CHANNEL UMB

Tuesday, March 9, 2010

Lagu 1970an

Oleh: Semut Hitam



Salam 1Malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum, lagu-lagu sekitar 1970an sangat popular sehingga ke hari ini. Lagu-lagu dari Ahmad Jais, A. Rahman Hassan, R. Ramlee dan sebagainya masih banyak kita dengar hingga ke hari ini terutama melalui Stesyen Radio Klasik Nasional.

Tidak kurang juga retorik pembangkang pada hari ini. Idea mereka masih segar walaupun ianya sudah berusia hampir 30 tahun lamanya. Hari ini, mereka mendendangkan lagu tahun 1970an.

Kepada umum yang tidak tahu apa maksud saya, biar saya terangkan. Dalam tahun 1970an, PAS pernah bergabung dengan Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan di Kelantan. Mereka sendiri yang telah memilih Menteri Besarnya dan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Muhammad Nasir pada ketika itu.

Lewat tahun 1976, satu gerakan mengulingkan Menteri Besar itu telah diadakan oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan. Diantara sebab kenapa PAS mahu mengulingkan Datuk Muhammad Nasir adalah kerana isu tanah. MB Kelantan pada ketika itu telah melancarkan gerakan membasmi penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa. Antara tindakan beliau ialah dengan menarik balik pemberian tanah sebanyak 355 hektar kepada sebuah syarikat swasta dan menangguhkan projek perlombongan bijih diantara sempadan Perak - Kelantan. Menteri Besar PAS itu menyatakan bahawa beliau tidak mahu menyalah gunakan kuasa beliau untuk kepentingan peribadi sesiapa termasuk orang-orang PAS sendiri. Jika penggunaan tanah seluas 355 hektar itu digunakan untuk kemajuan dan pembangunan rakyat Kelantan, beliau tidak ada masalah. Tetapi beliau difahamkan ada kepentingan individu tertentu dalam PAS sendiri yang menyebabkan beliau terpaksa menarik balik pemberian tanah tersebut. Begitu juga alasan yang beliau berikan mengenai isu tanah lombong diantara sempadan Perak - Kelantan. Tindakan beliau ini turut mendapat sokongan dari Dewan Ulama PAS dan Timbalan Yang DiPertua PAS Pusat sendiri.

Kemelut politik dan pentadbiran PAS Kelantan itu telah membawa kepada perpecahan dalam PAS. Yang DiPertua PAS Pusat, Datuk Asri telah memutuskan untuk melantik Pengerusi Badan Perhubungan yang baru untuk menggantikan kedudukan Menteri Besarnya. Seterusnya gerakan kumpulan 16/20 telah diadakan. Gerakan itu bertindak mengusulkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besarnya dalam Sidang Dewan Negeri. Bagi Ketua Pemuda PAS pada masa itu, Mustafa Ali, mereka ambil langkah tunggu dan lihat. Mereka sedikit pun tidak memberi apa-apa respon terhadap kemelut yang berlaku dalam Parti mereka sendiri.

Hal ini mula menarik perhatian Pengerusi Barisan Nasional Pusat yang pada ketika itu diterajui oleh Tun Hussien Onn. Tetapi atas nasihat Yang DiPertua PAS sendiri, Tun Hussien membiarkan isu itu diselesaikan oleh PAS. Malah itu adalah permintaan oleh YDP PAS Pusat sendiri kerana bagi beliau ianya hanya membabitkan PAS sahaja dan bukan keseluruhan Komponen Barisan Nasional.

Walaubagaimana pun, gerakan kumpulan 20/16 itu masih diteruskan sehingga mengakibatkan Datuk Muhammad Nasir keluar Parti lalu menubuhkan Parti Berjasa. Bekas MB Kelantan ini turut mendapat sokongan dari 55 Ranting PAS di Kelantan termasuk Ketua Pemuda Berjasa pada ketika itu Ibrahim Ali. Selepas pilihanraya 1978, Berjasa berjaya menawan Kelantan dengan menjadi Ahli Komponen Barisan Nasional. Mulai detik inilah PAS hingga ke hari ini masih menyalahkan Barisan Nasional dan UMNO terutamanya apabila kita bangkitkan soal Perpaduan UMNO dan PAS.

Ikuti semula apa yang mereka minta. Mereka sendiri tidak mengambil pendekatan Musyawarah dalam menghadapi kemelut politik mereka sendiri, tapi mereka salahkan UMNO. Pemuda mereka berpeluk tubuh dan mengambil langkah tunggu dan lihat, mereka salahkan UMNO. Mereka sendiri minta Pengerusi Barisan Nasional yang juga Presiden UMNO pada ketika itu supaya tidak campur tangan dalam pertikaian PAS Kelantan, mereka tetap salahkan UMNO.

Hari ini, setelah lebih dari 30 tahun berlalu, perkara yang sama juga mereka ulangi. Kemelut politik dalam PKR yang tidak dapat diselesaikan sendiri oleh Ketua Umumnya, mereka salahkan UMNO. Malah mereka tuduh Presiden UMNO serta Isteri menjadi dalang utama. Mereka memetik kata-kata Dr Syed Husin yang menuduh Dato Seri Najib menggunakan pelbagai cara bagi memancing agar Ahli Parlimen PKR ini melompat Parti. Malah mereka juga turut menyelar tindakan berani Ahli-Ahli Parlimen itu sebagai Katak. Apakah mereka lupa, Zaid Ibrahim dan Chua Jui Meng juga melompat dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat? Maka, mereka juga harus digelar Katak. Malah Ketua Umum PKR yang dulunya bekas Timbalan Perdana Menteri juga wajib kita panggil Bapak Katak.

Apa tidaknya. Bukankah beliau yang mempromosikan acara lompat katak ini dalam Projek 16 September? Malah Gerakan Halilintar kelmarin juga masih mengulangi promosi yang sama. Selain dari itu, Ketua Pembangkang itu sampai hari ini masih tidak mendaftar jadi Ahli PKR yang sah. Dalam erti kata lainnya, Anwar Ibrahim masih ahli UMNO yang sah selagi nama beliau tidak dibuang dalam keahlian UMNO. Persoalan besarnya disini ialah KENAPA?

Kenapa seorang yang bercita-cita besar mahu menerajui Pakatan Reput ke Putrajaya ini masih tidak daftar jadi ahli PKR? Kenapa beliau yang masih ahli UMNO ini sibuk ke hulu ke hilir memburuk-burukkan UMNO sedangkan beliau masih lagi menjadi ahli? Kenapa beliau yang masih bergelar warganegara Malaysia pergi memburuk-burukkan nama negara di serata dunia? Apakah beliau tidak tahu, nun jauh disana mereka sebenarnya sedang ketawa terbahak-bahak melihat badut ini sangat mudah diperkotak-katikkan?

Adakah ini imej seorang pemimpin? Adakah ini lambang seorang pejuang rakyat dan bakal negarawan? Adakah layak orang yang memburuk-burukkan negara sendiri ini diberi penghormatan? Adakah PAS ingat mereka masih boleh berdendang lagu 1970an?

Fikir-fikirkan lah.

P/s: keratan Akhbar ini akan saya simpan sekiranya berlaku sebarang kemungkinan dimasa akan datang.
Ingat pepatah Aceh, bergerak Umpama semut hitam ditas batu hitam dimalam yang gelap tidak berbintang.

Thursday, March 4, 2010

YANG KITA TERHEGEH-HEGEH NI KENAPA?

Oleh: Semut Hitam


Salam 1Malaysia.

Drama Penipu Ramai (PR) semakin hari semakin hangat. Hangat bukan kerana dapat sambuan, tetapi hangat kerana pertikaian sesama sendiri. Hangat kerana pendirian mereka, hala tuju mereka semakin hari semakin rapuh. Dengan kes mahkamah, isu tanah, isu Kalimah Allah dan sebagainya. Sandiwara mereka ini hanya sebagai pengalih perhatian masyarakat terhadap agenda sebenar mereka yang pada hakikatnya, tak de agenda pun. Hala tuju utama mereka bukan untuk rakyat tetapi keuntungan peribadi, membalas dendam, keadilan secara individu sahaja.

