CHANNEL UMB

Friday, October 22, 2010

Manusia Lebih Akal Dari Iblis

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Perkara yang membezakan manusia dengan iblis adalah akal dan fikiran. Demikian fitrah manusia yang dijadikan Allah S.W.T sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Atas sebab itulah, iblis enggan tunduk kepada ciptaan Yang Maha Esa itu. Selain daripada Adam A.S. diciptakan dari tanah dan dianggap tidak mulia seperti iblis. Walaupun dalam hujahnya, Iblis menyatakan bahawa manusia ini hanya akan membawa binasa diatas muka bumi kelak, namun Allah S.W.T maha mengetahui.

Maka jika difikirkan dengan dalam mengenai asal usul kewujudan manusia ini, adalah wajar bagi kita manusia biasa menggunakan akal kita sebagai pemandu arah dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, gunakanlah akal dan fikiran itu untuk menentukan hala tuju kita dimasa akan datang.

Jangan jadi Iblis yang hilang akal dan hanya tahu memusuhi manusia sahaja. Jangan kita bersikap serba tahu diri sedangkan ada juga perkara yang kita tidak pasti sebenaranya.

Demikian yang disarankan oleh YAB Dato' Sri Haji Adnan dalam sesi bertemu dengan ahli - ahli serta perwakilan UMNO Bahagian Bentong hari ini. Beliau menegaskan bahawa ilmu itu penting bagi setiap manusia yang ingin berjaya dalam kehidupan mereka.

Tambah beliau lagi, gelaran, nama dan pangkat tidak membawa erti dan makna dalam kehidupan. Malah jauh sekali ia dapat mempengaruhi kehidupan manusia biasa yang perlu bertaqwa kepada Allah S.W.T. Maka hendaklah kita senitasa mensyukuri nikmat yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita agar kita sentiasa beroleh keredhaanNya. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
--
Dicatat Oleh Semut Hitam ke SEMUT HITAM di 10/22/2010 11:30:00 AM

No comments:

Post a Comment