CHANNEL UMB

Tuesday, July 13, 2010

Putar Belit Azan Tak Menjadi

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Berikutan berita Kes Pecah Rumah Exco Kerajaan Negeri Pahang minggu lepas, PKR Pahang tidak ketinggalan menjadikannya satu isu.

Ahli Parlimen Inderamahkota, Azan Ismail (gambar diatas) sebelum ini tampil dengan mendesak SPRM untuk membuat siasatan terhadap YB Wan Adnan kerana menyimpan sejumlah wang yang banyak.

Isu tersebut timbul berikutan laporan akhbar Sinar Harian yang menyatakan jumlah wang yang hilang adalah sebanyak RM300,000.00 dirumah beliau.

Namun spekulasi tersebut telah dijawab dengan segera oleh YB Wan Adnan dengan membetulkan laporan akhbar tersebut. Jumlah sebenar wang yang hilang adalah sebanyak RM 300.00 sahaja dimana wang tersebut merupakan wang simpanan harian anak beliau.

Maka desakan YB Azan Ismail dan percubaan untuk memutar belitkan isu tersebut ternyata GAGAL sama sekali.

Jesteru itu, sama ada YB Azan Ismail atau pun Sinar Harian perlu memohon maaf secara terbuka berkenaan kesilapan mereka itu.

1 comment:

  1. sememangnya putarbelit diorang seakan menjadi kebiasaan..tugas kitalah menangkis dan memperjelas kepada rakyat di bawah sana...

    ReplyDelete