CHANNEL UMB

Friday, February 25, 2011

KERDAU: PAS KETANDUSAN GENERASI PELAPIS


Pengumuman calon yang akan mewakili PAS dalam dua Pilihanraya Kecil yang bakal bermula Sabtu ini menyaksikan kontradiksi dalam parti tersebut.

Di Merlimau, mereka meletakkan Timbalan Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah sebagai wakil yang bertanding bagi pihak mereka.

Yuhaizad yang baru berusia 38 tahun itu juga merupakan Timbalan Yang DiPertua PAS bagi kawasan Jasin. 

Pengumuman beliau dibuat sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Haji Abdul Hadi Awang di kampung Merlimau Pasir, Melaka malam semalam.

Sesi tersebut secara tidak lansung telah menamatkan persoalan mengenai siapa yang akan dipilih menjadi wakil kepada PAS di Merlimau.

Nama - nama seperti Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar dan juga Kamarudin Ishak, Ketua DPP PAS Melaka telah tersingkir berikutan pengumuman tersebut.


Manakala calon PAS bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau, N.28 akan diwakili oleh Hassanuddin Salim. 

Ia juga turut melenyapkan desas desus dan khabar angin yang mengatakan hasrat PAS ingin meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man bagi kerusi Kerdau.

Hassanuddin, 43 tahun merupakan wakil PAS yang telah tewas sebanyak dua kali dalam Pilihanraya Umum sebelum ini.

Pengumuman beliau telah dibuat oleh Mursyidul Am PAS pada malam semalam walaupun dengan kehadiran Nasharuddin Mat Isa.

Selain itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan pemimpin DAP, Tan Seng Giaw juga turut hadir sama dalam sesi tersebut.

Disini sahaja sudah jelas menunjukkan bahawa PAS semakin ketandusan generasi pelapis dikalangan mereka. Terutamanya di Negeri Pahang.

Walaupun sebelum ini, mereka bangga dengan keahlian baru dikalangan Pemuda, namun parti itu jelas tidak memberi ruang lansung kepada anak muda untuk menonjolkan diri.

Berbeza dengan Merlimau dimana mereka terpaksa mencalonkan anak muda kerana calon yang mewakili Barisan Nasional juga seorang anak muda yang berjaya.

Tinggal satu hari sahaja lagi menjelang Hari Penamaan Calon bagi kedua - dua kawasan yang dijadualkan bermula jam 8 pagi Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment