radioactive material, then they’re bounded by the Basel Convention under UN”. based on this, my understanding is – Yes, other companies do have radioactive material too”.  In which, I asked, does Lynas bounded too?
Frankly, I was hoping she said yes, in which can clarify that Lynas also subjected to Basel Convention and the radiation is monitored and regulations MUST be followed.
She answered: “Lynas export from Australia as non-radioactive but we import as radioactive”
At that instance, it was a little weird for me to hear the answer. Why?
First, “export” always followed by “to”.. “not export from”. So do “import from”, not “import to”. Therefore, I twitted to ask:
Oh well, I continued before with asking “isn’t international body too stupid to be fooled”. I asked this because radiation is not a small matter. Afterall, the materials are being transferred from a country to another country in a big scale. Anything happened along the way will be hazardous to few countries. Therefore, I don’t think international bodies are too stupid enough to just being fooled by Lynas.
Eventually, she responded to latter, on the export import terms:
Since it sounded weird (perhaps my English isn’t as good as hers), I tried to put it in a sentence:
Again, I asked to confirm that if the International bodies in are too blind to see the change of the materials from non radioactive to to radioactive.
What did she say then?
She said that Lynas bring out from Australia at just below limit to be classified as hazardous. In other words, it sounded like as if, along the way, the radiation increased before reaching Malaysia. That’s why I followed with this twit to confirm:
I warned her to be careful of what she twit, as wrong words can be meaning different meaning and different situation.
Being wary, I twitted two more:
The two twits were to confirm my understanding that the materials will turn to hazardous on the way to Malaysia and still, IAEA or any international body is okay with the radiation rate. What did she answer?
 She answered by saying “IAEA said anything above 1 bqlg is radioactive” and “Malaysia is forced to use IAEA standard”.
Basically, when she said “forced”, it was alarming to me. Does it mean there are other better standards that Malaysia cannot follow but HAVE to follow IAEA?
Therefore, I twitted more:
I wanted to know how the non radioactive become radioactive and to what extend that is become too hazardous; and I also wanted to know the standard that YB Fuziah recommend that is better than IAEA.
Unfortunately, after the two twits, she said I am not sincere.
After this twit, the rest is history whereby personal attacks begin. I merely asked based on her answers, not plucking anything from thin air or create something from nowhere. I was then accused to be paid blogger in which I have expected that will come whenever engaging with pro Pakatan Rakyat.
Again, I would like to reiterate that this blog is handled in the best manner I can without any prejudice. If I am found wrong, I have no hesitation to say I am sorry and if needed, retract my articles. Kindly refer to commentator namely “dawai koko+” for an action that I’ve taken after he gave his comment. I have retracted a Tazkirah Jumaat based on his comments and I found some truth behind his comment.
This blog also has been criticising both sides of Barisan Nasional and Pakatan Rakyat. 
If you are lazy enough to go through this blog and assume me and this blog as enemy, I feel sorry for any of you.
With this opportunity, I would like to say thank you very much to YB Fuziah for earlier twits (before accusing me of not what I am), in which my questions are direct and no spinning or twisting intended.
In a nutshell, what I can conclude from the twits is, Lynas is also bounded by Basel Convention under United Nations, and also subjected to IAEA monitoring and regulations. Therefore, if IAEA is okay, why should it be a fuss, unless there’s a higher governing and monitoring body that Lynas should follow.
The question still remains…
  1. What makes other chemical companies not being blasted? Why ONLY Lynas?
  2. Is Lynas having the most radiation and will not being managed properly? If not, why IAEA has no significant issue?
  3. What is the better standard than IAEA if YB Fuziah said Malaysia is FORCED to follow IAEA standard?
These are among the questions and I don’t find it is wrong to ask. I have asked the other side, and I wish to hear from the opposing side.
Tomorrow, I will share you what the professor has sent me, and it is up to the readers to scrutinise more. Any questions to the next article will be passed to the professor for further information.
Question on the street: Based on feedback, I do think that Lynas issue is politically radioactive more than the radioactive content of the material used by Lynas…. what say you?

HOT! @rafiziramli BAYAR PULUHAN RIBU RINGGIT UNTUK INVOICE PERTUNANGAN ANAK PM ?, IDENTITI PEKERJA HOTEL BAKAL DIDEDAHKAN!

Good try-lah ! Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli diatas pendedahannya tentang kos perbelanjaan pertunangan anak perempuan Perdana Menteri yang kononya dibayar menggunakan wang kerajaan.

Cubaan kali ini oleh pakar pengarah strategi PKR untuk mengaibkan Perdana Menteri pula dalam kes penyelewengan seperti mana madus operandi sama digunakan untuk menyerang Ds Sharizat Jalil akan memakan dirinya sendiri.

Sehingga kini dokumen pembayaran atau invoice yang didakwa menggunakan wang kerajaan untuk majlis pertunangan itu gagal dikemukakan secara sah. 