Umum mengetahui bahawa tujuan asal PKR ditubuhkan lebih kurang 10 tahun yang lalu adalah untuk membela keadilan buat Anwar Ibrahim sahaja. Sedangkan pada ketika itu, bepuluh-puluh pengikutnya ditahan dalam ISA, mereka tidak mempedulikannya. Tumpuan mereka hanya kepada Anwar Ibrahim sahaja. Baru dua tiga tahun lepas mereka memulakan gerakan menentang ISA. Hari ini, mereka mengulangi sekali lagi apa yang mereka lakukan pada tahun 1999 yang lalu. Membela kesalahan luar tabii Anwar Ibrahim. Malah lebih teruk, ‘Road Show’ mereka turut menghasut Negara-Negara Luar membuat persepsi buruk terhadap Negara mereka sendiri. Seperti kita memburukkan kaum keluarga kita, adakah tergamak kita melakukannya? Mereka cari pembelaan dari luar dengan memburuk-burukkan kita. Bukan individu-individu tertentu sahaja, tetapi keseluruhan rakyat Malaysia dituduh tidak adil dan zalim. Mereka membayangkan keadaan di Negara kacau bilau. Adakah ini peribadi seorang pemimpin? Mengapa beliau perlu takut jika beliau tidak melakukan sebarang kesalahan? Pelik bukan?

Begitu juga dengan Pengerusi PKR Pahang hari ini, Dato Fauzi. Sudahlah beliau menipu ahli-ahli PAS secara terang-terangan di Bentong. Tujuan beliau menjadi ahli pun sekadar membalas dendam kerana tidak dilantik menjadi Menteri Penuh. Bertanding ADUN pun kalah, inikan pula mahu menjadi Menteri. Dah tua, duduk dirumah sahaja. Bagi peluang kepada generasi muda pula yang memimpin. Maka untuk meluahkan rasa tidak puashati beliau, beliau sanggup mencantas bekas Pengerusi PKR yang terdahulu dan menjadi Pengerusi yang baru. Bukan setakat itu sahaja, Mereka juga berjuang demi poket mereka sendiri. Sebab itulah Azan Ismail melabelkan PKR Pahang sebagai sebuah syarikat sendirian berhad.

Bagaimana mungkin kita dapat menerima mereka sebagai pemimpin kerajaan Negara bertuah ini saya pun tidak pasti. Yang pastinya, mereka beranggapan rakyat Malaysia mudah untuk mereka permainkan dalam sandiwara mereka. Pelbagai spekulasi mereka lemparkan termasuk tohmahan yang tidak masuk dek akal. Isu Altantuya, Perbalahan PM dan TPM, isu Kes Liwat dan macam-macam lagi. Semuanya untuk memusnahkan dan memecah belahkan Perpaduan dalam masyarakat majmuk di Negara ini.

Maka dengan ini disenaraikan nama pemimpin PKR yg sudah keluar dari Parti Keadilan Rakyat setakat ini.

1. Marina Yusof
2. Ruslan Kassim
3. Dr Chandra Muzaffar
4. Nalla Karuppan
5. Mohd Ezam Mohd Noor
6. Anuar Shaari
7. Zahrin Mohamed Hashim
8. Mohd Osman Mohd Jailu
9. Mohd Radzi Salleh
10. Badrul Hisham Abdullah
11. Lokman Noor Adam
12. Jamaluddin Mohd Radzi
13. Zahid Mat Arif
14. Zahrain Hisham
15. Muhammad Fauzi
16. Tan Tee Beng

Dan beratus-ratus lagi diperingkat Bahagian dan Cawangan. Jadi kenapa kita sibuk mahu mendaftar menjadi ahli PKR lagi? Bukankah itu perbuatan yang sia-sia? Kita beria-ia mengisi borang menjadi ahli sedangkan ramai pucuk pimpinan PKR Pusat dan ADUNnya bukan ahli. Diantaranya:

1. Ketua Umum PKR – Anwar bin Ibrahim
2. Saifuddin Nasution
3. Zolkefli Nordin

Jadi bagaimana mungkin kita dapat menerima mereka ini sebagai pemimpin sedangkan mereka sendiri tidak ada pendirian yang tegas? Adakah kita mahu menerima golongan hipokrit ini sebagai pemimpin anak bangsa kita dimasa akan datang?

Fikir-fikirkan lah.

Tuesday, March 2, 2010

Untuk Apa Lagi Mintak Royalti Minyak???

oleh: Semut Hitam



Salam 1Malaysia.

Hari ini masih sibuk PAS Kelantan menuntut royalty minyak. Asakan demi asakan dari mereka nampak sangat terdesak. Keadaan ini ditambah lagi dengan kenyataan dari Tengku Razaliegh Hamzah yang terang-terang disangsi kenyataannya. Beliau lebih arif mengenai Akta Minyak 1974 mungkin sudah lupa akan isi kandungan dokumen tersebut. Mungkin beliau perlu mencari semula dokumen yang betul dalam gua di Gua Musang.


Persoalan saya ialah, untuk apa mereka menuntut royalty minyak ini? Katanya untuk kebajikan rakyat. Habis sebelum ini bagaimana mereka menjaga kebajikan rakyat? Lihat posting saya sebelum ini. Video ucapan dari Timbalan Pengerusi PAS Pahang mendedahkan Kelantan mendapat KEUNTUNGAN BESAR dari pembalakan. Lebih kurang RM355 juta perolehan yang mereka perolehi dari tahun 1994 hingga 1998. itu baru sepenggal. Bayangkan berapa banyak keuntungan yang mereka miliki pada hari ini. Pastinya, keuntugan besar itu berlipat kali ganda.


Malangnya, setiap kali cubaan untuk menggondolkan balak di Kelantan akan dipaparkan oleh Karam Singh Walia, seorang aktivis alam sekitar. Pembalakan di kawasan Loging misalnya didedahkan secara terang-terangan oleh beliau dalam berita TV3 beberapa tahun yang lalu. Oleh itu, boleh kita katakana, usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk menggaut keuntungan besar dari pembalakan ini mendapat sedikit tentangan.

Atas sebab itulah, Kelantan hari ini beria-ia mahu menuntut Royalti Minyak pula. Persoalannya, kenapa sekarang? Kata mereka tuntutan itu sepatutnya dilakukan 25 tahun yang lalu. Berapa lama sudah PAS menerajui Kerajaan Negeri Kelantan? Ini satu persoalan yang hingga hari ini masi tidak ada jawapan dari mereka.

Seterusnya, persoalan ke mana duit-duit itu akan disalurkan? Kepada rakyat kata mereka. Seperti yang saya terangkan tadi, dalam tempoh 5 tahun, Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan PAS mendapat keuntungan sebanyak RM 355 juta. Satu angka yang besar!!! Tetapi mengikut statistik dari Yayasan Basmi Kemiskinan, Kelantan merupakan negeri yang berada ditangga teratas. Bilangan penduduk miskin ini bukan makin berkurangan, tetapi ianya kian bertambah. Jauh bezanya dengan negeri yang berada ditangga kedua dan ketiga. Penambahan yang sangat besar sekali. 9214 RAKYAT KELANTAN yang miskin!!! Kata UNTUNG BESAR dengan pembalakan, tapi rakyat miskin. Pelik bukan?

Tanya kepada diri kita sendiri. Kalau keuntungan besar dari pembalakan itu secara diam-diam boleh hilang, inikan pula tuntutan royalti minyak mereka. Agak-agaknya ke mana perginya duit keuntungan balak sebelum ini? Nak kata pembangunan untuk rakyat, tiada. Nak kata pembangunan negeri, masih mundur. Jadi ke mana perginya KEUNTUNGAN BESAR mereka itu?

Fikir-fikirkan lah.