CHANNEL UMB

Tuesday, October 26, 2010

Hal Yang Remeh Jangan DiBesarkan


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dalam kesibukan para perwakilan hari ini membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden, Semut berkesempatan mendengar ucapan YAB Dato' Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang. Ucapan beliau yang berkisarkan Ucapan Dasar Presiden itu disampaikan dalam sesi bertemu perwakilan UMNO Bahagian Bentong sebelum ini.

YAB Dato Sri mengingatkan kepada ahli UMNO khususnya agar tidak mempertikaikan hak - hak bangsa lain. Demikian juga kepada golongan bukan melayu tidak mempertikaikan lagi hak orang Melayu. Perkara ini penting bagi memastikan kestabilan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.

Sekiranya ia diabaikan, tidak mustahil akan berlaku rusuhan kaum seperti yang berlaku diBosnia, Palatine dan sebagainya. Beliau turut mengingatkan agar berhati - hati dan tidak membesarkan hal yang remeh temeh.

Beliau juga turut berpesan agar dihentikan sifat suka berebut - rebut terutama sekali jawatan dan kedudukan. Bagi beliau, jika apa yang diinginkan sangat tidak dapat dimiliki, kita akan jadi kecewa. Dan jika ianya sangat - sangat diinginkan maka perkraa itulah yang tidak akan kita perolehi. Maka janganlah kita berebut - rebut kerana nafsu.

YAB Dato Sri turut menyatakan bahawa politik hari ini memerlukan calon yang disukai oleh ahli. Bukan lagi calon yang dilihat kaya, tetapi turut dapat didampingi dan yang dipilih dikalangan ahli. Maka tidak semestinya dan tidak mustahil jika selepas ini, Ketua Bahagian tidak akan menjadi calon.

Politik hari ini juga sangat berbeza dengan politik dahulu kata beliau. Hari ini, pemimpin perlu turun ke cawangan - cawangan dan bertemu dengan ahli. Mereka perlu mengambil berat terhadap ahli - ahli terutamanya golongan muda.

Walaubagaimana pun, politik itu tetap penting buat negara khususnya Melayu. Ia bagi memastikan kelansungan kuasa yang akan menentukan hala tuju Negara. Maka beliau menyeru agar kita menjaga tempat masing - masing. Kukuhkan kedudukan UMNO diBahagian dan berkhidmat demi agama, bangsa dan Negara.

Fikir - fikirkan lah.
--
Dicatat Oleh Semut Hitam ke SEMUT HITAM di 10/23/2010 09:30:00 AM

No comments:

Post a Comment