CHANNEL UMB

Tuesday, February 8, 2011

Ops Piramid: 778 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air


SEPANG, 7 Feb (Bernama) -- Kumpulan pertama 778 orang warga Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir melalui Ops Piramid, selamat tiba di tanah air pada Isnin.

Rakyat Malaysia itu termasuk penuntut di Mesir, menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia dari Jeddah, tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10 pagi.

Ketibaan kumpulan itu disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seramai 459 orang adalah penumpang MAS manakala 319 lagi penumpang AirAsia.

Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir, yang sedang dilanda pergolakan, ke Jeddah di Arab Saudi sebelum dibawa pulang ke tanah air.


UMB Pahang: Di mana pemimpin-pemimpin Parti Pembangkang ketika warga Malaysia di Mesir berada di dalam kesusahan?

No comments:

Post a Comment