CHANNEL UMB

Thursday, March 31, 2011

LYNAS 1 - FUZIAH SALLEH MENYALAK SORANG - SORANG!!!


Kesian betul kat Ahli Parlimen Kuantan ni. Dia rupanya menyalak sorang - sorang. Tak de orang pun ambik 'port' isu Lynas dia ni sebenarnya.

Jadi, biar la Semut cerita sikit mengenai isu ni. Kang orang cakap si Fuziah Salleh ni gila pulak, menyalak sorang - sorang.

Projek Lynas yang hendak dijalankan di Gebeng ni sebenarnya dah lama bermula. Cadangannya telah diterima pada tahun 2008 lagi.

Sejak dari itu, projek ini telah melalui beberapa proses dan menjalani beberapa ujian teknikal sebelum ianya diluluskan oleh Kerajaan Negeri. 

Ujian termasuk la pencemaran air dan juga alam sekitar. Tidak ketinggalan ujian terhadap kadar radioaktif yang mungkin dikeluarkan dari kilang tersebut.

Sebagai pengetahuan, sisa yang dihasilkan oleh kilang ini akan diproses dan dikitar semula. Bahan - bahan sisanya ada ditangan anak - anak muda hari ni.

Nak tau bahan sisa tu diorang buat apa? Buat 'casing' laptop, Ipad, 'handphone' dan sebagainya. Itu semua hasil sisa dari bahan tersebut yang telah dikitar semula.

Namun, persepsi rakyat ialah mengenai kesan sampingan yang bakal dihadapi sekiranya ianya terbebas keluar. 

Dalam minda rakyat, apa sahaja yang menghasilkan radioaktif akan mengakibatkan kanser. dan perkara ini yang dituba oleh Fuziah Salleh serta rakan - rakan dia ni.

Kalau nak dikaji kandungan bahan radioaktif yang dihasilkan dari kilang ni, lagi bahaya kandungan radioaktif yang terdapat dalam bitumen iaitu Tar.

Jadi secara tak lansung, kita memang dah terdedah kepada kesan radioaktif ini dalam kehidupan seharian sebenarnya. Sebab pencemaran itu memang wujud.

Dan tak hairan lah kalau kadar kematian dalam Malaysia sekarang ni, selain kemalangan Jalan Raya, banyak disebabkan oleh kanser.

Maka, tak payah la si Fuziah Salleh ni nak susah - susah menjadi punca kematian yang seterusnya kepada rakyat Malaysia. 

Bukan apa, takut ada pulak yang mati gila nanti. Gila sebab pencemaran bunyi yang dibuat oleh si Fuziah Salleh ni. Sia - sia je kalau mati sebab dia. Ceh!!! Pigidah!!!

Ps: Ini baru bahagian satu. Bahagian dua akan menyusul lagi nanti. Tungguuuu...

Saturday, March 26, 2011

PUTAR BELIT FAUZI RAHMAN!!!

"...Hang Putaq Ja Kepala Si Azan Tu. Biaq Dia Tau Sikit..."

Ceh! Kita dah terkena dengan permainan Poo...singh si Pendek ni rupanya. Boleh tahan juga dia kelentong rakyat.

Memang patut sangat la dia jadi Pengerusi PKR Pahang. Bakat ambik daripada 'Anugerah Tuhan' tu rupanya. Maklum la. Anak buah Ketua Penipu la katakan.

Sampaikan Azan Ismail pun habis ditipunya. Yang mamat tu ye - ye je la perli dia semalam. Rupanya, kena 'main' jugak dek Fauzi Pendek ni.

Dengar kata, malam tadi ada Mesyuarat Tergempar oleh Ketua - Ketua Cabang PKR dalam Negeri Pahang di Rumah Rehat Temerloh.

Ianya berikutan kenyataan akhbar si Azan Ismail, bekas Timbalan Pengerusi PKR Pahang dalam Sinar Harian semalam. (Klik Sini).

Keputusan dalam mesyuarat tersebut dengan sebulat perut si Fauzi Pendek tu menyatakan sokonga tanpa belah bagi Ketua - Ketua Cabang terhadap kepimpinan si Fauzi Pendek tu.

Mesyuarat tersebut juga telah menetapkan akan merujuk YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi PKR Terengganu ke Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.

Kononnya, kata mereka, tindakan Azan itu semalam sengaja hendak memburuk - burukkan kepimpinan Si Fauzi Pendek selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang.

Eceh! Pigidah! Kepimpinan menda yang ada pada si Fauzi Pendek tu? Dia bukan tau buat apa - apa pun. Buat lawak sarkis pandai la dia.

Sedangkan dalam Pilihanraya Kecil Kerdau hari tu pun, batang hidung dia lansung tak nampak. Pemimpin menda jadahnya?

Inilah dia PKR. Pantang kena kritik sikit, nak mengadu pada Jawatankuasa Disiplin. Sikit - sikit merajuk. Orang bagi nasihat, bukan diorang nak dengar.

Hai Azan. Nampak gayanya, gelap la peluang awak nak jadi Ahli Parlimen Indera Mahkota selepas ni. Patut la awal - awal lagi dah kena tukar ke Terengganu.

Itulah nasib bila masuk parti yang hanya ada kepentingan dan agenda peribadi semata - mata. Terima je layang PKR ni memang hakikatnya Parti Kelentong Rakyat je sebenarnya. Nak jadi pemimpin? Ceit!!! Pigidah!!!

Monday, March 21, 2011

PKR LUMPUH DI INDERA MAHKOTA!!!


Inilah akibatnya bila suka sangat mendoakan musibah menimpa terhadap sesama agama dan umat Islam. Tak mustahil ianya akan terpalit pada muka sendiri.

Sebelum ini, mereka gah sangat buat solat hajat pecah perut dan sebagainya. Tapi nampak gayanya, mereka yang cacat akhirnya.

Ternyata, laporan Semut semalam terbukti benar. Jadi, apa yang Semut tulis bukan la sekadar dengar khabar angin semata - mata.

Bukan setakat Pemangku Ketua Cabang je yang keluar parti di Indera Mahkota semalam. Rupanya Naib Ketua Wanita dan Setiausaha Wanita pun dua kali lima jugak.

Menurut kata Fadzilah Abdul Wahab, tindakan mereka yang keluar semalam sebab sikap PKR yang suka meminggirkan suara rakyat.

Kata dia, keputusan untuk keluar dari parti itu semalam adalah akibat daripada kepincangan yang berlaku dalam PKR terlalu banyak.

Dia sendiri sudah banyak kali mengajukan laporan mengenai perkara itu tetapi hanya dipandang sepi oleh pucuk pimpinan.

Macam mana diorang tak dipandang sepi. Semuanya sibuk nak membela bontot Ketua Penipu tu je dah sekarang ni.

Punca kekalutan dalam PKR ni sebenarnya semua berpunca dari Anwar Ibrahim sendiri. Bukan salah orang lain.

Baru dalam rangka nak membersihkan imej ekoran kemusnahan dalam Pemilihan yang lalu, dah si Ketua Penipu tu buat masalah baru.

Sapa suruh dia berdolak dalih mengenai isu DNA dia? Kalau dia secara sukarela serahkan DNA dia hari tu kan senang. Sekarang dah terima musibbah macam ni, baru padan dengan muka dia. 

Itu pun orang PKR tak sedar diri jugak lagi? Masih jugak diorang nak sokong manusia yang tak bertanggungjawab macam si Al - Juburi tu? Jangan biarkan diri anda diselubungi DNA!!!

Ps: Agak - agak, bila la si Anwar tu nak buktikan dia tak bersalah dengan memberikan sampel DNA dia untuk diuji ye?

Thursday, March 17, 2011

ALKITAB BAHASA MELAYU - APA RELEVANNYA?


Itu persoalan Semut. Mungkin subjek ini berat untuk dibaca dan dibahas dalam blog. Tapi ini sekadar tuntutan daripada beberapa orang rakan serta Sahabat Semut.

Hari ini, Mufti Selangor keluar larangan kitab tersebut menggunakan kalimah Allah sebagai kata ganti bagi perkataan God.

Perlu diingatkan! Majlis Fatwa Kebangsaan hanya membenarkan penyebaran kitab itu dalam bahasa Melayu sahaja. Tapi tidak membenarkan kata ganti itu diguna pakai.

Datuk Tamyes Abd Wahid kata, 5000 naskah kitab Injil berbahasa Melayu itu akan dilarang pengedarannya di Negeri itu kerana tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor.

