CHANNEL UMB

Monday, August 30, 2010

PAS Lagi Kejam Terhadap Bukan Islam???

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Apabila menceritakan mengenai sejarah, pasti akan ada orang yang memperkatakan mengenai isu 13 Mei 1969. Catatan bersejarah itu akan terus terpahat diminda terutamanya golongan yang mendapat tentangan secara berhadapan dengan DAP pada ketika itu.

Banyak pengalaman pahit yang dilalui orang - orang terdahulu apabila menceritakan kisah hitam itu. Malah, Tun Dr. Mahathir juga turut membukukan Malay Dilema semata - mata untuk menjustifikasikan keadaan itu dari berlaku. Jika kita perincikan apa yang beliau kata didalam buku itu, sehingga kini masih ada kebenarannya.

Pernah ditanya kepada sebilangan anak - anak Melayu muda mengenai senarai nombor telefon yang mereka miliki. Berapa ramai dari senarai nama itu bukan dari golongan Melayu? Maka terpingga - pingga mereka menjawab, hanya beberapa. Jelas, apa yang dikatakan oleh Tun suatu ketika dahulu iaitu Perpaduan diantarakaum itu tidak pernah wujud. Ianya hanya sekadar tempias kerana aktiviti harian melibatkan berbilang bangsa, tetapi untuk mengatakan mereka miliki persahabatan adalah sukar.

Bukan tujuan untuk menyatakan sikap rasis terhadap bukan Melayu. UMNO mencuba sedaya upaya untuk memastikan kemakmuran diantara kaum yang ada dinegara ini. Tetapi sebaliknya yang lebih ekstrem terhadap bukan Melayu pada ketika itu (1969) adalah PAS. Perkara ini didedahkan oleh Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga Menteri Penerangan pada waktu itu.

Sebagai seorang Sejarahwan yang hidup dan melalui waktu itu, adalah tidak wajar menyatakan bahawa beliau seorang yang nyanyuk. Menurut beliau, PAS pernah mendesak bekas Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman untuk merampas harta orang cina pasca 13 Mei. Bertambah teruk sikap PAS terhadap negara sendiri apabila mereka turut menyokong Gerakan Indonesia mengambil alih pemerintahan Negara dan menangkap pemimpin tempatan pada era Konfrantasi.

Memberi gambaran mengenai hubungan diantara parti tersebut dengan PKR dan DAP, beliau berkata ianya hanyalah satu sifat kepura - puraan parti tersebut sahaja. Beliau berkata demikian melalui wawancara bersama UMNO Online hari ini. Klik sini untuk laporan selanjutnya.

"...Bagaimana Pas boleh sesuaikan diri dengan aspek tidak bermoral begini?.."

UMNO sudah lama mendekati masalah Perpaduan diantara kaum yang ada di Negara ini. Sudah 53 tahun, UMNO berusaha mempertahankan kemakmuran dan keamanan diantara kaum. Seringkali juga dalam perjalanan itu kita dengar PAS mengkafirkan UMNO semata - mata menjalinkan kerjasama dengan MCA dan MIC. Jadi sekarang mereka mahu mengatakan bahawa mereka lebih dahulu melaksanakan perpaduan diantara kaum? Hanya semata - mata mereka kini berkawan dengan PKR dan DAP?

Walau apa pun pandangan mereka, jelas hakikat yang nyata bahawa DAP tidak dapat menerima dasar perjuangan PAS. Bagaimana mungkin mereka kata mereka lebih liberal dalam hal demikian? Renungkan lah. Jangan asyik dibuai mimpi. Berpijaklah dibumi yang nyata.

Salam Kemerdekaan ke 53 Tahun.

Dalil Demi Kepentingan Politik

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Baru - baru ini di Selangor hangat memperkatakan mengenai isu bukan Islam mencemar kesucian Surau dan Masjid. Maka timbullah juak-juak PAS mempertahankan bahawa perkara itu dibenarkan dalam hukum syarak. Kalau ikutkan Khalid Samad, ianya hanya perbezaan diantara adab dan agama. Malah menurut beliau, isu itu sengaja dipolitikkan oleh UMNO. Walaupun jelas dalam Hadis menyatakan bahawa adalah dilarang bagi bukan Islam memasuki masjid, tetapi mereka tetap dengan pendirian bahawa ianya dibenarkan.

Persoalannya, jika betul ianya dibenarkan, kenapa Teo Nie Ching mahu memohon maaf kepada Sultan Selangor? Malah beliau sendiri memohon maaf kepada masyarakat Islam kerana menimbulkan kontroversi tersebut?

Walau apa pun, bukan Nie Ching yang dipersoalkan. Sebaliknya pemikiran AJK dan Jemaah itu yang menjadi persoalan. Tidakkah mereka tahu bahawa tindakkan mereka itu akan mencetus polimik dan mengundang kontroversi? Adakah mereka lebih suka membuat salah daripada menghindarkan diri daripadanya?

Demikian juga dengan isu Doa Khutbah Jumaat buat Lim Guan Eng. Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man beria - ia mengeluarkan dalil untuk mengatakan bahawa perkara itu dibolehkan dalam Islam. Apakah dalil Tuan Ibrahim itu bertentangan dengan Rukun Khutbah itu sendiri dimana doa hanya dibaca untuk orang Muslim sahaja?

Bukanlah mahu menyempitkan pemikiran dan bersifat ekstrem terhadap bukan Islam. Tetapi sebaliknya kita perlu jelas dengan hukum - hukum tersebut. Jangan hanya ianya ditulis begini tetapi perlaksanaannya lian pula. Adakah Tuan Ibrahim mahu menyatakan bahawa rukun Khutbah yang digariskan dalam Islam itu salah dan pendapat beliau lebih betul daripadanya?

Yang bertambah pelik ialah apabila menyentuh isu Perpaduan Ummah yang jelas - jelas mengikut hukum Islam tidak pula diperjuangkan sedemikian rupa. Kenapa tidak ada sebarang dalil yang dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim bagi menjelaskan mengenai penolakkan PAS berkenaan isu tersebut? Sama - samalah kita renungkan.

Hakikatnya, juak - juak PAS dengan pemikiran jumud mereka hanya tahu mengeksploitasikan agama demi kepentingan politik mereka sahaja. Malah mereka sanggup mengadai perjuangan asalkan mimpi mereka terlaksana. Adakah ini yang kita mahukan, sebuah Parti yang hanya menggunakan Islam sebagai perisai kepentingan mereka tanpa memikirkan kesan - kesannya? Nauzubillah.

Wednesday, August 18, 2010

Mana Datang Budgetnya???

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Baru -baru ini, kecoh dalam beberapa blog yang memperjuangkan UMNO mempertikaikan UMB Pahang. Malah ada juga beberapa dakwaan yang UMB Pahang sendiri pun tidak pernah dengar. Diantaranya, UMB Pahang dapat budget tetapi tidak membawa manfaat terhadap perjuangan alam siber.

Pelik, tapi itulah hakikatnya. Persoalannya, mana datang budget itu? Siapa yang bagi dan siapa yang menerimanya? Yang menulis blog mengenai UMB Pahang dapat budget ni tau ke siapa yang menulis untuk blog UMB Pahang ini?

Tambah menghairankan, ada juga blog yang turut bersekongkol dengan Pahang Daily Online (PDO) yang terang dan nyata pro pembangkang. Sedangkan diblog mereka jelas tulis menyokong UMNO. Pernah terlintas persoalan siapa yang membiayai PDO selama ini? Kalau nak dibandingkan blog tersebut dengan PDO, tahan gagah lagi PDO cari duit sendiri. Bukan seperti blog yang menyokongnya hanya mengharap pengikhtirafan daripada kerajaan Negeri.

Bila kerajaan negeri tak bagi, wah! Macam-macam difitnahnya. Macam - macam perkara dibangkitkannya. Hanya sebab tak dijemput ke Konvensyen pun boleh jadi alasan kononnya usaha mereka tidak dihargai. Ini jati diri yang nak ditunjukkan kepada generasi baru? Buat malu adalah.

Itulah hakikat orang yang kononnya memperjuangkan UMNO. Malu nak cerita perangai mereka ini. Tak pernah ikhlas buat kerja. Semua bergantung harap kepada orang lain. Sikap kebergantungan kepada orang lain sangat tebal. Cakap pandai, buat kerja? Haram.

Sama ada dalam perjuangan siber mahupun perjuangan hakikinya. Semua berharap. Manakala kata suruh buat, tidak.

Buat sekian kalinya, UMB Pahang membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang mahu menyumbangkan artikel mengenai apa sahaja isu ke alamat umbpahang@gmail.com.

Dah berbulan tawaran ini dibuka kepada ahli UMNO Pahang khususnya. Tapi berapa ramai yang sudi memberikan sumbangan? Tiada. Ada pun sorang dua yang menulis sekali - sekala sekadar meluahkan apa yang mereka rasa, mereka lihat dan mereka dengar.

Orang UMNO ni memang pandai. Pandai mempertikai, pandai membuat spekulasi, pandai membuat andaian sendiri. Mana dapat cerita kata UMB Pahang dibayar? Mana buktinya? Kalau ada tunjukkan.

Ini satu cabaran. Siapa berani sahut kalau tidak mahu mengaku kata pandai bercakap, tapi tak pandai buat. Kita tengok nanti.

Friday, August 13, 2010

Jangan Sampai Jerat Makan Tuan!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Cerita terbaru sejak kebelakangan ini adalah mengenai peneroka Felda yang bertindak menyaman Felda. Bukan sorang dua, tapi seramai 766 orang dikatakan telah mengambil tindakan memfailkan saman sebanyak RM200juta terhadap FELDA.

Sama ada dah difailkan atau tidak, itu tidak pasti. Yang pastinya, saman itu sama jumlahnya dengan saman yang difailkan oleh pihak Felda terhadap Akhbar Suara Keadilan sebelum ini. Felda mengambil tindakan tersebut gara-gara fitnah yang dilaporkan oleh akhbar tersebut mengenai isu Felda Bankrap beberapa bulan yang lalu.

