CHANNEL UMB

Friday, October 22, 2010

Berbangga Dengan Nasab Keturunan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Wakil Pahang, Tuan Syed Ibrahim dari UMNO Bahagian Kuala Krau menyeru kepada perwakilan yang hadir hari ini agar memuhasabahkan diri. Janganlah hanya berbalah dan saling bertelagah diantara satu sama lain. Beliau mengajak agar kita merenung apa sumbangan kita kepada UMNO selama ini. Bukan sebaliknya. Malah untuk kita ahli UMNO membeli akhbar Utusan yang mewakili Kerajaan Pusat juga sukar untuk kita lakukan.

Selain itu beliau juga mengingatkan sidang perwakilan agar mengetahui nasab diri masing - masing. Beliau menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W juga menyeru agar setiap bangsa itu kenal nasab serta keturunan mereka masing - masing. Dan adalah mustahil bagi seseorang itu tidak bangga dengan nasab kelahirannya kerana dengan nasab itulah kita akan bersyukur kepada Allah S.W.T. Mana tidaknya. Dengan mengenali nasab itulah kita tahu dari mana asal usul kita. Seterusnya mensyukuri nikmat yang Allah berikan.

Tidak mungkin lahir seorang manusia itu sekiranya dia tidak datang dari mana - mana keturunan dan bangsa. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.


--
Dicatat Oleh Semut Hitam ke SEMUT HITAM di 10/21/2010 07:30:00 PM

No comments:

Post a Comment