Tamyes juga sekali gus mengesahkan kenyataan Nazri Aziz bahawa tindakan Kerajaan memansuhkan penahanan kitab tersebut tidak sah disisi undang - undang syariah Selangor.
"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor.
Wah! Kita tengok macam mana Si Teresa Cork tu nak mengulas kenyataan yang diberikan oleh Mufti Negerinya sendirinya ni.

Selain Mufti Selangor itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr. Harun Din juga dengan tegas menyatakan pendirian yang sama, yakni menolak penggunaan kalimah Allah bagi kata ganti kepada God.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Harun Din dikatakan telah dikunjungi beberapa kumpulan Pemimpin PAS Pro Erdogan bagi memujuk beliau membuat kenyataan membenarkan Kitab Injil berbahasa Melayu dibenarkan untuk terus beroperasi di seluruh Negara. Ini akan memberi kelebihan politik terhadap parti tersebut terutamanya dalam berhadapan dengan PRU Sarawak.

Harun Din dengan nada marah memberi amaran keras terhadap pemimpin2 tersebut agar tidak menggadaikan maruah Agama Islam demi kepentingan politik sempit. Harun Din kemudiannya bertanya kembali apa kesannya apabila pengedaran Kitab Bible berbahasa Melayu ini?

Adakah kita hendak lihat anak2 Muda Islam membeli Kitab tersebut lalu terpesong agama mereka? Harun Din juga menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya bahawa ianya tidak releven dan sewajarnya PAS tidak bertindak melulu dalam mengejar karier politik tanpa memikirkan soal kedaulatan Islam pada masa hadapan.
Namun, persoalan Semut serta rakan - rakan tetap sama. Apa keperluannya kitab Injil itu diterjemahkan kepada Bahasa Melayu pada asalnya?

Kalau nak kata ianya untuk pemahaman penganut mereka dari kalangan orang Asli ianya tak masuk akal. Kenapa ianya tak masuk akal?

Kerana jika dilihat pada Sejarah, Mubaligh Kristian pada satu ketika dahulu membuka Sekolah bagi mengajar bahasa Inggeris, bahasa yang biasa digunakan dalam Injil kepada penganutnya.

Jadi kenapa sekarang mereka tidak boleh lakukan perkara yang sama? Sedangkan bagi umat Islam sendiri, setiap anak kecil yang sudah mula mengenal huruf pun dihantar untuk mengaji Al - Qur'an yang ditulis dalam bahasa Arab.

Jadi ini satu tuntutan Semut sebagai rakyat di Malaysia ini kepada pemimpin. Berikan sebab dan keperluan Injil itu ditulis dalam bahasa Melayu serta jelaskannya kepada rakyat. Itu sahaja.

Friday, March 11, 2011

GERAKAN KRISTIANISASI OLEH DAP!!!


Berita gempar!!! Berita ini lebih dahsyat kalau nak dibandingkan dengan keadaan yang telah berlaku di Negara Jepun. 

Ianya lebih gempar dari gempa bumi dan tsunami di Negara Matahari Terbit itu. Dan kalau kita terlepas pandang dan membiarkannya, kemungkinan keadaan akan bertambah parah.

Semut terbaca twitter yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP Pusat mengenai perkara ini.


Berani dia desak Kerajaan Malaysia agar segara melepaskan Kitab Injil dalam bahasa Melayu yang telah ditahan oleh Kerajaan sebelum ini?

Malah Semut juga sempat membaca kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh si Lim Guan Eng dalam laman Facebooknya.


Dia jelas sengaja menyalah-gunakan Perlembagaan serta membuat tafsiran menyeleweng untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat di Malaysia ini.

Konon kata dia, rampasan yang dibuat sebelum ini menghalang amalan kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan.

Dia juga cuba mempengaruhi serta mengukuhkan pandangannya dengan menyatakan bahawa rampasan itu juga turut membelakangkan dasar Kerajaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Semut mula tertanya - tanya. Apa siginifikasinya mereka beria - ia mahukan Bible dalam Bahasa Malaysia ini dikeluarkan?

Dimanakah relevannya? Dan soalan yang paling membimbangkan ialah untuk siapa mereka buat Bible dalam Bahasa Melayu ini sebenarnya?

Siapa 'audiance target' mereka? Kalau nak kata dari kalangan masyarakat Cina, sudah ada Kitab Injil dalam bahasa tersebut. Begitu juga dengan kaum India.

Jadi adakah Kitab Injil dalam Bahasa Melayu ini hendak ditujukan kepada mereka yang terdiri dari kalangan masyarakat yang berbangsa Melayu?

Di mana pendirian PAS dalam soal ini? Bukankah mereka juga yang mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu merupakan bangsa terawal memeluk Islam di Malaysia?

Adakah ketika itu Kitab Al - Qur'an dikeluarkan dalam Bahasa Melayu? Sudah tentu tidak sama sekali. 

Pergilah ke mana Negara sekali pun, Kitab Suci Al - Qur'an tetap ditulis dalam Bahasa Arab. Boleh pulak orang memahaminya. Tak perlu ada dalam bahasa Melayu atau sebagainya pun.

Jadi, apa perlunya Kitab Bible ini dikeluarkan dalam bahasa Melayu kalau bukan untuk memesongkan aqidah serta kefahaman Islam dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia?

Tidakkah perkara ini boleh dianggap sebagai ancaman kepada agama Islam serta umatnya di Malaysia? Kenapa tak de orang sedar akan tipu muslihat mereka ini?

Sibuk beramuk pasal Politik, jangan sampai kita abaikan perkara ini. Sedar - sedarlah wahai umat Islam dan bangsa Melayu Malaysia. Musuh yang jelas sudah ada depan mata. Kenapa kita masih bertengkar sesama sendiri?

Wednesday, March 9, 2011

ANWAR, DALAM HATI ADA TAMAN!!!


Ini jelas secara hakikat walaupun dia buat secara tidak sedar oleh Anwar Ibrahim. Dalam hati ada taman kata orang. Hehehe...

Kalau dia tak sayang Dr. Mahathir, kenapa dia beria - ia membuat promosi percuma untuk buku Tun Dr. Mahathir yang bertajuk "A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad" ni?

Walaupun tujuan Anwar sebenarnya nak mempertikaikan isi kandungan dan bagi alasan ianya tindakan terdesak Mantan Perdana Menteri itu, dia secara tak lansung turut mempromosikan buku tersebut.
Dah berebut - rebut orang nak dapatkan buku tu. Sebab semua nak tahu apa isi kandungan yang dinyatakan oleh Anwar tu benar atau pun tidak. Katanya buku tu jadi barang 'panas' sekarang ni.

Menurut kata Tun Dr. Mahathir, semasa beliau menulis buku tersebut, beliau cuba mengelak daripada menyakitkan hati orang tertentu. 

Namun demikian, beliau perlu menulis apa yang benar. Jadi kalau ada orang yang terasa hati, beliau terima. Kalau nak saman pun, saman la. Itu kata beliau.


Selain itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar mempunyai semangat juang dan karektor yang kuat.

Ianya bagi memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan Negara daripada musuh - musuhnya.

Mantan Perdana Menteri yang juga merupakan Negarawan terulung itu juga berkata, rakyat Malaysia harus bersedia untuk melawan dengan bersebab.

Bukan macam si Ketua Penipu tu. Dia berlawan tak de sebab pun nak lawan. Yang penting bagi dia, Lawan Tetap Lawan. Apa yang dia nak lawan, entah la.

Sebab apa dia nak lawan? Demi apa? Demi masa depan yang bercita - cita nak jadi Perdana Menteri la, apa lagi. Tapi cakap la konon lawan untuk rakyat. Ceit!!! Pigidah!!!

Tuesday, March 8, 2011

CUCU MAT KILAU, KONTRAKTOR TAK BERGAJI!!!


Sapa kenal mamat ni? Mamat ni nama betul dia Semut tak tahu. Tapi nama manja dia dikenali dengan nama Cucu Mat Kilau atau pendeknya CMK.

Dulu dia ni penyokong tegar Parti Kencing Rakyat di Pahang. Dia jugak katanya yang bukak portal Pahang Daily Online yang kerja hari - hari kutuk Kerajaan dan menipu rakyat tu.

Kisah peribadinya, kita cerita kemudian je la. Kita tumpukan pada isu fitnah yang cuba dibawa oleh si CMK ni masa di PRK Kerdau tempoh hari.

Tengok gambar kat bawah ni dan lihat macam mana dia punya putar belit. Dia kata, gelanggang tu dibina sebab adanya PRK Kerdau. Siap catat dalam World Record kerana pembinaannya paling cepat didunia kononnya.


Kalau macam tu kira hebat jugak la Barisan Nasional ni. Sebab bukan kat Kerdau je ada Gelanggang macam ni. 

Gambar - gambar kat bawah ni dihantar oleh sahabat Semut yang ada di daerah lain di Pahang. Gelanggang ni dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan.


Cadangan pembinaan gelanggang seumpama ini telah bermula sejak Dato Azalina Said lagi jadi Menteri Belia. Kesinambungannya diteruskan sampai dapat gelanggang ni.


Gelanggang serbaguna ini juga dibina mengikut kawasan. Yang paling penting, kawasan tu ada pertubuhan belia yang berdaftar dan bergerak aktif.

Jadi nampak sangat la si Cucu Mat Kilau ni menipu dengan mengatakan gelanggang di Felda Jengka 22 tu dibina masa tu jugak. Padahal ianya dibina dah lama dulu.


Perdana Menteri datang hanya merasmikan sahaja gelanggang tu mungkin sebab ianya baru siap dibina sebelum PRK Kerdau bermula.

Patut la si CMK ni asyik kena halau ke hulu kehilir. Dah menipu je kejenya. Itu pun ada hati nak 'mengendeng' dengan MB Pahang. Ceit!!! Pigidah!!!

Sunday, March 6, 2011

PESANAN DARIPADA YAB MENTERI BESAR PAHANG


Berikut Semut paparkan pesanan daripada YAB Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Jentera Pilihanraya Kecil DUN Kerdau buat seluruh rakyat dikawasan ini.

<iframe title="YouTube video player" width="400" height="300" src="http://www.youtube.com/embed/DxzgaMaCOwk" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Semoga mereka dapat menggunakan akal dan fikiran mereka dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab mereka sebagai rakyat.

Pilihlah dengan bijak. Jangan ikutkan emosi dan sifat berdendam yang ditaburkan oleh puak - puak Pembangkang.

Mereka jelas tidak mengutamakan rakyat. Sebaliknya hanya mempergunakan rakyat demi kepentingan peribadi mereka semata - mata.

- SELAMAT MENGUNDI -

Tuesday, March 1, 2011

BOB LOKMAN KUTUK NIK AZIZ!!!

...Yo! Chill Out Tok Guru...

Dah kantoi menipu dan kuat ponteng sekolah, si Bob Lokman ni pun ajak penyokong - penyokong kuat PAS supaya tolak pembangunan.

Bukan setakat pembangunan fisikal seperti jalan raya dan sebagainya sahaja yang ditolak oleh si Bob ni rupanya.

Tapi dia juga turut tolak pembangunan insan seperti pendidikan. Dia nak ajak supaya anak - anak muda jadi malas macam dia. 

Kata dia tak perlu belajar ilmu agama sampai ke Universiti Al - Azhar ni. Buat mengabihkan masa je kononnya. Mengabihkan duit.

Kenyataan tersebut bagi merujuk kepada ilmu dan kelayakan yang dimiliki oleh calon PAS yang hanya lulusan UiTM itu sahaja.

Kata dia, calon PAS itu yang juga merupakan lulusan Juru Ukur itu pun tahu keluasan bumi Allah tanpa perlu pergi ke Universiti Al - Azhar.

Nampak sangat dia nak mengampu calon PAS yang bertanding dalam Pilihanraya Kecil DUN Kerdau ni je sebenarnya.

Secara tak lansung dia jugak turut perli Tok Guru Nik Aziz yang juga merupakan bekas pelajar Universiti Al Azhar.

Bob Lokman jugak turut perli puak - puak PAS yang banyak menghantar anak - anak mereka menyambung pelajaran disana.

Secara kesimpulannya, Bob Lokman kata tak payah la susah - susah Kerajaan Negeri nak habiskan duit hantar semula pelajar ke Mesir nanti. Belajar kat Malaysia ni pun dah cukup. 

Tak pun tak payah belajar lansung. Jadi je macam dia. Belajar je kat Mahad, tapi satu apa pun tak dapat dihayati dan dijadikan amalan dalam kehidupan dia. Ceit!!! Pigidah!!!