CHANNEL UMB

Tuesday, October 12, 2010

Pembubaran Ranting PKR!!!




Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Nampak gayanya, pemilihan PKR yang telah diadakan baru - baru ini banyak membuka mata rakyat terhadap sifat sebenar pemimpin - pemimpinnya. Semakin banyak pekung yang terbuka hanya disebabkan sesi pemilihan yang diadakan baru - baru ini.

Maka tidak salah sekiranya kita mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka diatas kerjasama yang diberikan. Teruskan usaha dan berbalah sesama sendiri. Sesungguhnya ia tidak merugikan sesiapa. Sebaliknya membawa kepada keuntungan semata - mata.

Mereka yang mengatakan pemilihan ini demokrasi, tetapi hakikatnya semua keputusan berpihak kepada si Ketua Penipu sahaja. Semua keputusan bergantung kepada Brader Anwar Bin Ibrahim sahaja. Menyedihkan! Mereka hanya retorik memperjuangkan keadilan dan demokrasi sedangkan hakikat yang nyata hanya mengikut telunjuk si Ketua Penipu itu.

Hari ini, di Paya Besar sedang berlansungnya satu lagi bukti keutuhan rakyat yang semakin menolak Parti Keldaikan Rakyat itu. Mungkin mereka sedar hakikat bahawa mereka selama ini hanya ditipu oleh Pemimpin - Pemimpin PKR. Tidak seperti orang lain, mereka yang sedar ini bertindak membubarkan Ranting PKR Lepar Utara. Mereka diketuai oleh Encik Shamsudin bin Md Hassan. Wakil beliau, Abdul Rahim bin Darus telah menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin hari ini. Lihat gambar diatas.

Semakin hari, kita dapat lihat dengan jelas. PKR semakin dipukul mundur. Tunggu apa lagi? Kenapa masih mahu diri ditipu bulat - bulat oleh mereka? Jangan biarkan diri terus dikeldaikan oleh mereka.

Gambar sumbangan daripada Ketua Puteri Paya Besar, Norydal Bt. Othman.

5 comments:

  1. Tahniah kepada kepimpinan UMNO bahagian Paya Besar.... wajar sangatlah mereka meninggalkan perjuangan PKR yang semata-mata untuk memenuhi nafsu Anwar Ibrahim.... bukan untuk perjuangan rakyat....

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan,

    Blog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada UMB Pemuda UMNO Pahang yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

    Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

    Blog GB tlh linkkan blog UMB Pemuda UMNO Pahang di dalam blog pilihan di blog saya..

    Di harap pihak UMB Pemuda UMNO Pahang dapat membantu GB untuk mempromosi blog saya..

    SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat

    ReplyDelete
  3. takkan tak ada cerita baru kot..bangun bangunlah

    ReplyDelete
  4. Terima kasih diatas ulasan Saudara - saudara sekalian.
    Sekali lagi saya mewakili UMB Pemuda UMNO Pahang dengan rendah dirinya memohon agar dapat dihantar sebarang artikel ke laman blog ini untuk dikongsi bersama.
    Sumbangan saudara sekalian amat kami hargai.

    ReplyDelete