CHANNEL UMB

Thursday, September 9, 2010

Laluan Alternatif


Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Berikutan keputusan Kerajaan Pusat yang lalau, maka inisiatif terpaksa diambil oleh pihak Polis terutamanya di kawasan Daerah Bentong dan Raub. Berikut dipaparkan berita dari Utusan Malaysia Online.

Wan Mohd. Samsudin Wan Osman (kanan) menunjukkan peta laluan alternatif yang disediakan bagi mengelak kesesakan menghala ke Kelantan di Raub, semalam.


RAUB 7 Sept. - Penduduk daerah ini yang ingin pulang bercuti menyambut Hari Raya Aidilfitri ke Kelantan melalui Gua Musang dinasihati menggunakan tiga laluan alternatif bagi melancarkan aliran trafik dan kesesakan.

Ketua Polis daerah, Supritendan Wan Mohd. Samsudin Wan Osman berkata, selain jalan utama dari Bentong ke Lipis, pengguna boleh menggunakan Jalan Cheroh-Sungai Koyan.

Katanya, laluan alternatif kedua ialah melalui Jalan Tengku Abdul Samad ke bulatan Bukit Koman dan melalui persimpangan ke Taman Amalina Lestari ke Jalan Lipis tanpa menempuhi bandar Raub Perdana.

"Laluan alternatif ketiga ialah melalui persimpangan Krau sebelum memasuki kawasan pekan Raub dan laluan ini akan menembusi simpang empat dekat Kampung Melayu Sempalit sebelum pengguna mengambil laluan kanan ke Jalan Lipis," katanya kepada kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Wan Mohd. Samsudin, laluan di persimpangan Krau akan dapat mengelakkan pengguna memasuki pekan ini dan Raub Perdana.

Katanya, pihaknya menugaskan para pegawai dan anggotanya memantau kelancaran trafik sekali gus mencadangkan pengguna mengikuti laluan yang wajar mengikut keadaan semasa setiap hari.

"Kami harap pemandu memberi kerjasama sepenuhnya dengan mengikut arahan polis trafik bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas dan memastikan mereka selesa semasa memandu.

"Pengguna juga diingatkan tidak memotong barisan dan jika ada yang masih berdegil, mereka akan dikenakan saman serta-merta tanpa kompromi," tegasnya.

Wan Mohd. Samsudin berkata, 20 kenderaan polis dan sembilan motosikal berkuasa tinggi akan sentiasa beroperasi setiap hari bagi memastikan laluan utama dan juga alternatif dimanfaatkan sepanjang masa.

Beliau memberitahu, terdapat 45 persimpangan sepanjang dua kilometer sebelum memasuki pekan ini yang perlu dipantau supaya tidak mendatangkan kesesakan jalan raya menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Beliau juga menasihati penduduk tempatan bijak menggunakan laluan bersesuaian supaya tidak terperangkap bersama pengguna luar.


Sedarlah wahai pemimpin sekalian akan rintihan dan penderitaan penduduk setempat. Turunlah ke padang dan lihat sendiri keadaan ini sewaktu hari raya nanti. Jangan enak duduk di atas kerusi empuk dan tidak melihat keadaan sebenarnya.

Bersyukurlah penduduk - penduduk Negeri Kelantan yang bakal melalui kawasan Raub dan Bentong ini. Penduduk - penduduk setempat sangat bertoleransi terhadap mereka dan sanggup bekorban demi memastikan saudara sekalian selamat sampai ke destinasi.

2 comments:

  1. "Beliau juga menasihati penduduk tempatan bijak menggunakan laluan bersesuaian supaya tidak terperangkap bersama pengguna luar."

    penduduk tempatan bijak menggunakan laluan bersesuaian? celah mana nak lalu?

    cuba datang bentong tengok. jalan mana kami orang bentong nak lalu? kami nak berhenti dikedai membeli barangan untuk rayapun susah. nak pergi balik kerja susah. rasa dah macam duduk kat kl pulak.

    setiap tahun macam ni. tolonglah buat laluan altenatif. buatlah jalan yang tak masuk bandar bentong.

    ReplyDelete
  2. Peniaga Cina di Bentong dan Raub pun dah mula mengeluh. Patut Kerajaan Pusat kena dengar dan prihatin terhadap perkara ini.
    Baru - baru ni tak pasal - pasal je accident kat depan trafic light Sungai Marong. Motor dengan kereta.
    Tak ke naya budak naik motor tu sebab yang cuainya pemandu kereta. bawak sambil bercakap dengan handphone.
    Tak heran la kalau statistik kemalangan penunggang motorsikal yang paling tinggi.

    ReplyDelete