Terkini rupanya rafizi mendapatkan maklumat tentang invoice tersebut dari seorang bekas pekerja hotel Shangri-la. 

Dengar khabar, Rafizi membayar sejumlah wang berpuluh ribu ringgit kepada gadis itu untuk mengambil invoice pembayaran sehingga salinan itu gagal dikesan oleh pihak pengurusan dan kewangan hotel.

Bagaimana pun identiti gadis yang merupakan bekas pekerja  Hotel Shangri-la telah penulis kenal pasti. 

Jika Rafizi gagal mengemukakan bukti dokumen kos pertunangan itu adalah duit kerajaan, bagaimana beliau berkuasa menyimpan invoice itu tanpa pihak hotel ketahui serta boleh berada ditangannya, penulis tidak beragak-agak untuk mendedahkan siapa gadis yang menyalurkan maklumat kepadanya.

Kepada pembaca budiman tunggu pendedahan eksklusif ini yang akan membogelkan siapa sebenarnya Rafizi kopi boy, dan berapa jumlah wang sebenar yang diberikan atas maklumat kepada si pemberi maklumat.

Untuk artikel seterusnya,penulis akan keluarkan nama penuh gadis tersebut dan beberapa keterangan mengenai gadis tersebut.

Isu Hudud: PR Didesak Beri Peringatan 'KERAS' Buat Nik Aziz

PAKATAN RAKYAT akan mengadakan mesyuarat berkenaan Hudud pada hari Rabu ini berikutan isu hudud yang dibangkitkan semula oleh Mursyidul Am PAS, Dato’ Seri Nik Aziz dan disokong oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi ditentang keras oleh DAP.
Mungkinkah Nik Aziz dan juga Anwar Ibrahim terlupa bahawa mereka kini adalah pemimpin Pakatan Rakyat dan bukannya PAS atau PKR secara berasingan?  Sebagai pemimpin Pakatan Rakyat mereka harus bertindak dan bersuara senada dengan parti sekutu iaitu DAP terutamanya mengenai hala tuju dan prinsip.
Dalam memperkatakan tentang hala tuju dan prinsip parti, semua pemimpin PR wajib merujuk kepada Buku Jingga yang sangat kita banggakan kerana ia bukan sekadar memaparkan manifesto tetapi juga merupakan dokumen lengkap atau ‘kitab’ rujukan dan panduan yang dipersetujui oleh semua  parti dalam Pakatan Rakyat.
Manakala, Nik Aziz dan juga Anwar Ibrahim kedua-duanya adalah pemimpin penting yang terlibat secara langsung dengan penyediaan Buku Jingga tersebut.
Oleh itu, kita tertanya-tanya apakah mereka berdua kini terlupa bahawa perlaksanaan Hukum Hudud langsung tidak disebut di dalam Buku  Jingga?
Dan lupakah Nik Aziz bahawa di dalam Muktamar PAS yang baru lalu, beliaulah yang mengumumkan bahawa PAS kini tidak lagi memperjuangkan Negara Islam tetapi Negara Berkebajikan?
Bagaimanakah agaknya respon rakyat melihat PAS sanggup mengkhianati keputusan Muktamar PAS sendiri yang mana ianya telah dipersetujui oleh semua perwakilan-perwakilan dari peringkat bawahan?  Dan apakah agaknya pandangan rakyat terhadap PR yang kini dilihat cuba menukar atau membakul-sampahkan manifesto sendiri?
Belum pun menjadi kerajaan, PR sudah menunjuk sikap kurang yakin dan gemar menukar-nukar pendirian dan keputusan parti.
Akibatnya, penyokong PR kini terpinga-pinga akibat diheret ke sana sini, dibawa berpusing-pusing, sekejap ke hadapan, sekejap ke belakang dan menukar haluan ke kiri kanan malah U-turn berkali-kali sehingga mereka pening dan bosan.
Jika kita sering tertanya-tanya kenapa BN terus berkuasa, jawapannya ialah kerana BN sentiasa konsisten dengan perjuangan mereka.   Tidak sukar untuk memahami hala tuju BN kerana ia sentiasa pasti.  Walaupun terdapat perbalahan antara parti-parti komponen namun ianya tidak pernah melibatkan hala tuju mahupun prinsip dan dasar parti.   Kerana itu, rakyat terus-terusan memberi sokongan kepada BN walaupun menyedari akan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam parti tersebut.
Manakala PR pula masih tidak mampu menjelmakan diri sebagai parti alternatif kepada BN.  Lebih teruk, PR semakin hari semakin ‘melonjak’ imejnya sebagai parti flip-flop.  Sehingga kini, walaupun setelah mendapat mandat di beberapa negeri, ketiga-tiga parti sekutu PR masih tercari-cari titik tengah persepakatan ini.
Dalam PAS dan PKR asyik tercari-cari ‘identiti diri’, hanya DAP yang kekal konsisten dalam perjuangan mereka.
Melihat dari segi ini, kita faham kenapa Lim Guan Eng bagaikan sudah hampir putus asa untuk terus bekerjasama dengan PAS.  Lim Guan Eng telah mengugut bahawa DAP akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya PAS meneruskan hasrat melaksanakan hudud.
Walaupun kita juga faham bahawa ugutan tersebut hanyalah berupa  ‘gertakan’ kerana tidak mungkin mana-mana pemimpin politik di Malaysia akan melepaskan jawatan kerana tidak setuju dengan orang lain, namun itu tidak bermakna kita harus mengambil mudah soal manifesto, hala tuju dan prinsip parti.
Untuk itu, kita harap Lim Guan Eng dapat memberi peringatan keras kepada Nik Aziz dan juga Anwar Ibrahim agar kembali kepada Buku Jingga demi keutuhan parti Pakatan Rakyat.
Ps: Sebab itulah PAS tidak menjadikan Hukum Hudud sebagai salah satu Manifesto Pilihan Raya mereka yang akan datang.

