CHANNEL UMB

Wednesday, January 27, 2010

Biar Rakyat Yang Nilai Kita – PM



KUALA LUMPUR, 26 Jan. – Sekali lagi Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota kabinet dan ahli-ahli Parlimen termasuklah dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) sendiri untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jujur tanpa mengharapkan apa-apa balasan termasuklah jawatan dan kedudukan yang tinggi.

Katanya, dalam apa-apa kerja yang dilaksanakan sekalipun, setiap wakil rakyat dinilai secara objektif iaitu berlandaskan kerja yang dilakukan, turun padang,tidak bersikap angkuh serta tahu amanah yang tergalas untuk dilakukan bagi kepentingan rakyat.

“Tidak perlu melobi untuk mendapat jawatan atau menjadi wakil rakyat kerana rakyat sendiri akan membuat penilaian malah isyarat telah diberi bahawa rakyat tidak pentingkan jawatan tinggi dalam parti atau kabinet sebaliknya kesediaan mereka untuk turun padang dan berkhidmat kepada rakyat,” tegas beliau lagi.

Dalam masa yang sama, beliau juga turut menekankan untuk mencapai kemajuan bukan secara berperingkat tetapi melonjak terus lantas pencapaian yang luar biasa dapat digapai sebagaimana beberapa aspek yang telahpun dibuktikan di awal tahun baru ini.
Untuk bacaan selanjutnya,sila rujuk "http://umno-online.com/"