CHANNEL UMB

Thursday, January 27, 2011

Calon BN Tetap Tenang, 'Gentleman' Hadapi Serangan Peribadi Pembangkang

LABIS, 26 Jan (Bernama) -- Biarpun menghadapi serangan demi serangan berbentuk peribadi daripada pembangkang, tetapi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim tetap tenang dan enggan terjebak dengan permainan kotor itu.

Menurutnya, beliau dan BN tidak akan terikut-ikut dengan taktik pembangkang yang membuat serangan peribadi dengan menabur pelbagai fitnah dan tohmahan terhadapnya.

"Kita 'gentleman'. Kita teruskan kerja-kerja kita dan berkempen dengan sebaiknya, tanpa terikut-ikut dengan pembangkang yang membuat serangan peribadi," katanya pada sidang media di rumahnya di sini, Rabu.

Bekas penolong pentadbir tanah daerah Kecil Rengit, Batu Pahat itu berkata dalam pertemuannya dengan pengundi DUN Tenang, mereka tidak pernah menyentuh isu-isu peribadi yang digunakan oleh pembangkang itu.

"Pengundi tidak pernah sekali bertanyakan saya (isu serangan peribadi). Pengundi DUN Tenang tahu apa yang diperkatakan oleh pembangkang itu adalah tohmahan dan fitnah semata-mata," kata Mohd Azahar.

Pada kempen pilihan raya kecil ini, pembangkang memainkan isu tanah milik seseorang dilelong ketika Mohd Azahar menjadi Penolong Pentadbir Tanah Segamat (2000-2006) dan beberapa isu peribadi yang lain.

Ditanya mengenai isu tanah pada 2003 di mana pembangkang menuduhnya sebagai cuai sehingga menyebabkan tanah itu dilelong, katanya, sebagai penjawat awam beliau hanya mengikut prosedur.

"Saya telah mengikut segala prosedur jabatan (isu tanah 2003)," katanya ringkas.

Mengenai perancangannya jika dipilih sebagai wakil rakyat, Mohd Azahar berkata beliau akan memastikan pengundi pelbagai kaum DUN Tenang menikmati pembangunan yang lebih pesat.

"Saya akan bertemu kembali dengan pengundi, mengambil input tentang perkara-perkara yang mereka ingin laksanakan di DUN Tenang secepat mungkin," katanya.

Ditanya bagaimana beliau menangani keadaan selepas lima hari menjalankan kempen tanpa henti, Mohd Azahar berkata beliau hanya mampu tidur tidak lebih dari empat jam sehari.

Isteri calon BN itu, Tuty Roshizana Tumin yang turut berada pada sidang media itu turut ditanya mengenai serangan peribadi terhadap suaminya dan berkata ia tidak menjejaskan dirinya kerana beliau mengetahui perkara sebenar.

"Saya berada sepenuhnya di belakang suami saya. Saya tidak akan terjejas dengan apa juga serangan peribadi mereka, kerana apa yang diperkatakan mereka merupakan pembohongan semata-mata," katanya.

Mengenai persediaan bagi memastikan kesihatan suaminya sentiasa terjaga sepanjang tempoh berkempen, suri rumah itu berkata beliau menyediakan makanan berkhasiat serta makanan tambahan.

"Saya pastikan beliau hanya mengambil makanan yang berkhasiat, selain mengambil makanan tambahan bagi memastikan kesihatannya terjamin dan sentiasa bertenaga sepanjang tempoh berkempen ini," katanya.

Beliau berkata anak-anak mereka memahami bahawa Mohd Azahar mempunyai jadual yang sibuk sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini.

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Jan ini berikutan kematian penyandangnya, allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Mohd Azahar akan ditentang calon PAS Normala Sudirman pada pilihan raya kecil itu.

UMB Pahang: Buat Calon BN di Dun N. 05 Tenang teruskan perjuangan dalam meraih sokongan serta kepercayaan dari Pengundi Dun Tenang. Kami percaya pengundi-pengundi di Dun N.o5 Tenang pastinya bijak memilih bakal Wakil Rakyat yang boleh berkerja serta memahami denyut nadi masyarakat di Dun Tenang.



Wednesday, January 26, 2011

PAS KEJAM PADA PENDUDUK TEMPATAN!!!

Kejadian ni memang betul - betul terjadi. Malah secara terang - terangan pulak tu dibuatnya. Tanpa segan silu dan rasa was-was.