PKR Desak Dr. Che Rosli Dipecat!!!

PAKATAN RAKYAT sentiasa komited dan konsisten dalam menentang kerajaan yang hanya mementingkan material tanpa mengira kesannya kepada rakyat.  Selaras dengan komitmen ini, PR telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi bagi memastikan keselamatan penduduk dan alam sekitar dari bahaya pencemaran radioaktif.
Kesungguhan PR diterjemahkan melalui protes dan demonstrasi serta majlis-majlis penerangan bagi menyampaikan maklumat sebenar mengenai bahaya Lynas kepada rakyat.  Namun, segala usaha PR ini terbantut apabila Ahli Parlimen PAS, Che Rosli Che Mat bertindak membela Lynas.
Pada 24 Ogos tahun lepas, Che Rosli dalam satu program dengan TV3 telah menyatakan bahawa penduduk sekitar tidak harus bimbang tentang keselamatan mereka kerana pertuduhan mengenai bahaya kilang Lynas adalah tidak berdasarkan fakta saintifik dan tidak langsung bersifat akademik.
Dalam ertikata lain, Che Rosli seolah-olah ingin menekankan bahawa segala bantahan yang dikemukakan oleh PR dan para pencinta alam terhadap Lynas hanyalah bersifat politik.
Tindakan Che Rosli ini jelas merupakan pengkhianatan terhadap bukan sahaja parti tetapi terhadap rakyat keseluruhannya.
Hujah Che Rosli bahawa kenyataan beliau di dalam TV3 adalah berasaskan kapasiti dirinya sebagai seorang saintis iaitu bekas pensyarah sains nuklear, dan bukan sebagai seorang ahli politik dilihat sebagai peluru tepat kepada PR dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, khasnya yang lantang menjuarai penentangan Lynas.
Kita tidak faham sikap Che Rosli ini iaitu sama ada beliau masih bersama PR atau tidak.  Jika benar beliau masih setia kepada parti, kenapakah beliau dengan sengaja telah memberi peluru kepada BN untuk menembak PR?
Che Rosli harus faham bahawa walaupun beliau seorang saintis, beliau juga seorang ahli politik dalam PR dan beliau tidak boleh mengambil pendirian yang bertentangan dengan parti dan perlu lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan dan pendapat.
Kedudukan beliau sebagai saintis tidak boleh memadamkan hakikat bahawa beliau juga seorang ahli politik.  Justeru, dalam isu Lynas ini, jika beliau mempunyai pendapat yang berlainan, beliau seharusnya mengelak dari membuat kenyataan langsung selagi pendapat beliau tidak dibahaskan dan diputuskan oleh parti.
Apa yang beliau lakukan merupakan tamparan yang hebat sekali di mana PR kini kehilangan hujah bernas untuk terus menentang Lynas.  Apatah lagi apabila pihak berkuasa berkaitan atom dan nuklear antarabangsa turut menyokong bahawa Lynas tidak merbahaya, maka apakah lagi modal PR untuk menghentikan operasi Lynas dan menyelamatkan rakyat dan alam sekitar di Gebeng?
Bukankah ini satu kerugian kepada PR di kala PRU semakin dekat?  Kerana Che Rosli, PR kini dilihat sebagai parti yang hanya mementingkan politik dan segala penentangan terhadap Lynas hanyalah gimik semata-mata.
Memandangkan tindakan Che Rosli telah menyebabkan PR kerugian besar dari segi modal politik dan mungkin juga kehilangan begitu banyak undi, maka laman Suara PR merasakan wajar sekiranya riwayat politik Che Rosli ini ditamatkan sahaja dengan seberapa segera.
Ini kerana tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu Lynas adalah penentu hidup dan mati PR dalam PRU akan datang.