CHANNEL UMB

Monday, February 28, 2011

SESI LAWATAN PM KE KERDAU - BHG.2


Kalau laporan awal tengahari tadi mengenai kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ke kawasan Felda.


Sebelah petang pula, beliau turun ke Kampung Baru Cina, Pekan Kerdau bersama - sama calon Barisan Nasional.


Turut hadir dalam perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob dan juga Dato Sri Liow Tiong Lai.


Perdana Menteri turun untuk bersua muka dengan masyarakat kaum Cina dan India yang ada disekitar kawasan Pekan Kerdau serta Ladang Bion.


Punya ramai yang turun. Hampir 500 orang penduduk kawasan tempatan yang hadir memberi sokongan kepada calon. Mereka terdiri dari pelbagai kaum.


Tapi dalam ramai - ramai orang yang hadir, ada juga orang yang sesat. Agaknya hati dia ni nak sokong 1Malaysia jugak kot.


Apakan daya, dia dah terlalu banyak makan pil wala' yang disebarkan oleh PAS kawasan Kerdau ni. Jadi sebab tu la sokong roket yang tak de minyak nak ke bulan ni.

Sunday, February 27, 2011

SESI LAWATAN PM KE KERDAU - BHG.1


Wah!! Sehari suntuk semalam tak de pun dengar cerita orang besar nak turun Padang. Cuma masa penamaan calon je.


Mungkin lepas tu semua pakat balik kot. Keletihan gamaknya masing - masing. Tapi hari ni lain sikit.


Hari ni banyak jadual yang diaturkan untuk sesi lawatan turun ke Padang. Bermula di kawasan Felda Jengka 25 dimana ribuan rakyat Felda turut hadir.


PM dijangka turun ke Felda - Felda untuk berjumpa dengan rakyat di kawasan DUN Kerdau hari ini. Beliau turut diiringi oleh Calon BN, Ustaz Syed Ibra.

Dalam pada tu, sempat jugak puak - puak Pembangkang ni buat hal. Tapi sebab diorang takut nak tunjuk muka, disuruhnya budak - budak usung bendera.


Apa la buruk sangat perangai puak - puak Pembangkang ni ye. Sampaikan budak - budak pun nak dijadikan sebagai balaci diorang. Tak guna betul. Ciet!!! Pigidah!!!

Saturday, February 26, 2011


La, ingatkan dah selesai krisis yang berlaku di Mesir ni. Rupanya belum selesai lagi. Ada lagi Mubarak ni rupanya. Semakin mengganas lagi pulak tu katanya.

Semut dengar khabar, Mubarak akan turun ke Kerdau untuk membantu jentera Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil DUN Kerdau bermula hari ini.

Majlis Bekas Wakil Rakyat Pahang (MUBARAK) dijangka akan turun padang secara agresif dengan memberi fokus kepada golongan veteran sekitar kawasan Kerdau nanti.

Yang DiPertua Mubarak Pahang, Datuk Abdul Jabbar Ibrahim berkata, Majlis itu tidak mahu golongan tersebut terasa diri mereka terpinggir.

Pendekatan itu katanya adalah untuk mendekati golongan tersebut bagi memastikan jasa mereka tidak akan dilupakan. Begitu juga sebaliknya.

Datuk Abdul Jabbar juga menambah, pengundi di DUN Kerdau tidak ada alasan untuk menolak BN memandangkan semua kehendak mereka dipenuhi oleh pihak Kerajaan.

Hehehe. Ingatkan Si Hosni Mubarak tu yang nak mengganas di Kerdau. Rupanya Majlis Bekas Wakil Rakyat Pahang.

Tapi pendekatan yang diambil oleh Mubarak ini satu pendekatan yang baru dan sangat dialu - alukan. Kerana jasa yang ditaburkan oleh golongan Veteran ini cukup besar dan memang wajar dihargai.

Bukan la macam sesetengah pihak tu. Berapa banyak yang Kerajaan dah bagi pun, diorang tetap juga tak puas hati. Kufur nikmat. Tapi kata memperjuangkan Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!

Friday, February 25, 2011

CALON 'REJECT' KUFUR NIKMAT???


Tak pelik la kenapa PAS letak si Hassanuddin sebagai calon mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau ni rupanya.

Walaupun si Hassanuddin ni dah dua kali tewas dalam Pilihanraya Umum, beliau juga tidak diterima rakyat tempatan sebenarnya.

Calon 'recycle' PAS ni juga merupakan anak tempatan. Ini kali pertama PAS tak gunakan 'pemain import' untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil. Tak macam sebelumnya.

Hassanuddin ni juga merupakan legasi dan simbol PAS yang sebenarnya. Katanya dia seorang usahawan yang memiliki kelulusan Diploma Ukur Tanah dari UiTM.

Belajar pun kat Universiti yang dibina Kerajaan khusus untuk Bumiputera. Tapi bila keluar, jadi pembangkang. Nampak sangat la jenis manusia tak mengenang budi dia ni rupanya.

Selain itu, si Hassanuddin ni juga pernah terlibat dalam kerja - kerja pembinaan kontrak berskala besar seperti pembinaan infrastruktur di Hospital Temerloh.

Kontrak pun Kerajaan jugak yang bagi. Itu pun dia masih jugak nak kata Kerajaan ni kejam la, menindas rakyat la dan sebagainya. Memang sah jenis manusia tak berguna, macam sampah.

Tapi nak buat macam mana. Itu dah menjadi sebahagian legasi Parti Angguk Saja ni. Orang bagi bunga, dia balas taik. Mana reti nak berterima kasih. Apatah lagi nak mengenang budi. Ceit!!! Pigidah!!!

KERDAU: PAS KETANDUSAN GENERASI PELAPIS


Pengumuman calon yang akan mewakili PAS dalam dua Pilihanraya Kecil yang bakal bermula Sabtu ini menyaksikan kontradiksi dalam parti tersebut.

Di Merlimau, mereka meletakkan Timbalan Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah sebagai wakil yang bertanding bagi pihak mereka.

Yuhaizad yang baru berusia 38 tahun itu juga merupakan Timbalan Yang DiPertua PAS bagi kawasan Jasin. 

Pengumuman beliau dibuat sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Haji Abdul Hadi Awang di kampung Merlimau Pasir, Melaka malam semalam.

Sesi tersebut secara tidak lansung telah menamatkan persoalan mengenai siapa yang akan dipilih menjadi wakil kepada PAS di Merlimau.

Nama - nama seperti Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar dan juga Kamarudin Ishak, Ketua DPP PAS Melaka telah tersingkir berikutan pengumuman tersebut.


Manakala calon PAS bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau, N.28 akan diwakili oleh Hassanuddin Salim. 

Ia juga turut melenyapkan desas desus dan khabar angin yang mengatakan hasrat PAS ingin meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man bagi kerusi Kerdau.

Hassanuddin, 43 tahun merupakan wakil PAS yang telah tewas sebanyak dua kali dalam Pilihanraya Umum sebelum ini.

Pengumuman beliau telah dibuat oleh Mursyidul Am PAS pada malam semalam walaupun dengan kehadiran Nasharuddin Mat Isa.

Selain itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan pemimpin DAP, Tan Seng Giaw juga turut hadir sama dalam sesi tersebut.

Disini sahaja sudah jelas menunjukkan bahawa PAS semakin ketandusan generasi pelapis dikalangan mereka. Terutamanya di Negeri Pahang.

Walaupun sebelum ini, mereka bangga dengan keahlian baru dikalangan Pemuda, namun parti itu jelas tidak memberi ruang lansung kepada anak muda untuk menonjolkan diri.

Berbeza dengan Merlimau dimana mereka terpaksa mencalonkan anak muda kerana calon yang mewakili Barisan Nasional juga seorang anak muda yang berjaya.

Tinggal satu hari sahaja lagi menjelang Hari Penamaan Calon bagi kedua - dua kawasan yang dijadualkan bermula jam 8 pagi Sabtu ini.

Thursday, February 24, 2011

KERDAU: PAS MULA TABUR FITNAH!!!


Puak - puak Parti Angguk Saja ni memang jenis suka bangga diri betul rupanya. Benda kecik nak dijadikannya besar. Benda sikit dia nak kata banyak.

Kalau orang lain buat, semua tak betul. Ini tak kena, itu tak kena. Yang betulnya semua dia je yang buat. Sampaikan Islam orang lain pun dipertikaikannya.

Dalam isu mengenai calon Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil DUN Kerdau ni pun macam tu jugak. Diorang tak boleh terima calon tu sebab beliau bekas pelajar Universiti Al - Azhar, Mesir. 

Jadi mula la diorang tabur fitnah kata calon BN tu sebenarnya tak pergi pun ke Universiti Al - Azhar. Cuma cakap - cakap kosong je katanya.

Apa, ingat orang UMNO tak de yang layak ke pegi Universiti tu? Ingat puak - puak dia aje yang boleh pegi ke sana dan mendalami ilmu agama?

Ini semua bukan apa. Diorang sebenarnya dah mula tak tentu arah bila nama calon BN, Ustaz Syed Ibrahim naik untuk mewakili Barisan Nasional.

Maka diorang buat la cerita yang bukan - bukan. Dah tak de idea la katakan. Mati kutu masing - masing. 


Kata Dato Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, dakwaan itu tidak berasas dan itu semua taktik kotor yang menjadi kebiasaan puak - puak Parti Angguk Saja tu.


Kan dah tak pasal - pasal je kena tampar muka diorang tu dengan Menteri Besar Pahang. Tak ke 'sempa' sekejap. Suka sangat bangga diri, dapat ubat. Tapi tak sedar diri jugak diorang ni.

Nak buat isu pun cari la isu yang betul - betul boleh buat Barisan Nasional tergugat. Ini setakat isu budak tadika, apa hal?

Dalam Islam pun tak de ajar la agar umatnya bersikap sombong dan bangga diri. Tapi diorang ni, megah dengan diri sendiri. Islam sangat kononnya. Ceit!!! Pigidah!!!

BULAN MENGAMBANG DI KERDAU!!!


Bukan senang nak tengok dua bulan mengambang ni. Kalau siapa - siapa yang dari keturunan 'Serigala Jadian', dia pun mesti pening kepala gak. Sebab tak tau bulan mana yang dia kena ikut.

Tapi yang pasti, dua - dua bulan ni warna putih bersih. Dia tak berlangitkan hijau dilatar belakangnya. Sebab tak pernah ada langit warna hijau. Air lumut ye warna hijau.

Kesempatan Semut merayap di sekitar kawasan Kerdau malam tadi memberi gambaran keadaan DUN tersebut. 

Besar juga kawasannya. Tak tercapai pulak dek akal sampai ada kawasan yang kena seberang sungai lagi ni.

Malam tadi juga katanya di Bilik Gerakan Barisan Nasional, ada program pelancaran skuad bermotor. Semut tak singgah la pulak ke program tu. 

Sebab masa Semut sampai pun dah habis, semua budak - budak tu dah balik. Jadi nak singgah pun tak guna jugak.


Dah puas merayap, Semut singgah minum dengan kawan - kawan. Tengok 'review' perlawanan bolasepak pusingan kelayakan Olimpik, Malaysia bertemu Pakistan. Yang pasti Malaysia menang 2 - 0.

Dalam pada tu sempat jugak berborak dengan penduduk setempat. Semut tanya mengenai kebarangkalian calon PAS di Kerdau. Siapa pilihan atau telahan penduduk setempat?

Mereka kata, kalau Tuan Ibrahim, penduduk sini tak berapa suka sebab dia bukan anak tempatan. Dia pendatang luar kawasan. 

Katanya dari Terengganu. Sebab tu dia ada nama Tuan dan gelaran Tuan ni biasanya berasal dari Terengganu.

Kalau diorang letak calon lama, Hasanuddin lagi la orang tak terima. Walaupun dia orang tempatan, tapi katanya selama ni dia dapat undi pun dari penduduk kampung dia aje. Kira puak - puak 'kedarak' dia je yang mengundi dia ni.

Jadi secara tak lansung PAS sebenarnya menghadapi dilema untuk memilih calon yang sesuai bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N.28 ni rupanya. 

Tapi dengar kata ada nama ketiga. Siapa pulak orang ketiga tu ye? Misteri itu bakal dirungkai hari ini selepas si Wali Terompah tu membuat pengumumannya nanti.

Cuma tinggal satu misteri je lagi yang masih belum selesai. Misteri siapa 'Lelaki Y' masih juga tidak berjawab. Bila nak selesai kes Si Al - Juburi tu, entah la. Dah berjanggut orang tunggu.

Mana taknya, daok asyik Poo...singh sana, Poo...singh sini. Bila nak selesai?

Wednesday, February 23, 2011

KERDAU: PAS KENA SEPAK GABAN!!!


Lepas Ultra Man, Gaban pulak ambik giliran menyerang puak - puak Pakatan Pembangkang ni.  Mana taknya kalau dah perangai masing - masing mengalahkan raksasa Godzilla yang mengamuk di bandar Tokyo.

Nak harapkan orang bercakap dengan diorang ni, memang tak jalan dah nampak gayanya. Jadi sebab tu la watak - watak Jepun ni ambik tindakan tersebut.

Nak pulak puak - puak Parti Angguk Saja tu. Sebelum ni diorang tuduh UMNO tak ambik berat lansung terhadap pendidikan Islam.

Konon diorang  buat dakwaan terhadap Tun Mahathir yang bertindak memansuhkan bahasa Jawi telah mengakibatkan lahirnya Generasi yang buta agama.

Tapi selepas menamakan calon untuk Pilihanraya Kecil DUN Kerdau nanti, terbukti dakwaan mereka itu jauh meleset.



Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, anak kelahiran Kuala Tekal itu merupakan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Pahang.

Beliau juga merupakan salah seorang bekas pelajar dari Universiti Al - Azhar, Mesir itu cukup terkenal dikalangan penduduk di dalam kawasan Kuala Krau dan Kerdau terutamanya.

Secara tak lansung, menurunkan beliau sebagai calon bagi kerusi DUN Kerdau ini memberi tamparan hebat kepada PAS yang bangga mendakwa mereka pejuang Islam yang sejati.

Bukan Nik Aziz je yang belajar di Universiti Al - Azhar. ramai lagi orang lain yang pergi menuntut di universiti tu. 

Dan ini jugak menjelaskan bahawa tak semestinya masuk PAS je boleh jadi celik agama. Tak perlu masuk PAS untuk memahami Islam.

Ia juga turut menjelaskan hakikat bahawa PAS hanya menjadikan Islam sebagai alat dalam propaganda politik mereka. Bukan nak perjuangkan Islam sangat pun. Ceit!!! Pigidah!!!

Monday, February 21, 2011

DUN KERDAU: PENGUNDI BUKAN MELAYU TOLAK PAS!!!


Belum pun sesi berkempen bermula, sudah ada cerita dikalangan pengundi yang menolak PAS sebagai wakil rakyat mereka.

Terutama sekali dikalangan pengundi bukan Melayu yang ada disekitar kawasan. Mereka bukan sahaja tidak percaya kepada perjuangan PAS, malah pendirian parti itu juga turut diragui.

Nak pulak lepas PAS anjurkan konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa baru - baru ni. Timbul keraguan dalam hati mereka yang PAS hanya nak perjuangkan Melayu.



Dengan adanya konvensyen tersebut, PAS secara tidak lansung telah mengenepikan kaum - kaum lain yang ada di Malaysia ini.

Termasuk la Cina, India, Masyarakat Orang Asli, Singh dan sebagainya kerana jelas kaum itu tidak menjadi keutamaan bagi PAS.

Dan mereka juga jelas nampak sikap retorik yang diambil oleh pemimpin PAS yang kononnya mahu melakukan perubahan jika mereka mendapat kuasa.

Bagi mereka, PAS hanya wayang sahaja kata mereka rapat dengan kaum bukan Islam. Malah wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS itu hanya bersifat superficial.

Jika benar PAS adil kepada semua bangsa tanpa mengira kaum, kenapa tidak mereka jadikan kaum - kaum lain yang menganggotai DHPP itu menjadi calon mereka? Kenapa PAS tidak menjadikan Ketua Dewan tersebut sebagai Naib Presiden secara automatik?

Dan mereka juga turut mempersoalkan tindakan PAS yang mengadakan Konvensyen Pengupayaan Bangsa untuk Melayu sahaja. Adakah selepas ini PAS akan buat pulak konvensyen untuk kaum lain?

Jelas, rakyat sudah mampu menilai bahawa perjuangan PAS hanya kosmetik semata - mata. Bak kata Tun Mahathir, PAS hanya sebuah parti oppurtunis, bukan seperti apa yang mereka katakan.

Konon mereka mengaku kata pejuang Islam dan pejuang rakyat. Tapi hakikatnya, rakyat lah yang mereka pinggirkan. Yang jadi keutamaan bagi PAS hanya kuasa semata - mata.

Ingat rakyat ni bodoh sangat ke, tak nampak apa yang nak mereka perjuangkan? Ceit!!! Pigidah!!!

GEMPAR!!! FAUZI PENDEK MENGHILANGKAN DIRI!!!


Ini berita tergempar yang diterima. Pengerusi PKR Negeri Pahang tu katanya dah menghilangkan diri. Jangankan rupa, bayang pun tak nampak dah. Mana dia pergi entah la.

Sejak dari mula kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau diumumkan kosong hari tu, sampai hari ni, batang hidung si Fauzi Pendek tu tak nampak lansung. Apa dah jadi dengan dia?

Mungkin dia malu dengan pengikut - pengikut dia di Negeri Pahang kot. Sebab nama dia tidak tersenarai dalam nama calon yang akan bertanding di DUN Kerdau nanti.

PAS katanya akan memuktamadkan calonnya yang bakal bertanding di kerusi Kerdau Selasa ini selepas tiga nama calon diperakui oleh Dewan Harian parti itu semalam.

Bagaimana pun, Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Kuala Krau turut dinamakan sebagai salah seorang calon bagi kerusi DUN tersebut.

Konon, katanya nama beliau terselit sebab beliau lebih popular dikawasan tersebut dan juga dikenali di Negeri Pahang.

Wah, memang sah la tamak puak - puak Parti Angguk Saja ni rupanya. Semua dia nak sapu. Merlimau dia nak, Kerdau pun dia nak.

Dengar kata, ada juga ura - ura PKR akan boikot kempen yang akan diadakan dikedua - dua kawasan Pilihanraya Kecil tu nanti.

Terutamanya di Kerdau sebab mereka tidak lansung dipanggil untuk berbincang mengenai soal siapa yang perlu diletakkan sebagai calon bagi DUN tersebut.

Itulah kerja puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Berebut kerusi je kerjanya selain menipu rakyat. Kerja lain takde. Menipu je kerjanya. Pejuang rakyat konon. Ceit!!! Pigidah!!!

Saturday, February 19, 2011

TUAN IBRAHIM CARI PEMAIN IMPORT!!!

..."Aiseeh, Serentak Pulak. Mana Nak Cari Pemain import Ni???"...

Hah, mana lagi penting? Tempat orang ke atau tempat sendiri? Kalau tanya pada puak - puak Parti Angguk Saja ni, dah tentu la tempat orang.

Diorang ikut betul kata pepatah. Hujan emas di Negeri orang. Hujan batu di Negeri sendiri. Dari ditimpa batu, baik la kutip emas.

Al maklum la. Puak - puak PAS ni kan memang suka meminggirkan kawasan sendiri. Macam kata peribahasa, kera dihutan diberi susu, anak dirumah mati tak makan.

Sekarang ni katanya Tuan Ibrahim Tuan Man sedang dilanda dilema dan kemurungan akibat tindakan Suruhanjaya Pilihanraya.

Beliau yang dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Merlimau katanya dah telan panadol sepapan memikirkan masalah Negara yang baru muncul tadi.

SPR malam tadi telah mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil DUN Kerdau akan diadakan serentak dengan PRK Merlimau.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media sebentar tadi.

Mau tak pening kepala Pesuruhjaya PAS Pahang tu. Tapi apa nak heran. Pemain 'import' diorang kan ramai.

Jadi pilih je sesiapa pun 'orang luar' boleh ganti tempat dia. Lagi pun orang tempatan ni mana ada kelas nak jadi Pengarah pilihanraya. Macam tak biasa la pulak. Rakyat tempatan memang selalu dipinggirkan. Tak gitu Tuan?

Thursday, February 17, 2011

PAS PARTI TAMAK!!!


Memang sah la. Dalam banyak - banyak parti diantara Pakatan Pembangkang yang memang tak berapa banyak tu, PAS yang paling buruk perangai.

Sebab ahli dan cawangan dia banyak, maka sebab tu la dia boleh berlagak. Berlagak pulak dengan geng sendiri. Entah apa - apa.

Dah la buruk perangai, tamak pulak tu. Semua Pilihanraya Kecil dia nak sapu. Tak kira la kat mana sekali pun, semua dia je yang nak bolot.

Dah 14 Pilihanraya kecil berlansung termasuk di Merlimau yang akan bermula hujung bulan nanti. Berapa banyak dah PAS tawar diri untuk bertanding?

Tujuh kali. Hampir separuh dari jumlah keseluruhan. Tak tamak ke namanya tu? Dan berapa kali dia menang? Baru 4 kali. Dua kali kalah ditangan BN. Tunggu kekalahan kali ketiga pulak.

Itu pun dia tak puas hati lagi. Nak jugak dia bertanding di Dewan Undangan Negeri Kerdau nanti. 

Tak sempat pun SPR umum bila tarikh PRK itu akan diadakan, diorang dah siap ada senarai  nama calon yang akan dibincangkan.

Bukan satu, bukan dua. Tapi lima nama yang diketengahkan untuk menjadi calon. Nampak sangat gila kuasanya diorang ni.

Tak bagi peluang lansung untuk parti komponen lain nak masuk bertanding. Memang patut la si Azmin Ali turut mempertikaikan Parti Angguk Saja ni.

Gila Tamak! Tapi nama je pejuang Islam. Perangai mengalahkan setan belaka. Baik kuburkan aje PAS ni daripada terus menyusahkan Pakatan Pembangkang. Ceit!!! Pigidah!!!

Saturday, February 12, 2011

Al - Fatihah Buat Allahyarham ADUN Kerdau

Kolu innalillah, wainna lillah hirojiun. Sesungguhnya, setiap yang hidup itu pasti akan mati. Dari Allah kita datang, dari Allah jua bakal dikembalikan.

Diberitakan sebentar tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau, Pahang telah kembali ke rahmatullah jam 6.30 petang tadi.

Laporan tersebut turut disahkan oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Dato' Ismail kepada pihak Agenda Daily.

Beliau sebelum ini kerap kali dirawat di Unit Rawatan Rapi, namun masih berada dalam keadaan stabil.

Beliau mewakili Barisan Nasional bagi kawasan Kerdau yang turut berada dalam kawasan UMNO Bahagian Kuala Krau.

Semoga roh beliau dicucuri Rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman. Insya Allah. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Program Ramah Mesra Pemuda UMNO Bahagian






Program ini diadakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bentong bagi mendekati Pemuda - Pemuda di cawangan dalam Bahagian Bentong.

Ianya memenuhi hasrat Presiden UMNO Malaysia yang turut menggesa kepimpinan disemua peringkat agar kerap turun ke padang.

Sesuai dengan Dasar Tranformasi Politik, maka langkah ini dilihat sebagai satu inisiatif baru yang diambil oleh Pemuda UMNO Bahagian.

Friday, February 11, 2011

KHALID GEREJA MASUK DAP???


Hari ni kita tak payah tulis panjang - panjang. Cukup sekadar 'copy paste' je kenyataan berikut. Kang tulis panjang - panjang orang kata kita menipu. Jadi baca je la komen di bawah ni:

1. Cadangan daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat - Nasarudin Hassan At - Tantawi:
Nasrudin dilaporkan berkata telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di Kedah, Kelantan dan Selangor untuk bekerjasama dengan polis dan Rela bagi membendung aktiviti tidak bermoral itu.
Katanya, Pemuda PAS akan bekerjasama dengan jabatan agama setiap negeri untuk memantau sambutan Hari Kekasih 14 Februari ini.
Beliau berkata langkah itu diambil sebagai satu percubaan untuk membendung gaya hidup tidak sihat dan menyumbang kepada dosa.


2. Jawapan dari Khalid Samad a.k.a Khalid Gereja:

SHAH ALAM, 10 Feb — PAS Selangor hari ini menolak cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung gejala tidak bermoral di negeri-negeri Pakatan Rakyat sempena sambutan Hari Kekasih.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad(gambar) berkata, Nasrudin tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak penguat kuasa kerajaan negeri jika undang-undang Islam dilaksanakan jabatan agama.


3. Bantahan daripada Pemuda DAP:

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Sayap Pemuda DAP membantah cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung aktiviti tidak sihat pada sambutan Hari Kekasih, Isnin ini.
Ketuanya Anthony Loke menegaskan parti itu tidak bersetuju sama sekali pendekatan yang diambil Nasrudin untuk melakukan “pemeriksaan tidak bermoral” terhadap pasangan pada sambutan Hari Kekasih.


Jawapan Pemuda DAP tu seakan - akan sama je bunyinya dengan jawapan dari Khalid Gereja. Dua - dua menolak cadangan yang dikemukan oleh Ketua DPPP.

Jadi, adalah lebih baik si Khalid Gereja tu masuk DAP je sebab terang - terang dia menolak cadangan baik untuk membendung masalah gejala sosial dari terus berleluasa.

Dah la tu, Ketua Pemuda dari Parti dia sendiri pulak tu yang dibantahnya. Bukan orang lain. Pejuang Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!