CHANNEL UMB

Thursday, December 30, 2010

Kepimpinan Yang Wajar Di Contohi

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Bukan hendak mengampu. Jauh sekali untuk mengipas. Tetapi ianya adalah satu tindakan wajar yang harus diberikan pujian.

Walaupun usia muda, namun keprihatinan yang ditunjukkan serta kebertanggungjawaban seperti ini boleh dijadikan teladan.

Rasanya tidak ramai anak - anak muda yang mempunyai sikap prihatin seperti ini. Apatah lagi sekiranya mereka sudah menjadi orang bergelar.

YB Supian jelas prihatin dengan masyarakat setempatnya, walaupun beliau hanya memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda sahaja.

Tetapi sikap beliau untuk turun ke padang bertemu dengan mangsa yang terlibat mampu mempamerkan jati diri yang baik serta menjadi teladan buat generasi muda yang lain.

Semoga apa yang beliau lakukan ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Insya Allah.

AMARAN BANJIR!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.
Berita terkini yang kami terima dari sumber - sumber UMB sekitar Negeri Pahang hari ini ialah berkenaan hujan berterusan sepanjang hari mungkin akan mengakibatkan banjir di beberapa tempat.
Beberapa tempat dimaklumkan sudah pun dinaiki air seperti di kawasan Bukit Pelindung di Kuantan.
Turut dilaporkan terdapatnya kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Sekilau.
Laporan dari UMB Indera Mahkota menyatakan setakat ini, sudah 50 mangsa banjir sekitar kawasan Sungai Karang Darat sudah dipindahkan ke SK Sungai Karang.
Sebarang makluman mengenai banjir dikawasan berkenaan diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan Banjir di Majlis Perbandaran Kuantan.

Thursday, December 23, 2010

Kenapa Guan Eng Masih Diam???

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Pelik pulak tengok 'peel' budak sorang ni. Kalau dulu pantang sekejap, nak saman orang itu dan ini. Tapi bila didedahkan perkara ini kenapa dia diam?

Dah takde suara dah ke nak bercakap atau mengutuk serta mengkritik orang? Mari kita kupas satu - satu.

Pertama pendedahan yang dibuat oleh Zulkifli Noordin mengenai penglibatan anak Lim kit Siang ni dalam isu Liwat oleh Ketua Penipu Rakyat, Anwar Ibrahim.

Katanya, Guan Eng pernah bersama - sama mempersoalkan perkara tersebut dalam sidang Parlimen pada tahun 1997. Beliau turut mendesak agar Kerajaan Pusat pimpinan Tun Mahathir menyiasat perkara tersebut.

Semalam, Karpal Singh mengaku dia juga pernah mendesak Kerajaan Pusat menyiasat dakwaan tersebut pada tahun 1997 setelah beliau bertemu dengan Azizan.

Jadi, sekarang, kenapa si Karpal Singh dan Guan Eng senyap pula? Adakah pendirian mereka hari ini tidak sama seperti dulu? Apa yang membuatkan mereka berubah?

Kedua, isu kerakyatan yang dipertikaikan oleh Guan Eng. Perkara ini didedahkan oleh Minda Intelek Melayu.

Kenyataan yang jelas menyebut, "Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah)" telah dinafikan oleh Setiausaha Akhbar Guan Eng.

Kenapa Guan Eng tidak ambil tindakan kalau ianya benar - benar satu pembohogan? Wah, kalau sebelum ini hebat sangat kata nak saman itu ini. Tapi alih - alih, diam membisu ni apasal?

Fwd: [SEMUT HITAM] Karpal Mengaku Dia Tahu???

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Satu lagi pendedahan menarik yang dikeluarkan oleh Malaysian Instinct hari ini berkenaan dakwaan sama ada Pengerusi DAP Pusat itu tahu atau tidak penglibatan Anwar dalam kes Liwat pada tahun 1997.

Si Karpal Singki Pecah itu menyatakan semalam bahawa pada tahun 1997, beliau pernah meminta kepada pihak Kerajaan untuk menyiasat dakwaan berkaitan Anwar dengan aktiviti luar tabiee.


Beliau membuat desakan terhadap dakwaan tersebut kononnya atas kapasiti sebagai ahli Parlimen Pembangkang waktu itu.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau telah berjumpa dengan pemandu peribadi Anwar, Azizan Abu Bakar dan beberapa individu lain berkenaan dakwaan tersebut.

Azizan merupakan saksi dan juga mangsa perbicaraan kes Liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dan 1999.

