CHANNEL UMB

Wednesday, July 28, 2010

Orang Lain Dapat Berjuta

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Lambat dan lembab. Itulah diantara beberapa perkataan yang sesuai ditujukan kepada laman blog pro pembangkang di Pahang. Terutama sekali Pahang Daily Online yang tak ubah umpama kerakap di atas batu, hidup segan mati tak mahu.

Dalam blog PDO baru – baru ini cuba untuk menghentam UMB Pahang kononnya UMB Pahang ini baru wujud dan telah melantik begitu banyak pejuang siber. Inilah yang dikatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. PDO lansung tidak tahu siapa yang mengendalikan UMB tetapi membuat tuduhan sembrono sahaja.

Malah PDO turut membuat dakwaan bahawa UMB Pahang hanya melantik pesara – pesara politik dan tidak bermaya, kononnya. PDO juga turut menyatakan bahawa UMNO alpa dan lalai dalam pilihanraya yang lalu.

Sebagai pengetahuan PDO, tanpa UMB, UMNO Pahang masih kukuh berdiri. Tanpa UMB, UMNO Pahang hanya tewas dua kerusi Parlimen sahaja. Itu pun kerana banyak orang luar dan bukan orang Pahang. Maka yang dilihat terdesak sekarang ini ialah pembangkang yang disokong oleh PDO.

Kenapa PDO tidak merempat kepada mereka untuk meminta bantuan kewangan? Kenapa masih merayau – rayau dan meracau di Pejabat Menteri Besar Pahang setiap hari?

Mungkin PDO tidak membaca blog orang lain. Mungkin PDO hanya syok sendiri sahaja. Adakah PDO tidak tahu betapa terdesaknya pembangkang seperti di Selangor hingga terpaksa menggunakan peruntukan kerajaan Negeri untuk meningkatkan keupayaan media mereka? Bukan sedikit, RM15juta. Semata - mata kerana merekatakut dan ketar dengan media sedia ada BN dan UMNO.

Itu belum dikira portal – portal pembangkang yang lain yang turut mendapat bantuan kewangan dan Dana yang besar dari luar Negara. Berjuta - juta ringgit. Semata – mata untuk menyebarkan fitnah dan hura – hara. PDO apa dapat?

No comments:

Post a Comment