CHANNEL UMB

Wednesday, July 28, 2010

Orang Lain Dapat Berjuta

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Lambat dan lembab. Itulah diantara beberapa perkataan yang sesuai ditujukan kepada laman blog pro pembangkang di Pahang. Terutama sekali Pahang Daily Online yang tak ubah umpama kerakap di atas batu, hidup segan mati tak mahu.

Dalam blog PDO baru – baru ini cuba untuk menghentam UMB Pahang kononnya UMB Pahang ini baru wujud dan telah melantik begitu banyak pejuang siber. Inilah yang dikatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. PDO lansung tidak tahu siapa yang mengendalikan UMB tetapi membuat tuduhan sembrono sahaja.

Malah PDO turut membuat dakwaan bahawa UMB Pahang hanya melantik pesara – pesara politik dan tidak bermaya, kononnya. PDO juga turut menyatakan bahawa UMNO alpa dan lalai dalam pilihanraya yang lalu.

Sebagai pengetahuan PDO, tanpa UMB, UMNO Pahang masih kukuh berdiri. Tanpa UMB, UMNO Pahang hanya tewas dua kerusi Parlimen sahaja. Itu pun kerana banyak orang luar dan bukan orang Pahang. Maka yang dilihat terdesak sekarang ini ialah pembangkang yang disokong oleh PDO.

Kenapa PDO tidak merempat kepada mereka untuk meminta bantuan kewangan? Kenapa masih merayau – rayau dan meracau di Pejabat Menteri Besar Pahang setiap hari?

Mungkin PDO tidak membaca blog orang lain. Mungkin PDO hanya syok sendiri sahaja. Adakah PDO tidak tahu betapa terdesaknya pembangkang seperti di Selangor hingga terpaksa menggunakan peruntukan kerajaan Negeri untuk meningkatkan keupayaan media mereka? Bukan sedikit, RM15juta. Semata - mata kerana merekatakut dan ketar dengan media sedia ada BN dan UMNO.

Itu belum dikira portal – portal pembangkang yang lain yang turut mendapat bantuan kewangan dan Dana yang besar dari luar Negara. Berjuta - juta ringgit. Semata – mata untuk menyebarkan fitnah dan hura – hara. PDO apa dapat?

Wednesday, July 21, 2010

Pahang Daily Online Meracau???


Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Hari ini Pahang Daily meracau lagi. Setelah menyepi lebih kurang dua tiga hari yang lalu, PDO kembali meludah muka sendiri.

Kali ini, PDO mendakwa bahawa usaha Perpaduan yang diusulkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini sebagai satu tindakan terdesak untuk meraih sokongan pengundi Melayu. PDO turut mendakwa usaha ke arah Perpaduan Ummah itu sebagai satu tindakan meracau dan gila talak.

Satu hakikat yang jelas menyatakan PDO tak tahu hukum syariat dan tuntutan Islam. Perpaduan Ummah bagi PDO hanya satu tindakan drastik dan bukan mengikut Sunah Rasulullah S.A.W. PDO telah melupakan dan menidakkan Sirah Rasulullah S.A.W dikala baginda berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah dahulu.

Bukankah sebelum Hijrah berlaku, Nabi Muhammad S.A.W telah menyatu padukan masyarakat Madinah yang berpecah belah malah turut menjalinkan persaudaraan dengan mereka?

PDO umpama meludah ke muka sendiri apabila dalam Berita Harian hari ini menyiarkan kenyataan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang turut menyokong usaha ke arah perpaduan. Baca keratan akhbar diatas.

PDO juga disifatkan sebagai mahu menutup pekung di dada kerana pembangkang sebenarnya terdessak mahu meraih sokonganpengundi Melayu.

Jika tidak, kenapa mereka beriya - ia menjalankan gerak gempur ke kawasan - kawasan Felda yang sebelum ini disifatkan sebagai kawasan majoriti pengundi Melayu di dalam Negara?

Berkokoknya PDO hari ini mungkin sebab ada orang yang memebri sumbangan kepadanya sewaktu merayau - rayau di Pejabat Menteri Besar Pahang meraih simpati dari orang - orang sekeliling.

Monday, July 19, 2010

Yang Lain Nak, Perpaduan Tolak


Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Membaca muka depan Sinar Harian hari ini sudah dapat memberi gambaran jelas perjuangan Hipokrit mereka. Mereka yang dimaksudkan adalah Pemimpin - Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia atau PAS.

Sebelum ini heboh digembar - gemburkan kesediaan UMNO untuk duduk dan berunding mengenai isu perpaduan diantara kedua - dua parti politik yang majoritinya Melayu serta beragama Islam.

Belum pun sebarang rundingan dijalankan atau perjumpaan empat mata dilaksanakan, sudah ada pihak yang menolaknya. Malah kesediaan Mufti Perak, Tan Sri Harunsani Zakaria untuk mejadi perantara ditolak mentah - mentah.

Demikian pendirian beberapa pemimpin PAS yang diantaranya Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Naib Presiden PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak.

Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan PAS tidak akan dan tidak mungkin berkerjasama dengan UMNO kerana dasar yang dibawa oleh UMNO ditolak mentah - mentah oleh mereka.

Inilah perjuangan Hipokrit yang dimaksudkan. Mereka sibuk mahukan Hukum Hudud dilaksana. Mereka sibuk mahu Negara Islam ditubuhkan. Tetapi menolak mentah - mentah Perpaduan Ummah yang juga merupakan satu daripada tuntutan syariat serta Agama.

Memperjuangkan Islam kata mereka?

Friday, July 16, 2010

Moh Kita Tanya Dia Pulak

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Hari ini tulisan Pahang Daily Online agak panjang dari beberapa hari sebelumnya yang hanya menceritakan mengenai kes mahkamah Ketua Penipu Rakyat, Anwar Ibrahim sahaja. Cerita yang dah basi dan jelak orang mendengarnya memang la pendek. Bukan apa, keputusan dah terang dan nyata. Tu pasal la asyik nak tunda je kejenya.

Berbalik kepada posting PDO hari ini yang mengisahkan mengenai Demonstarsi Aman di Selangor kelmarin. Demonstarsi tersebut diadakan oleh UMNO Selangor itu bertujuan untuk menyerahkan surat bantahan terhadap kerakusan Kerajaan Negeri yang asyik mengorek pasir.

PDO mengetengah persoalan mengenai kenapa mereka yang berdemonstrasi semalam tidak menyuarakan pendapat atau membuat demonstarsi mengenai kehilangan Enjin Jet F5 milik TUDM sedikit masa dahulu.

Meh kita tanya PDO soalan yang sama.

1. Kenapa pembangkang terutamanya barisan kepimpinan hanya membisu ketika ditanya mengenai hubung kait Anwar dengan Yahudi?

2. Kenapa pembangkang hanya menyepikan diri bila janji 16 September tidak dilaksanakan?

3. Kenapa pembangkang tidak menjawab soalan wartawan seketika dahulu mengenai pendedahan bukti Ahli Parlimen yang menerima sogokan RM2 juta seperti yang didakwa Anwar?

Dan, 4. Kenapa pembangkang senyap sunyi bila ditanya kenapa RPK dan Bala lari sedangkan mereka kata mampu membuktikan hubung kait Dato' Seri Nagib dengan Kes Altantuya?

Banyak lagi persoalan yang tak berjawab oleh pembangkang ni. Jangan la nak tuduh orang semata - mata. Jangan mudah kata orang hipokrit sedangkan Ketua Penipu Rakyat itulah Kepala Hipokratis Malaysia.

"...Biarlah mereka gila meroyan dengan senario yang berlaku ini. Lama kelamaan sudah pasti mereka semua tidak tahan dan akhirnya mendiamkan diri..." PDO.

Semua Boleh Kawan

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Malam semalam berlansungnya satu ceramah Israk Mikraj yang sangat pelik. Sebab tak de satu pun isi ceramah tersebut merujuk kepada Peristiwa Bersejarah dalam Sirah Rasulullah S.A.W itu.

Tambah pulak, yang bagi ceramah pun rasanya kurang arif dalam Perjalanan Paling Bermakna dalam sejarah Islam. Ye la, DAP. Apa yang dia tau pasal Israk Mikraj. Laungan Azan pun dia tak tau kebesarannya, inikan pulak Israk Mikraj.

Yang paling terharu sekali, ucapan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang. Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut berada di Felda Lurah Bilut diberi peluang disaat - saat terakhir dalam sesi siri Ceramah semalam.