Malam semalam dekat Felda Chempelak Barat, PAS buat ceramah yang dihadiri oleh Malzan Aliman.

Dah jadi macam trend diorang pulak. Tiap kali ada pilihanraya kecil, mesti diorang import peniaga dari luar. Semua benda pulak tu diniagakannya.

Diorang buat peniaga tempatan macam tunggul kayu je. Peduli pun tidak pada mereka. Semua barang keperluan dibawa dari luar. Dengan bajunya, seluarnya, termasuk la makanan dan minuman. Semua habis diimport.

Dah la calon pun calon import, petugas pun petugas import. Nampak sangat puak - puak Parti Angguk Saja ni memang suka meminggirkan masyaratakat setempat.

Sanggup mereka taburkan pasir dalam periuk nasi peniaga tempatan. Tak bagi peluang lansung untuk peniaga tempatan ni dapat keuntungan lebih. Semua dia je yang sapu. Parti Islam konon. Ceit! Pigidah!!!

Seterusnya, KLIK SINI.

Thursday, January 20, 2011

Perjumpaan bersama Dato' Shahaniza

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Dalam usaha untuk merapatkan ukhwah sesama ahli, Unit Media Baru UMNO Pahang telah mengadakan perjumpaan dengan Dato Shahaniza.

Tujuan perjumpaan diadakan adalah bagi memperkukuhkan UMB Pahang bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.

Pelbagai perkara telah dibincangkan mengenai peranan UMB Pahang dan perancangannya dimasa akan datang.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Dato Shahaniza yang dapat meluangkan masa memberi pendapat dan idea serta semangat buat UMB Pahang untuk terus bergerak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KENYATAAN BERCANGGAH???


Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Putar belit ayat dan fakta bukanlah perkara baru buat si Ketua Penipu ini. Sudah menjadi bahan makanan harian buat beliau.

Sebelum ini, beliau dikatakan telah mengeluarkan cabaran berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu Ekonomi Negara.

Beliau membuat cabaran tersebut berikutan kritikan yang dilemparkan oleh Perdana Menteri terhadap Pelan 100 Hari yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang dalam Konvensyen mereka.

Namun, portal pembangkang semalam mendedahkan bahawa Ketua Penipu itu bukan cabar berdebat. Tetapi sebaliknya hanya 'ajak berbincang'.

Lihat betapa retoriknya beliau dalam mempertahankan kenyataan beliau sendiri. Mungkin sebab cabaran beliau sebelum ini tidak dilayan, maka debat telah ditukar kepada perbincangan sahaja.

Walaubagaimana pun, dalam blog si Ketua Penipu itu cuba menunding jari kepada Bernama, Agensi berita kerana mengelirukan kenyataan beliau sebelum ini.

Yang hairannya, kenapa beliau hanya menyalahkan pihak BERNAMA? Kenapa beliau tidak menyalahkan pihak Malaysiakini dan Malaysian Insider kerana turut memaparkan berita tersebut?

Demikian sikap 'double-standard' yang diluahkan oleh puak Pakatan sebelum ini mula terpalit ke muka sendiri. Dah songeh, banyak pulak alasan mereka. Sampai bila mereka hendak memperbodoh - bodohkan rakyat sedemikian?

BLOG UBAT NYAMUK???

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Inilah hakikat kehidupan. Kadang kita ada diatas, kadang kita ada dibawah. Kadang kita jadi tumpuan, kadang kita jadi cacian.

Demikian nasib yang diterima oleh blog pro pembangkang di Pahang ini. Nampak gayanya, taringnya sudah semakin tumpul.

Malah sanggup pula menipu rakyat dengan slogan kata tidak memihak kepada mana - mana parti padahal sebelum ini mereka lantang mengkritik dan mengutuk Kerajaan Barisan Nasional.

Oleh sebab tidak lagi diterima oleh PKR (mungkin kerana kecewa), Pahang Daily Online (PDO) cuba mendapatkan sokongan dari PAS pula.

Hal ini didengar dan dilihat sendiri oleh ahli - ahli Pemuda UMNO yang berkesempatan menjenguk ceramah - ceramah politik PAS.

Namun tak disangka pula blog yang cukup kuat berpengaruh itu sudah berubah sedemikian rupa. Sampai sanggup jadi blog Iklan Ubat Nyamuk sahaja. Seterusnya, klik sini.

LAGI TERUK DARI ABDULLAH BIN UBAI!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

AIDCNews – 18/01/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata memenuhi nafsunya untuk berkuasa dan beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk terlibat dengan gerakan Yahudi sedunia kata Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Perak.

“Ini semata-mata nak memenuhi nafsu dia. Nak berkuasa. jadi dia bersetujulah dengan Yahudi, nak memecahbelahkan orang, supaya orang menyokongnya. Itu sahaja. Dia bukan ada apa-apa.

“Anwar Ibrahim ini, semata-mata nak balas dendam. Itu sahaja kerja dia”, katanya.

Ketika ditanya adakah peranan Anwar sekarang ini sama seperti Abdullah bin Ubai, seorang tokoh munafik yang memecahbelahkan ummah semasa zaman Nabi Muhamad SAW di Madinah, Tan Sri Harussani merenung sejenak, dan menjawab “Saya ingat lebih daripada itu kot”, sambil disambut gelakan para hadirin yang turut serta dalam sesi interbiu eksklusif bersama Mufti Perak itu.

Seterusnya, klik sini.

Komen UMB:

Siapa dia Abdullah Bin Ubai? Beliau ialah Ketua Munafik dan seorang yang hipokrit pada ketika zaman Rasulullah S.A.W dulu.

Beliau telah membelot kepada umat Islam tatkala mereka sedang berhadapan dengan tentera Jahiliyah ketika perang Uhud.

Atas sebab tindakan beliau menghasut dan mengadu domba, maka 2 per 3 dari tentera Islam menarik diri dari medan perang.

Selanjutnya, baca disini.

Wednesday, January 19, 2011

Calon BN Dapat Restu Keluarga

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Barisan Nasional hari ini telah mengumumkan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Tenang.

Saudara MUHAMAD AZHAR IBRAHIM telah diumumkan sebagai CALON BN bagi Pilihanraya Kecil DUN Tenang oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sebentar tadi.

Calon muda yang berusia 39 tahun ini mempunyai 3 orang anak dan berkelulusan Ijazah Sains Politik.

Beliau merupakan Bekas Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat merupakan calon anak tempatan.

YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa seluruh jentera Barisan Nasional di Tenang agar dapat menebus kembali majoriti 5,512 yang pernah diperoleh pada pilihan raya umum 2004.

Untuk rekod, BN menang pada 2008 dengan hanya majoriti sebanyak 2,492.

Muhamad Azhar dijangka akan berhadapan dengan calon PAS, Normala Sudirman yang juga merupakan Ketua Muslimat PAS Kawasan Tenang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 18, 2011

SAMAN KARPAL, BIAR MAHKAMAH YANG TENTUKAN!!!


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sebab enggan menjadi saksi terhadap kes liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim, Karpal Singh juga turut diheret ke muka pengadilan.

Ummi Hafilda yang membuat pendedahan salah laku seks Anwar turut menamakan Karpal sebagai salah seorang defendan dalam kes tersebut.

Karpal walaubagaimana pun cuba hendak mengelakkan diri dengan menyatakan bahawa saman terhadap beliau tidak sah dan tidak boleh diterima oleh Mahkamah.

Namun, ketika diminta mengulas mengenai isu ini, Nazri Aziz berkata biar Mahkamah yang tentukan.

Karpal jelas bukan Hakim, dan hanya hakim mahkamah sahaja yang boleh menentukannya sama ada boleh menerima atau menolak saman tersebut.

Apa yang penting, rakyat mahukan kebenaran. Karpal sepatutnya memberikan kebenaran tersebut. Bukan menyembunyikannya dengan macam - macam alasan!!!

Wednesday, January 12, 2011

Karnival BN Youth Job Fair

Assalamualaikum.

Berikut adalah makluman terkini dari Barisan Nasional Youth Lab:

Pemuda Barisan Nasional Malaysia akan menganjurkan Program Mencari Kerja Besar - Besaran 'BN Youth Job Fair' pada 25-27 March 2011.

Karnival ini akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 8.00 mlm bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.

Sebanyak 20,000 peluang pekerjaan dari pelbagai bidang sedang menanti pengunjung.

Jangan lepaskan peluang ini dan datanglah beramai-ramai. Maklumat lanjut sila layari:

www.bnyouthjobfair.com

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60139069057

You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.

This message can be viewed as it was originally intended

To view this message as it was originally intened click on the button below...

