CHANNEL UMB

Thursday, July 8, 2010

1Pasukan, 1Striker

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Dibawah adalah email yang diterima dari Bentong hasil Nukilan Picisan Dari Bentong:

Demam Piala Dunia sudah sampai ke kemuncaknya. Pertarungan akhir diantara Belanda menentang Sepanyol amat dinanti - nantikan oleh ribuan peminat bolasepak di Malaysia.

Melihat perlawanan demi perlawanan diantara pasukan yang menyertai saingan Piala Dunia ini, banyak perkara yang boleh kita pelajari. Itu pun kepada mereka yang mahu berfikir mengenainya.

Cuma yang saya lihat, kebanyakkan negara dalam saingan kali ini hanya bergantung kepada keupayaan pemain - pemain utama atau 'keyplayer' semata - mata. Jentera - jentera lain seolah - olah tidak memainkan fungsi mereka dengan betul dan sempurna.

Sebagai contoh Cameroon yang menjadikan Eto sebagai tonggak utama. Maka kecacatan dalam jentera serangan mereka kurang menyengat.

Begitu juga dengan Portugal yang mengharapkan sentuhan 'mahal' Cristiano Ronaldo walaupun CR tidak menunjukkan aksi cemerlang sejak pusingan kelayakan 2 tahun lalu.

Hal yang sama berlaku kepada Uruguay dimana mereka mengharapkan sentuhan berpengalaman Diego Forlan. Maka serangan ke arah pintu gol sangat rendah dan kemungkinan untuk menang sangat tipis. Kesannya, mereka gagal mara ke peringkat Final.

Melihat semua ini, banyak yang boleh diambil sebagai pengajaran. Terutama dalam politik negara hari ini.

UMNO yang diwar - warkan mahu menjadi Juara Rakyat sebenarnya hanya bergantung harap kepada Dato' Seri Nagib semata - mata. Beliau menjadi tonggak dalam perjuangan memenangi hati rakyat.

Maka tidak hairanlah sekiranya Merdeka Center yang membuat kajian menyatakan bahawa sokongan kepada Dato' Seri Nagib meningkat ke angka 72% kerana hanya beliau yang buat kerja.

Persoalannya, apa fungsi mereka yang lain? Adakah untuk duduk dan lihat sahaja?

Perkara yang sama ini turut berlaku di Bentong dimana Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda hari ini dikritik kerana tidak menjalankan tugas serta jarang turun padang.

Adakah UMNO Bentong ini hanya ada dua ikon itu sahaja? Kenapa tidak ada yang mempertikaikan tugas serta tanggungjawab mereka yang lain seperti Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, AJK dan sebagainya?

Mereka ada di Bentong. Kenapa tidak dipertikaikan pula? Kalau mereka turun padang, tidak pula diberikan kredit dan diberi ucapan terima kasih.

Soalan utama yang perlu kita tekankan ialah adakah mampu sebuah pasukan itu untuk berjaya jika hanya mengharapkan kepada seorang striker sahaja?

Sekian, terima kasih.

Ps: Sekiranya ada email atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila emailkan ke alamat: umbpahang@gmail.com

1 comment:

  1. Cukup-cukuplah berperang sesama sendiri, ingatlah pru 13 makin hampir. Jika tak puashati selesaikan cara dalaman aje

    ReplyDelete