Pesanan buat peneroka yang mengambil tindakan drastik itu hanya satu. Jangan sampai jerat makan tuan. Takut habis semua harta tergadai. Malu pun dapat.

Inilah nafsu amarah kalau dituruti. Dicurah pulak dengan minyak kebencian akibat kekecewaan individu tertentu. Maka, tindakan yang bersandarkan emosi dibuat tanpa berfikir panjang.

Kenapa? Fikirkan. Kalau mereka menang dalam tuntutan saman sebanyak itu, tak mengapa. Maka mereka dapat membuktikan sesuatu. Tetapi adakah semudah itu untuk mereka menang?

Seandainya mereka gagal, dan mahkamah mengambil keputusan tidak menyebelahi mereka atas dasar bukti dan penjelasan dari pihak Felda, bagaimana nasib mereka? Malu dah tentu. Belum kena pulau dengan masyarakat lain di kawasan Felda mereka lagi. Duit bayar peguam pun belum tentu boleh selesai.

Dibuatnya pihak Felda turut mengambil tindakan undang - undang terhadap mereka, bagaimana? Takut tak cukup 7 Generasi nak membayarnya nanti.

Apa pun, kita tunggu dan lihat perkembangannya kelak.

Wednesday, August 4, 2010

Lubuk Yu Bebas!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Isu keracunan air di kawasan perkelahan Lubuk Yu berakhir hari ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri semalam.

Walaubagaimana pun, kawasan tersebut masih ditutup kepada orang ramai sebagai langkah berjaga - jaga.

Isu di Lubuk Yu Maran beberapa bulan yang lalu mendapat perhatian dan liputan media berikutan kematian pengunjung yang menjalani aktiviti rekriasi disitu.

Jabatan Kesihatan Negeri menyatakan kematian itu diakibatkan oleh bakteria Meliodolosis dan Leptospirosis.

Tahniah!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Qari dari Mesir yang memenangi tempat Pertama dalam Tilawah Al - Qur'an Peringkat Antarabangsa Kali Ke 52 2010.

Tahniah juga diucapkan kepada Qariah dari Pakistan diatas kemenangan beliau.

Harapan agar Majlis Tilawah ini dapat dilaksanakan dimasa akan datang bagi mempelbagaikan Syiar Islam dan menyuburkan jiwa Al-Qur'an dikalangan masyarakat di Negara ini khususnya.

UMB Pahang juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al - Mubarak 1431H. Doa kami agar seluruh umat Islam di serata dunia, Malaysia dan Negeri Pahang terutamanya memperolehi keberkati sepanjang bulan yang mulia ini.

Jadikanlah bulan Ramadhan ini sebagai bulan memuhasabah diri dan meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T. Insya Allah.

Tuesday, August 3, 2010

Isu Felda


Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Tertarik dengan coretan intertif@sinar hari ini yang ada mengulas mengenai isu Felda. Walaupun ia dilihat semakin reda, namun kepanasannya masih terasa di kawasan - kawasan Felda. Berita terbaru, dikatakan Datuk Ahmad Maslan akan turun ke Felda sekitar Rompin bagi mendekati masyarakat disana.

Berbalik ke coretan diatas. Yang pertama mempersoalkan mengenai pendirian Ketua PKR Cabang Maran. Sama ada yang bertanya itu merujuk kepada pembubaran Felda Plantation atau tidak, soalan itu masih relevan. Kita dengar banyak rungutan dari Gerakan Anak - Anak Peneroka atau singkatannya ANAK sebelum ini.

Kononnya mereka mempertikaikan manfaat yang mereka dapat sebagai Generasi Kedua Felda. Soalan yang ditanya dalam ruangan interaktif ini sepatutnya ditanya semula kepada mereka. Baru - baru dilihat dua tiga Van yang membawa pekerja - pekerja asing ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan bank untuk transaksi keluar masuk wang. Hampir setiap bulan perkara ini berulang. Untuk apa pendatang asing ini jika di kawasan felda itu sendiri sudah ramai anak - anak Peneroka yang menuntut supaya Felda Plantation dibuka untuk Generasi kedua?

Soalan kedua yang ditanya ialah mengenai tindakan saman RM200juta terhadap Akhbar Suara Keadilan. Tak perlu ulas panjang. Klik pada pautan ini (Sini) untuk melihat sejauh mana perkara tersebut berjalan.

Soalan yang ketiga berkenaan dakwaan masyarakat Felda yang kaya raya. Cadangan Mat Desa itu sangat - sangat bagus dan sewajarnya direalisasikan. Benra dengan idea bernas Tun Abdul Razak, Generasi Melayu dikawasan Felda hari ini tidak merempat dan buat rumah atas tanah orang. Melayu tidak hanya menagih simpati dan ikhsan dari orang lain. Dan yang lebih penting, anak bangsa tidak menjadi hamba di Negara Tanah Tumpahnya.

Oleh: UMB Pahang