Beliau telah membuat pengakuan dalam Mahkamah dengan menyatakan bahawa beliau telah berulang kali di liwat oleh Anwar.

Walaubagaimana pun, kata Karpal Singki Pecah itu Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu menolak dakwaan tersebut.

Memanglah Tun tolak kalau sekadar cakap sahaja. Kenapa si Karpal Singki Pecah itu tidak membuat siasatan mengenai kesahihan perkara itu ketika kali pertama beliau mendengar mengenainya?

Bukankah beliau seorang peguam dan tugas peguam adalah untuk mencari kebenaran? Bukan sekadar bercakap sahaja.

Ironiknya, dia juga yang beria - ia mendesak pihak Kerajaan menyiasat dakwaan berkenaan pada ketika itu. Tetapi kemudian berubah menjadi penyokong tegar si Ketua Penipu itu pula.

Dia tahu Anwar meliwat, tetapi tetap mempertahankannya? Tidakkah rakyat hairan dengan tindakan dan pendirian beliau itu? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
--
Dicatat Oleh Blogger ke SEMUT HITAM di 12/22/2010 06:30:00 PM

Komen UMBPPU Pahang:

Ibarat kura - kura dalam Perahu. Karpal sengaja buat tak tahu. Singa dah jadi Kura - Kura pulak ye? Hancurlah Pakatan haram ni.

Yang salah dibenarkan pula? PAS apa cerita? Takkan diam sahaja? Mat Sabu tak nak bersuara ke?


Wednesday, December 22, 2010

Adun Selinsing Masih Senyap

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Bukanlah tujuan kami hendak memburuk - burukkan orang. Jauh sekali niat hendak mengaibkan sesiapa.

Tetapi dakwaan ini perlu penjelasan. Laporan sebelum ini banyak menyiarkan spekulasi dan video mengenai tingkah laku sumbang ADUN Selinsing.

Malah pendedahan tersebut dapat kita saksikan disini. Klik Sini.

Namun sehingga hari ini, masih tidak ada respon yang diterima dari mana - mana pihak. Baik dari pihak yang membuat dakwaan mahupun ADUN Selinsing itu sendiri.

Sewajarnya, beliau perlu membuat penjelasan kerana ia mengaitkan maruah beliau dan juga agama. Begitu juga dengan Mursyidul Am PAS Pusat, Nik Aziz juga perlu membuat penjelasan beliau.

Adakah benar dakwaan tersebut? Wallahualam.

Cakap Murah!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Belum apa - apa lagi, Pakatan pembangkang sudah mula goyang dan menabur janji - janji kosong kepada rakyat agar terus terpengaruh dengan mereka.

MediaPermatang Pauh mendedahkan janji - janji kosong yang dibuat mereka dalam konvensyen yang diadakan baru - baru ini. Klik Sini.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Perdana Menteri berkata, pelbagai tawaran yang dibuat oleh pakatan Pembangkang itu tidak berpaksikan kepada realiti.

Bagaimana pun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan akan dibuat kemudian.

Nak ulas apa lagi? Nampak sangat mereka takut hilang kuasa sebenarnya. Maka mula la merapu yang bukan - bukan.

Friday, December 17, 2010

Blog Pahang Ku


Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Penggunaan media siber di Negeri Pahang nampak gayanya semakin meriah. Dengan kemunculan - kemunculan blog seperti ini rasanya dapat memperbetulkan persepsi buruk yang sering jadikan propaganda pembangkang.

Walaubagaimana pun, diucapkan tahniah kepada mereka yang sedar akan hakikat berapa pentingnya media dalam perjuangan hari ini.

Namun jangan hangat - hangat tahi ayam sudah lah. Buat kerja mesti sempurna. Perlu buat sampai habis. Ibarat sehingga ke titisan darah terakhir. Bagi info pun biarlah betul. Jangan ambik mudah sahaja.

Itu ingatan kami kepada diri sendiri. Kalau rasa ianya, baik terima. Kalau tidak, abaikan sahaja.

Maka dengan rasminya kami menjemput saudara sekalian ke laman blog Pahang Ku. Cuma harapnya, blog ini bukan seperti blog satu lagi tu.

Nampak gayanya blog itu pun dah tak bermaya nak melawan. Mana taknya, dah dia sorang je yang buat kerja. Yang lain ke mana? Syok dibuai mimpi Anwar ke?

Wednesday, December 8, 2010

Beranikah Beliau Sahut Cabaran???

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Dalam berita dan blog - blog hari ini banyak kisah mengenai perletakkan jawatan Datuk Seri Dr. Khir Toyo sebagai Ketua Pembangkang di Selangor.

