CHANNEL UMB

Tuesday, October 26, 2010

Bangunan Ini Kenapa Tak Bantah???


...Pok Nik Ketika Merasmikan Bangunan Baru PAS...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kalau bercerita mengenai pembinaan projek Menara Warisan Merdeka bukan main lagi mereka menghentam Kerajaan. Dakwaan mengatakan ianya bakal merugikan duit rakyat dan membazir mereka lemparkan kepada Kerajaan.

Walaupun sudah diterangkan bahawa pembinaan menara itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad, mereka masih menidakkannya. Masih lagi mereka menuduh Kerajaan macam - macam.

Malah ada tuntutan agar perbelanjaan sebanyak RM 5billion itu disalurkan kepada perkara lain yang lebih mengutamakan rakyat. Ada juga yang menyamakan pembinaan itu seperti bangunan Burj Al Dubai kerana akhirnya bangunan itu akan jadi milik orang lain.

Tetapi tidak ada pula orang yang pertikaikan PAS sewaktu mereka mengumumkan pembinaan bangunan baru mereka di Jalan Raja Laut. Majlis yang diadakan secara 'gilang gemilang' itu sedikit pun tidak mendapat reaksi dan persoalan dari Kerajaan mahupun UMNO dan Barisan Nasional.

Soalnya, dari mana mereka dapat duit untuk membina bangunan tersebut? Sudah tentu duit atau dana untuk membina bangunan itu datangnya dari ahli PAS yang juga rakyat.

Kenapa guna duit rakyat? Kenapa tidak duit yang ada itu digunakan untuk kebaikan rakyat dan disalurkan agar kebajikan rakyat terbela? Kenapa tidak ada sebarang pungutan suara yang dilakukan dalam laman sosial Facebook mengenai pembinaannya?

Janganlah hanya retorik bila mempersoalkan apa yang orang lain mahu buat. Sebaliknya kaji diri sendiri dahulu sebelum mempertikaikannya. Jangan jadi paku dulang, paku serpih. Mengata orang, diri sendiri yang lebih. Yang malunya nanti diri sendiri. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
--
Dicatat Oleh Semut Hitam ke SEMUT HITAM di 10/26/2010 11:30:00 AM

Komen UMB Pahang:

Di Pahang pun mereka buat bangunan baru. Duit siapa yang mereka pakai? Kenapa tidak ada bantahan yang dibuat oleh rakyat dan pemimpin - pemimpin lain dari Pakatan Reput ni? Cakap tak serupa bikin.

Hasil dari derma dan sumbangan ahli-ahli PAS berjaya membeli sebuah bangunan berharga RM600,000 termasuk renovation.

2 comments:

  1. bangan ker apa ko ni punya citer... PAS buat bangunan itu guna duit yg didermakan oleh ahli2 mereka termasuk aktiviti mengumpul dana yg dijalankan. UMNO BN buat bangunan guna duit cukai rakyat... projek yg dimasukkan dlam bajet 2010... apa yg rakyat dpt... PAS bukan kerajaan pusat..dia buat dgn cari duit sendiri..tp BN buat hasil duit rakyat... itu pun xboleh nak beza kerr... apa punya UMNO nii

    ReplyDelete
  2. duit yg didermakanoleh ahli tu bukan duit rakyat ke? Tak tau beza duit pelaburan dengan duit rakyat ye? Kesian...apa punya PAS nii...

    ReplyDelete