CHANNEL UMB

Showing posts with label PKR Pahang. Show all posts
Showing posts with label PKR Pahang. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

PKR Desak Dr. Che Rosli Dipecat!!!

PAKATAN RAKYAT sentiasa komited dan konsisten dalam menentang kerajaan yang hanya mementingkan material tanpa mengira kesannya kepada rakyat.  Selaras dengan komitmen ini, PR telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi bagi memastikan keselamatan penduduk dan alam sekitar dari bahaya pencemaran radioaktif.
Kesungguhan PR diterjemahkan melalui protes dan demonstrasi serta majlis-majlis penerangan bagi menyampaikan maklumat sebenar mengenai bahaya Lynas kepada rakyat.  Namun, segala usaha PR ini terbantut apabila Ahli Parlimen PAS, Che Rosli Che Mat bertindak membela Lynas.
Pada 24 Ogos tahun lepas, Che Rosli dalam satu program dengan TV3 telah menyatakan bahawa penduduk sekitar tidak harus bimbang tentang keselamatan mereka kerana pertuduhan mengenai bahaya kilang Lynas adalah tidak berdasarkan fakta saintifik dan tidak langsung bersifat akademik.
Dalam ertikata lain, Che Rosli seolah-olah ingin menekankan bahawa segala bantahan yang dikemukakan oleh PR dan para pencinta alam terhadap Lynas hanyalah bersifat politik.
Tindakan Che Rosli ini jelas merupakan pengkhianatan terhadap bukan sahaja parti tetapi terhadap rakyat keseluruhannya.
Hujah Che Rosli bahawa kenyataan beliau di dalam TV3 adalah berasaskan kapasiti dirinya sebagai seorang saintis iaitu bekas pensyarah sains nuklear, dan bukan sebagai seorang ahli politik dilihat sebagai peluru tepat kepada PR dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, khasnya yang lantang menjuarai penentangan Lynas.
Kita tidak faham sikap Che Rosli ini iaitu sama ada beliau masih bersama PR atau tidak.  Jika benar beliau masih setia kepada parti, kenapakah beliau dengan sengaja telah memberi peluru kepada BN untuk menembak PR?
Che Rosli harus faham bahawa walaupun beliau seorang saintis, beliau juga seorang ahli politik dalam PR dan beliau tidak boleh mengambil pendirian yang bertentangan dengan parti dan perlu lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan dan pendapat.
Kedudukan beliau sebagai saintis tidak boleh memadamkan hakikat bahawa beliau juga seorang ahli politik.  Justeru, dalam isu Lynas ini, jika beliau mempunyai pendapat yang berlainan, beliau seharusnya mengelak dari membuat kenyataan langsung selagi pendapat beliau tidak dibahaskan dan diputuskan oleh parti.
Apa yang beliau lakukan merupakan tamparan yang hebat sekali di mana PR kini kehilangan hujah bernas untuk terus menentang Lynas.  Apatah lagi apabila pihak berkuasa berkaitan atom dan nuklear antarabangsa turut menyokong bahawa Lynas tidak merbahaya, maka apakah lagi modal PR untuk menghentikan operasi Lynas dan menyelamatkan rakyat dan alam sekitar di Gebeng?
Bukankah ini satu kerugian kepada PR di kala PRU semakin dekat?  Kerana Che Rosli, PR kini dilihat sebagai parti yang hanya mementingkan politik dan segala penentangan terhadap Lynas hanyalah gimik semata-mata.
Memandangkan tindakan Che Rosli telah menyebabkan PR kerugian besar dari segi modal politik dan mungkin juga kehilangan begitu banyak undi, maka laman Suara PR merasakan wajar sekiranya riwayat politik Che Rosli ini ditamatkan sahaja dengan seberapa segera.
Ini kerana tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu Lynas adalah penentu hidup dan mati PR dalam PRU akan datang.

Thursday, March 31, 2011

LYNAS 1 - FUZIAH SALLEH MENYALAK SORANG - SORANG!!!


Kesian betul kat Ahli Parlimen Kuantan ni. Dia rupanya menyalak sorang - sorang. Tak de orang pun ambik 'port' isu Lynas dia ni sebenarnya.

Jadi, biar la Semut cerita sikit mengenai isu ni. Kang orang cakap si Fuziah Salleh ni gila pulak, menyalak sorang - sorang.

Projek Lynas yang hendak dijalankan di Gebeng ni sebenarnya dah lama bermula. Cadangannya telah diterima pada tahun 2008 lagi.

Sejak dari itu, projek ini telah melalui beberapa proses dan menjalani beberapa ujian teknikal sebelum ianya diluluskan oleh Kerajaan Negeri. 

Ujian termasuk la pencemaran air dan juga alam sekitar. Tidak ketinggalan ujian terhadap kadar radioaktif yang mungkin dikeluarkan dari kilang tersebut.

Sebagai pengetahuan, sisa yang dihasilkan oleh kilang ini akan diproses dan dikitar semula. Bahan - bahan sisanya ada ditangan anak - anak muda hari ni.

Nak tau bahan sisa tu diorang buat apa? Buat 'casing' laptop, Ipad, 'handphone' dan sebagainya. Itu semua hasil sisa dari bahan tersebut yang telah dikitar semula.

Namun, persepsi rakyat ialah mengenai kesan sampingan yang bakal dihadapi sekiranya ianya terbebas keluar. 

Dalam minda rakyat, apa sahaja yang menghasilkan radioaktif akan mengakibatkan kanser. dan perkara ini yang dituba oleh Fuziah Salleh serta rakan - rakan dia ni.

Kalau nak dikaji kandungan bahan radioaktif yang dihasilkan dari kilang ni, lagi bahaya kandungan radioaktif yang terdapat dalam bitumen iaitu Tar.

Jadi secara tak lansung, kita memang dah terdedah kepada kesan radioaktif ini dalam kehidupan seharian sebenarnya. Sebab pencemaran itu memang wujud.

Dan tak hairan lah kalau kadar kematian dalam Malaysia sekarang ni, selain kemalangan Jalan Raya, banyak disebabkan oleh kanser.

Maka, tak payah la si Fuziah Salleh ni nak susah - susah menjadi punca kematian yang seterusnya kepada rakyat Malaysia. 

Bukan apa, takut ada pulak yang mati gila nanti. Gila sebab pencemaran bunyi yang dibuat oleh si Fuziah Salleh ni. Sia - sia je kalau mati sebab dia. Ceh!!! Pigidah!!!

Ps: Ini baru bahagian satu. Bahagian dua akan menyusul lagi nanti. Tungguuuu...

Saturday, March 26, 2011

PUTAR BELIT FAUZI RAHMAN!!!

"...Hang Putaq Ja Kepala Si Azan Tu. Biaq Dia Tau Sikit..."

Ceh! Kita dah terkena dengan permainan Poo...singh si Pendek ni rupanya. Boleh tahan juga dia kelentong rakyat.

Memang patut sangat la dia jadi Pengerusi PKR Pahang. Bakat ambik daripada 'Anugerah Tuhan' tu rupanya. Maklum la. Anak buah Ketua Penipu la katakan.

Sampaikan Azan Ismail pun habis ditipunya. Yang mamat tu ye - ye je la perli dia semalam. Rupanya, kena 'main' jugak dek Fauzi Pendek ni.

Dengar kata, malam tadi ada Mesyuarat Tergempar oleh Ketua - Ketua Cabang PKR dalam Negeri Pahang di Rumah Rehat Temerloh.

Ianya berikutan kenyataan akhbar si Azan Ismail, bekas Timbalan Pengerusi PKR Pahang dalam Sinar Harian semalam. (Klik Sini).

Keputusan dalam mesyuarat tersebut dengan sebulat perut si Fauzi Pendek tu menyatakan sokonga tanpa belah bagi Ketua - Ketua Cabang terhadap kepimpinan si Fauzi Pendek tu.

Mesyuarat tersebut juga telah menetapkan akan merujuk YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi PKR Terengganu ke Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.

Kononnya, kata mereka, tindakan Azan itu semalam sengaja hendak memburuk - burukkan kepimpinan Si Fauzi Pendek selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang.

Eceh! Pigidah! Kepimpinan menda yang ada pada si Fauzi Pendek tu? Dia bukan tau buat apa - apa pun. Buat lawak sarkis pandai la dia.

Sedangkan dalam Pilihanraya Kecil Kerdau hari tu pun, batang hidung dia lansung tak nampak. Pemimpin menda jadahnya?

Inilah dia PKR. Pantang kena kritik sikit, nak mengadu pada Jawatankuasa Disiplin. Sikit - sikit merajuk. Orang bagi nasihat, bukan diorang nak dengar.