PEMIMPIN DAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Berikut dipaparkan rakaman video ucapan oleh Pengerusi DAP Negeri Pahang, Leong Ngah Ngah diatas pentas ceramah PAS.


Jelas dari kenyataan yang diluahkan oleh Leong Ngah Ngah ini memberi gambaran bahawa wakil rakyat Triang ini cuba melarikan diri dari memikul tanggungjawab.

Bayangkan, aduan rakyat kepada beliau hanya dijawab begitu sahaja. Hanya dengan kata - kata "Sekarang bukan PR perintah. UMNO perintah" sudah cukup untuk beliau jadikan alasan.

Aduan rakyat dikawasan beliau sendiri dipinggirkan oleh beliau, tetapi beliau menyalahkan UMNO/BN pula?

Belum memerintah Negara lagi. Dikawasan sendiri pun beliau lari dari tanggungjawab. Inikan pula kalau mereka memerintah Negara nanti. Bagaimana pula alasan yang akan mereka berikan?

Tuesday, January 11, 2011

GEMPAR!!! KJ CABAR ANWAR BERDEBAT!!!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Inilah akibat kerana mulut badan binasa. Bila orang cabar dia, tak berani pula beliau nak jawab. Mencabar orang bukan main lagi.

Si Ketua Penipu Rakyat, Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan cabaran berdebat dengan Perdana Menteri mengenai hal ekonomi Negara.

Tujuan cabaran itu adalah untuk menentukan siapa yang mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk Negara.

Menurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima perlawaan berdebat kerana Najib seringkali mempersoalkan dan memperlekeh dasar Pakatan serta perangkaan ekonomi dalam rancangan 100 hari mereka.

Walaubagaimana pun, dalam laman twitter hari ini, YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut mengeluarkan cabaran yang sama kepada Ketua Penipu Rakyat itu.

Khairy turut menyatakan kewajaran bagi Anwar menyahut cabaran itu kerana beliau seorang pemimpin yang berkaliber.

Macam mana Anwar? Beranikah beliau menyahut cabaran Ketua Pemuda UMNO itu? Atau beliau akan terus beralasan semata - mata untuk mengelakkan diri? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
--
Dicatat Oleh Blogger ke SEMUT HITAM di 1/11/2011 04:00:00 PM

Komen UMB PPU Pahang:

Kena tengok, Anwar berani atau tidak sahut cabaran Khairy. Dulu dia pernah cabar Tun Abdullah, tapi Shabery Cheek yang sahut. Dia terima. Kali ni macam mana? Ada berani ke tidak?


Friday, January 7, 2011

DAP & PKR KETAR LUTUT!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Hanya sebab Mursyidul Am PAS, Nik Aziz menghadiri jamuan santapan DiRaja yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, DAP dan PKR dah mula ketar lutut.

Barisan kepimpinan kedua - dua parti mula mendesak agar pemimpin PAS menjelaskan kepada komponen Pakatan mengenai status sebenar.

S. Manikavasagam turut menyatakan bahawa PAS perlu menghormati komponen lain dalam Pakatan. Beliau turut mendakwa tindakan PAS itu hanya akan menjejaskan perikatan mereka.

Lihat sahaja bagaimana reaksi mereka tatkala Perpaduan Ummah diantara Melayu dan Umat Islam mula menampakkan bibit - bibitnya.

Jelas mereka tidak mahu Melayu dan Umat Islam di Malaysia ini bersatu padu diantara satu sama lain.

Macam penjajah British juga rupanya pendirian mereka ini. Dasar pecah dan perintah diamalkan secara terang - terangan.

Itupun masyarakat masih tidak mampu menilainya?

Thursday, January 6, 2011

MB Selangor Patut Letak Jawatan!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

UMB Pergerakan Pemuda UMNO Pahang mengucapkan tahniah kepada Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) atas tindakan berani mereka.

Ribuan himpunan anak - anak muda Selangor berhimpun bagi menyatakan pendirian mereka terhadap sikap Menteri Besar Selangor itu.

Jelas, tindakan Khalid Ibrahim serta puak - puak pembangkang terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru menjejaskan kredibiliti mereka sendiri.

Malah mereka juga dilihat seperti sengaja memperlekehkan kakitangan awam di Negeri tersebut.

Maka desakan GAPS dan NGO - NGO lain patut direnungkan. Khalid Ibrahim yang gagal mentadbir Negeri itu perlu meletakkan jawatan dengan segera!!!