CHANNEL UMB

Thursday, February 10, 2011

Mesyuarat tiada kaitan dengan pilihan raya - PM

KUANTAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mesyuarat kabinet yang diadakan di luar Putrajaya tidak ada kena mengena dengan petanda pilihan raya. Katanya, ia hanya mesyuarat kabinet biasa.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat tersebut disusun dan digabung dengan program lawatan ke sesuatu kawasan bagi melihat perkembangan di peringkat lapangan.

Kata beliau, kali ini program disusun supaya anggota kabinet melihat satu projek di Pekan bagi membolehkan kerajaan membantu orang miskin dengan mengamalkan prinsip Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berbeza.

"Melalui mesyuarat kabinet di luar Putrajaya, kita dapat menyusun program membantu rakyat dan ia tidak ada kaitan langsung dengan pilihan raya.

"Cara kita bantu orang miskin ini bukan sahaja kita beri (sesuatu) tetapi menambah peluang untuk mereka menambahkan pendapatan secara mapan supaya mereka terus keluar daripada garis kemiskinan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Kompleks Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur di sini semalam.

UMB Pahang: Tahniah diucapkan kepada YAB Perdana Menteri dan barisan Menteri Kabinet dalam melaksanakan transformasi politik.

No comments:

Post a Comment