Malah surat perletakan jawatan tersebut sudah pun dihantar kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor awal pagi tadi. Dan salinannya turut dihantar kepada YAB Datuk Seri Mohamad Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Tindakan tersebut dilakukan bagi memberi ruang kepada Datuk Seri Dr. Khir Toyo memberi sepenuh perhatian terhadap kes mahkamah yang beliau hadapai ketika ini.

Banyak spekulasi yang dibuat mengenai tindakan beliau itu. Malah cabaran turut dikemukakan kepada Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen agar mengambil tindakan yang sama.

Beliau digesa agar melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dan menyelesaikan kes - kesa beliau di Mahkamah.

Turut mengeluarkan cabaran tersebut ialah Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Beranikah Anwar Ibrahim mengambil tindakan tersebut? Beranikah beliau menyahut cabaran yang telah dikeluarkan?

Sunday, December 5, 2010

Memang Jelas Mereka Gentar!!!


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sudah terang bersuluh pula. Itulah hakikat yang tidak mampu ditelan dan dihadam oleh puak - puak pembangkang setiap kali berhadapan dengan Barisan Nasional.

Hakikat ini jelas nyata sebelum Konvensyen Barisan Nasional diadakan hari ini. Sudah ada pihak yang terpekik melolong menyatakan 'ketakutan' mereka kepada BN.

Malah sebelum ini Semut sudah pun menyiarkan dua artikel yang jelas menunjukkan adadikalangan pemimpin mereka yang bersuara kerana gentar dengan BN. Klik Sini dan Sini.

Kerana takut dan gentar itulah maka beberapa cubaan mereka dilihat sebagai 'Copy Cat' kepada perlaksanaan yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Lihat sahaja bagaimana PAS menyatakan pendirian mereka 'bekerjasama' dengan DAP dan mewujudkan 'hubungan sulit' semata - mata meniru kerjasama UMNO dengan komponen lain dalam Barisan.

Demikian juga dengan halnya PKR yang kononnya mendakwa pemilihan mereka dalah yang pertama didunia yang melibatkan semua ahli.

Sedangkan tidak lebih dari 10% pun ahli mereka yang terbabit dalam pemilihan tersebut. Jelas membuktikan usaha 'Copy Cat' mereka itu GAGAL sama sekali ibarat mesin fotostat buruk.

Begitu juga dengan DAP yang kononnya menjadi parti politik pertama yang mempunyai keanggotaan terbuka kepada semua kaum sedangkan mereka jelas meniru Parti Gerakan dan PPP.

Namun yang jelas, DAP hanyalah sebuah parti yang didominasikan oleh dua legasi keluarga sahaja iaitu Keluarga Lim Kit Siang ikan dan karpal Singki Pecah.

Adakah mereka masih mahu bermimpi dapat menambat hati rakyat dengan kerja - kerja meniru ini sahaja? Adakah mereka rasa bermaruah mencapai kecemerlangan dengan kerja - kerja meniru dan menipu seperti ini?

Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai kredibiliti dan kebolehan mereka memimpin rakyat dengan kaedah 'Photocopy' seperti ini sebagai penerus kepimpinan negara. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
--
Dicatat Oleh Blogger ke SEMUT HITAM di 12/05/2010 04:30:00 PM

KOMEN UMB:

Macam anjing dengan bayang - bayang.

Friday, December 3, 2010

Demi Agama, Bangsa dan Negara!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Berikut disiarkan gambar berkenaan demonstrasi Aman yang diadakan di sebelah Masjid Negeri Sultan haji Ahmad Shah Kuantan petang tadi.

Selebihnya sila klik sini.

Tahniah kami ucapkan kepada PERKASA dan badan - badan NGO yang terlibat demi memastikan Ketuanan Melayu dan Kesucian Ayat Suci Al - Qur'an terus terpelihara.

Thursday, December 2, 2010

Makluman Terkini!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Makluman terkini! PERKASA Negeri Pahang akan mengadakan Perhimpunan Aman Mempertahankan Kesucian Ayat Suci Al - Qur'an dan Konsep Ketuanan Melayu.

Perhimpunan akan diadakan pada hari Jumaat, 3 Disember 2010 jam 2.15 Petang berhampiran Masjid Negeri, Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Perhimpunan ini turut disertai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari bangsa Melayu dan juga bukan Melayu yang menghormati Konsep Ketuanan Melayu dan Agama Islam.

Kepada yang berkelapangan dijemput hadir beramai - ramai sebagai tanda sokongan kepada institusi yang kita sayangi demi Agama, Bangsa dan Negara.