CHANNEL UMB

Tuesday, February 1, 2011

LANGKAH PRO - AKTIF BN PAHANG!!!


PM mahu Pahang jadi tunggak kejayaan BN

KUANTAN 29 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Barisan Nasional (BN) Pahang terus menjadi penyumbang besar terhadap kejayaan parti itu dalam setiap pilihan raya umum yang diadakan.

Perdana Menteri menegaskan, bagi mencapai matlamat itu, parti-parti komponen dalam BN negeri perlu mengetepikan perkara remeh-temeh yang boleh melemahkan kekuatan parti.

Sebaliknya tegas beliau, semua parti komponen dalam BN negeri perlu berganding bahu memantapkan perjuangan membela rakyat untuk berdepan dengan pembangkang.

''Ini kerana golongan pembangkang adalah musuh kita yang sebenar," katanya dalam perutusan buku cenderamata Konvensyen BN Pahang yang dikeluarkan di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, konvensyen itu dilihat mampu meningkatkan lagi semangat bekerja di kalangan pemimpin dan anggota BN sekali gus memperkukuhkan kesepakatan bagi memastikan perjuangan parti terus diterima rakyat.

Beliau memuji tindakan proaktif BN Pahang yang mendahului negeri-negeri lain mengadakan konvensyen tersebut.

''BN Pahang berjaya menganjurkan konvensyen selepas hanya dua bulan BN Pusat menganjurkan konvensyen di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada awal bulan lalu," katanya.

Penganjuran konvensyen tersebut, kata Najib, membuktikan komitmen BN Pahang untuk menjayakan segala saranan parti di peringkat Pusat, dengan meletakkan kepentingan rakyat mendahului segala-galanya.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengerusi BN negeri memberitahu, kali terakhir BN negeri mengadakan konvensyen adalah pada 2002.

Menurutnya, kira-kira 2,000 perwakilan daripada parti-parti komponen meliputi UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP) terlibat dalam konvensyen kali ini.

''Selari dengan peredaran zaman, kita tidak boleh terus menerus bersandarkan pada kaedah lama yang mungkin tidak lagi sesuai. Oleh itu, kita harus berubah dalam beberapa pendekatan yang diambil," tambahnya.

No comments:

Post a Comment