CHANNEL UMB

Wednesday, September 8, 2010

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Berikut adalah berita dari Utusan Malaysia Online.

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Kira-kira 140,000 pengguna dijangka mengambil manfaat daripada laluan tol percuma di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Satu yang diuruskan oleh syarikat konsesi, MTD Prime Sdn. Bhd. bermula pukul 9 malam ini.

Ketua Bahagian Lebuh Raya MTD Prime, Wan Razali Wan Muda berkata, laluan tol percuma itu akan diberi pada 7, 8, 15 dan 16 September ini mulai pukul 9 malam hingga 6 pagi buat semua jenis kenderaan.

''Tol percuma ini mengambil kira waktu puncak di mana pengguna akan memulakan perjalanan ke destinasi mereka di sebelah Pantai Timur dan semasa balik ke rumah selepas cuti raya.

''MTD yakin formula laluan tol percuma dapat menyuraikan trafik sebanyak lebih 30 peratus supaya kesesakan di lebuh raya dapat dikurangkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pada Kempen Keselamatan peringkat Kementerian Kerja Raya minggu lalu.

Menurut Wan Razali , pengguna lebuh raya akan mendapat manfaat daripada laluan tol percuma kerana ia dapat menjimatkan masa dan mengurangkan tekanan akibat terperangkap dalam kesesakan trafik.

Pada masa sama, konsesi tol perbandaran MTD di bawah anak syarikat Metramac Corporation Sdn. Bhd. pula akan memberi diskaun tol sebanyak 10 sen untuk semua kelas kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Hubungan Timur Barat pada 10 September dari pukul 12.01 pagi hingga 12 tengah malam.

Sebarang pertanyaan dan kesulitan boleh menghubungi talian 24 jam Primeline 09-5479111 dan Metraline 03-91732020.


Maka kami di UMB Pergerakan Pemuda UMNO Pahang dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H. Mohon ampun dan maaf, zahir dan batin, jika ada salah dan silap yang kami lakukan. Doa kami semoga saudara sekalian selamat tiba didestinasi yang dituju.

Semoga perjuangan kita ini diredhai Allah S.W.T dan kami mengharapkan kerahmatan dariNya. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment