CHANNEL UMB

Wednesday, August 18, 2010

Mana Datang Budgetnya???

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Baru -baru ini, kecoh dalam beberapa blog yang memperjuangkan UMNO mempertikaikan UMB Pahang. Malah ada juga beberapa dakwaan yang UMB Pahang sendiri pun tidak pernah dengar. Diantaranya, UMB Pahang dapat budget tetapi tidak membawa manfaat terhadap perjuangan alam siber.

Pelik, tapi itulah hakikatnya. Persoalannya, mana datang budget itu? Siapa yang bagi dan siapa yang menerimanya? Yang menulis blog mengenai UMB Pahang dapat budget ni tau ke siapa yang menulis untuk blog UMB Pahang ini?

Tambah menghairankan, ada juga blog yang turut bersekongkol dengan Pahang Daily Online (PDO) yang terang dan nyata pro pembangkang. Sedangkan diblog mereka jelas tulis menyokong UMNO. Pernah terlintas persoalan siapa yang membiayai PDO selama ini? Kalau nak dibandingkan blog tersebut dengan PDO, tahan gagah lagi PDO cari duit sendiri. Bukan seperti blog yang menyokongnya hanya mengharap pengikhtirafan daripada kerajaan Negeri.

Bila kerajaan negeri tak bagi, wah! Macam-macam difitnahnya. Macam - macam perkara dibangkitkannya. Hanya sebab tak dijemput ke Konvensyen pun boleh jadi alasan kononnya usaha mereka tidak dihargai. Ini jati diri yang nak ditunjukkan kepada generasi baru? Buat malu adalah.

Itulah hakikat orang yang kononnya memperjuangkan UMNO. Malu nak cerita perangai mereka ini. Tak pernah ikhlas buat kerja. Semua bergantung harap kepada orang lain. Sikap kebergantungan kepada orang lain sangat tebal. Cakap pandai, buat kerja? Haram.

Sama ada dalam perjuangan siber mahupun perjuangan hakikinya. Semua berharap. Manakala kata suruh buat, tidak.

Buat sekian kalinya, UMB Pahang membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang mahu menyumbangkan artikel mengenai apa sahaja isu ke alamat umbpahang@gmail.com.

Dah berbulan tawaran ini dibuka kepada ahli UMNO Pahang khususnya. Tapi berapa ramai yang sudi memberikan sumbangan? Tiada. Ada pun sorang dua yang menulis sekali - sekala sekadar meluahkan apa yang mereka rasa, mereka lihat dan mereka dengar.

Orang UMNO ni memang pandai. Pandai mempertikai, pandai membuat spekulasi, pandai membuat andaian sendiri. Mana dapat cerita kata UMB Pahang dibayar? Mana buktinya? Kalau ada tunjukkan.

Ini satu cabaran. Siapa berani sahut kalau tidak mahu mengaku kata pandai bercakap, tapi tak pandai buat. Kita tengok nanti.

7 comments:

  1. salam...sebagai pejuang bukan pengiktirafan yang dikejar,bukan wang ringgit yang dicari dalam memartabat bangsa,agama dan negara...tuduhan ,fitnah dan dakyah yang dilempar harus diperangi..UMB Pahang selama ini wujud atas sifat dan sikap semangat kekeluargaandan persefahaman..kami juga berkorban masa,tenanga,fikiran demi menangkis serangan jahat pembangkang melalui platform ini..Apa yang kami mahu adalah keprihatinan pihak atasan dalam memberikan akses kepada kami sebagaimana yang telah diputuskan dalam konvensyen tempohari..itu sahaja..

    ReplyDelete
  2. umbpahang,

    Saudara jangan tawar hati. Biasalah bila kita dalam perjuangan apa pun boleh orang kata mengikut persepsi mereka. Yang penting kita ada daya tahan. Teruskan kehadapan..

    ReplyDelete
  3. Bukan tawar hati atau marah dan sebagainya.
    Soalnya sekarang tuduhan yang melampau. Elligation tanpa sebarang bukti.
    Kami di UMB Pahang juga masih menunggu perlaksanaan seperti yang telah dibentangkan dalam konvensyen. Menanti dengan kesabaran.
    Tidak pula bagi sesetengah orang yang hanya tahu mempertikai, membuat spekulasi dan tohmahan yang tidak berasas.
    Apa gunanya? Apa kelebihannya dengan mempertikai organisasi sendiri?
    Keadaan Politik Melayu sekarang semakin terancam. Tetapi apa yang dipentingkan bagi sesetengah orang hanya pengikhtirafan, peruntukan dan recomendation dari pihak atasan. Untuk apa? Itu persoalannya.

    ReplyDelete
  4. ada sesetengah org kecewa krn mereka mempunyai kepentingan atau kehendak peribadi. kita berjuang lillahi ta'ala, sebaliknya mereka berjuang kerana kehendak tertentu atau minta dihargai.

    itu masalahnya jika niat kita berjuang itu kerana kepentingan atau kerana org lain. bila kepentingan itu tidak dipenuhi, atau org yg disokong tdk mampu beri apa yg mereka mahukan, mereka akan kecewa.

    jika niat kita berjuang kerana Allah swt, insyaallah, kita tidak mungkin akan kecewa kerana tidak mungkin kita kecewa dengan Allah atau kerana Allah. Jd nasihat saya, biarkan mereka, teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara dgn penuh keikhlasan dan penuh ihsan. Mudah2an perjuangan diberkati. Amiiin :)

    ReplyDelete
  5. tapi kerajaan juga harus berlaku adil, kenapa generasi pertama blogger negeri Pahang sering dicier dari setiap program yang diadakan? apakah agendanya? tiada siapa akan terasa dalam hati sekiranya UMB Pahang dan Biro ICT Pahang adil dan saksama, masalah dalam UMNO adalah terlalu berkroni-kroni

    ReplyDelete
  6. ooow ini rupanya umb pahang..puas dok mencari...takpe takpe jangan gaduh.

    kalau umb pahang nak artikel, kawan bagi kebenaran untuk copy paste dari blog kawan.

    sama samalah kita berjuang di alam maya.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih diucapkan kepada Pendekar Melayu.
    Soal kenapa Laman Web UMB Pahang ni kurang artikel kerana kurang ada orang yang tahu menulis dan mahu menyumbangkan artikel mereka kepada kami.
    Bukan kerana kami tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab.
    Oleh itu kami tawarkan kepada sesiapa jua yang ada artikel menarik terutamanya mengenai pembangkang dalam Pahang, sangat - sangat dialu - alukan untuk menghantar ke alamat umbpahang@gmail.com

    ReplyDelete