Hai Azan. Nampak gayanya, gelap la peluang awak nak jadi Ahli Parlimen Indera Mahkota selepas ni. Patut la awal - awal lagi dah kena tukar ke Terengganu.

Itulah nasib bila masuk parti yang hanya ada kepentingan dan agenda peribadi semata - mata. Terima je layang PKR ni memang hakikatnya Parti Kelentong Rakyat je sebenarnya. Nak jadi pemimpin? Ceit!!! Pigidah!!!

Monday, February 21, 2011

GEMPAR!!! FAUZI PENDEK MENGHILANGKAN DIRI!!!


Ini berita tergempar yang diterima. Pengerusi PKR Negeri Pahang tu katanya dah menghilangkan diri. Jangankan rupa, bayang pun tak nampak dah. Mana dia pergi entah la.

Sejak dari mula kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau diumumkan kosong hari tu, sampai hari ni, batang hidung si Fauzi Pendek tu tak nampak lansung. Apa dah jadi dengan dia?

Mungkin dia malu dengan pengikut - pengikut dia di Negeri Pahang kot. Sebab nama dia tidak tersenarai dalam nama calon yang akan bertanding di DUN Kerdau nanti.

PAS katanya akan memuktamadkan calonnya yang bakal bertanding di kerusi Kerdau Selasa ini selepas tiga nama calon diperakui oleh Dewan Harian parti itu semalam.

Bagaimana pun, Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Kuala Krau turut dinamakan sebagai salah seorang calon bagi kerusi DUN tersebut.

Konon, katanya nama beliau terselit sebab beliau lebih popular dikawasan tersebut dan juga dikenali di Negeri Pahang.

Wah, memang sah la tamak puak - puak Parti Angguk Saja ni rupanya. Semua dia nak sapu. Merlimau dia nak, Kerdau pun dia nak.

Dengar kata, ada juga ura - ura PKR akan boikot kempen yang akan diadakan dikedua - dua kawasan Pilihanraya Kecil tu nanti.

Terutamanya di Kerdau sebab mereka tidak lansung dipanggil untuk berbincang mengenai soal siapa yang perlu diletakkan sebagai calon bagi DUN tersebut.

Itulah kerja puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Berebut kerusi je kerjanya selain menipu rakyat. Kerja lain takde. Menipu je kerjanya. Pejuang rakyat konon. Ceit!!! Pigidah!!!

Tuesday, November 9, 2010

Siapa Bakal Lompat Parti???

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Maklumat berikut kami rujuk laporan dalam blog Darul Ehsan Today.

Siapa dua ahli parlimen pkr akan jump ship hari ini? ada yang kata thian chua, ada yang kata ahli parlimen kuantan, fauziah salleh atau mungkin ketua wanita taliban pkr, zuraidah. tapi ape pun ceritanya kemenangan bn di galas dan batu sapi menjadi punca hilangnya kepercayaan ahli parlimen pkr kepada parti itu.

Apa yang anwar akan tuduh bn? berapa juta pulak anwar nak tuduh bn offer 2 ahli parlimen tu? apa pun kita tunggu je la sidang media yang akan 2 ahli parlimen pkr tu buat nanti, apalah nasib gobala dan mike (manikavasagam) yang selama ini menjadi tulang belakang zaid ibrahim? dah tentu 2 orang tu akan di sembelih hidup-hidup oleh kem azmin, mungkin mike dan gobala lah yang akan jump ship tu.


Komen UMB:

Wah, kalau betul Fuziah Salleh yang lompat parti, mau gila meroyan si Datuk Fauzi Katik. Mana tidaknya, hilang la dua tiang seri PKR dalam Negeri Pahang. Dulu Azan Ismail letak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Negeri. Lepas tu Asyik dok membantai Datuk Fauzi pulak.

Ni kalau Fuziah pun join sekali, masak la dia. Harus berkubur PKR Pahang yang tak berapa nak hidup dah tu. Ada pun macam nyawa - nyawa ikan je dah sekarang ni. Hari tu sibuk kata nama Fuziah Salleh digugurkan dari 'team' Azmin Ali. Beliau digantikan dengan Nurul Izzah.

Nampak sangat dah orang tak nak kat dia. Baik dia berundur je la daripada menanggung malu. Buat pilihan yang tepat sebelum parah dikemudian hari.