Belum lagi memerintah, PAS dah diklasifikasikan oleh puak - puak pembangkang sebagai pilihan terakhir. Dikala ramai orang dah mula beredar, baru bagi PAS berucap. Sebelum itu, bagi la DAP bercakap dulu sebab dasar mereka DAP didahulukan, PAS dikemudiankan.

Antara ucapan Tuan Ibrahim ialah mengenai soal Anwar yang dikatakan sebagai Agen CIA serta bersekutu kuat dengan Yahudi. Selamba je Tuan Ibrahim jawab:

"...dalam Islam boleh berkawan dengan semua orang. Tengok kita (PAS) dengan DAP. Boleh, tak salah..."

Maka keluarlah fatwa - fatwa yang menyokong kata - kata beliau.

Kalau ke batang hidung sendiri semua boleh. Kalau ke UMNO atau BN macam - macam dilabelnya. Jual maruah bangsa dan agama la. Kafir la. Malah isu APCO masih juga di ketengahkan.

Nak kata Munafik, kasar sangat bunyinya. Nak berlapik sikit, sah Tuan Ibrahim ni HIPOKRIT besar dalam Pahang. Orang macam ni nak dijadikan pemimpin rakyat?

Tuesday, July 13, 2010

Putar Belit Azan Tak Menjadi

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Berikutan berita Kes Pecah Rumah Exco Kerajaan Negeri Pahang minggu lepas, PKR Pahang tidak ketinggalan menjadikannya satu isu.

Ahli Parlimen Inderamahkota, Azan Ismail (gambar diatas) sebelum ini tampil dengan mendesak SPRM untuk membuat siasatan terhadap YB Wan Adnan kerana menyimpan sejumlah wang yang banyak.

Isu tersebut timbul berikutan laporan akhbar Sinar Harian yang menyatakan jumlah wang yang hilang adalah sebanyak RM300,000.00 dirumah beliau.

Namun spekulasi tersebut telah dijawab dengan segera oleh YB Wan Adnan dengan membetulkan laporan akhbar tersebut. Jumlah sebenar wang yang hilang adalah sebanyak RM 300.00 sahaja dimana wang tersebut merupakan wang simpanan harian anak beliau.

Maka desakan YB Azan Ismail dan percubaan untuk memutar belitkan isu tersebut ternyata GAGAL sama sekali.

Jesteru itu, sama ada YB Azan Ismail atau pun Sinar Harian perlu memohon maaf secara terbuka berkenaan kesilapan mereka itu.

Khalid Gagap Yang Sombong

"...aku Menteri Besar la...apa barang mintak tolong orang..."

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Beberapa hari yang lalu, Timbalan Perdana Menteri memberi gambaran jelas bahawa tahap kualiti air di Selangor semakin kritikal.

Beliau menyatakan keresahan dan kerisauan beliau kepada rakyat Selangor terutamanya serta berharap pihak Kerajaan negeri akan mengambil langkah tertentu bagi menangani masalah ini.

Namun, malang nasib rakyat Selangor apabila Menteri Besarnya tidak mengendahkan lansung kenyataan yang dikeluarkan oleh TPM itu. Malah beliau dengan sombong dan egonya menyatakan Selangor tidak memerlukan bantuan Negeri - Negeri lain bagi menangani krisis sedia ada.

Inilah contoh Pemimpin yang diagung - agungkan Penipu Rakyat. Yang diutamakan mereka bukan kehendak rakyat, tetapi air muka dan keegoan mereka semata - mata. Jatuh martabat agaknya bila mereka perlu meminta bantuan dari orang lain.

Sedar atau tidak si Menteri Besar sombong itu bahawa Selangor selama ini banyak terhutang budi dengan negeri - negeri disekitarnya. Termasuk Negeri Pahang Darul Makmur.

Belum sampai setahun, Majlis Pecah Tanah Terowong Air Pahang Ke Selangor diadakan di Karak. Majlis yang dirasmikan oleh Menteri yang turut dihadiri oleh Menteri Besar bakal menyalurkan air bersih sebanyak 1.8 gallon sehari.

Pun Menteri Besar Selangor ini tak tahu mengucap terima kasih dan bersyukur kepada Allah S.W.T. lagi?

Mungkin sebab itu si Khalid Gagap tak sertai PAS tetapi sebaliknya masuk PKR kerana dia kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan.