CHANNEL UMB

Wednesday, September 29, 2010

Fwd: [SEMUT HITAM] Kenapa PAS???


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Nik Aziz hari ini mengulas mengenai isu yang diluahkan oleh Timbalan Setiausaha PAS Pusat, Takiyuddin Hassan berkenaan PRK DUN Galas. Beliau mengajak ahli UMNO menyertai PAS sebagai cara menangani isu Perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS itu turut menyatakan bahawa parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam da sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam itu berada dalam parti tersebut.

Ironik apa yang diluahkan oleh Mursyidul Am itu. Bukankah dulu beliau yang berkeras menolak isu Perpaduan ini sekeras - kerasnya? Kenapa tiba - tiba beliau boleh berubah fikiran? Dan kenapa UMNO pula yang perlu menyertai PAS, bukan sebaliknya?

Seingat Semut, Zaman Rasulullah S.A.W dahulu, Penyatuan Ummah bermula dengan dua pihak yang saling bertelagah iaitu Aus dan Khazraj. Tidak pernah pula disarankan oleh Rasulullah agar salah satu pihak berkenaan perlu keluar dari puaknya dan menyertai puak yang lain. Rasulullah S.A.W menyatukan Aus dan Khazraj dengan syiar Islam yang jelas tidak dilaksanakan oleh PAS. Malah PAS menolak bukan setakat syiarnya sahaja, malah idea penyatuan Melayu demi Agama, Bangsa dan Negara. Baru diberi idea, dah ditolak bulat - bulat, mentah - mentah tanpa sebarang rundingan.

Dan sekarang mereka mahu UMNO pula menyertai mereka? Hanya semata - mata kerana mereka terdesak untuk mengekalkan kuasa di DUN Galas? Kenapa tidak Perpaduan Ummah itu dilaksanakan bukan berdasarkan Politik tetapi Ukhwah sesama Islam? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
--
Dicatat Oleh Semut Hitam ke SEMUT HITAM di 9/29/2010 06:30:00 PM

Komen UMB Pahang.

Jangan hanya sekadar sedap dimulut sahaja. Kaji dulu Ahli PAS lain perlu kaji dulu kenapa Nik Aziz setuju dengan Perpaduan sekitar akhir tahun 1960an dan awal tahun 1970an. Waktu itu beliau baru sahaja menjawat jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Tetapi sekarang kenapa beliau menolaknya mentah - mentah? Tup, Tup, nak UMNO pulak masuk PAS. Apahal? Tak boleh ke Perpaduan Ummah diwujudkan tanpa perlu menyertai PAS? Tuan Ibrahim, tolong komen sikit.

Monday, September 20, 2010

Lagi Gambar Kesesakan Lalu Lintas

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Lagi gambar yang dihantar oleh pembaca dan rakyat yang prihatin. Nilailah sendiri. Sampai bila perkara ini harus berlarutan?

Sunday, September 19, 2010

Keadaan Jalan Raya Di Pahang Barat

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Berikut dipaparkan beberapa foto yang diambil oleh wakil Pemuda UMNO Raub.




Dilaporkan keadaan lalu lintas ini sesak dari hadapan Sekolah Menengah Sains Raub hingga ke Jambatan Sungai Bentong. Selain menghabiskan masa, ia juga turut mengundang pelbagai musibah termasuk kemalangan dan sebagainya.


Tinggi harapan kami agar pihak Kerajaan terutamanya Kementerian Kerja Raya memantau dan memberi pertimbangan semula agar dapat disediakan laluan lain untuk rakyat yang tinggal di Kelantan. Perkara ini sering menjadi masalah kepada penduduk Pahang Barat terutamanya Bentong dan Raub setiap kali tibanya musim perayaan.

Friday, September 17, 2010

Lagi Bukti PKR Pahang Angkuh!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Dari Pengerusi PKR Negeri sampai ke Setiausahanya, sikap mereka tetap sama. Tak kurang walau sedikitpun sifat keangkuhan dalam diri mereka walaupun sudah sebulan berpuasa. Dalam erti kata lainnya, penghayatan bulan Ramadhan yang lalu lansung tidak bermakna.

Dulu, Pengerusi PKR Negeri Pahang, Dato Fauzi dengan angkuh mengingatkan UMNO untuk lupakan hasrat menarik YB Azan agar keluar dan menyertai UMNO.

Kali ini, Setiausaha PKR Negeri juga dengan angkuhnya menyatakan cabaran buat YB Azan agar menewaskan beliau terlebih dahulu sebelum bercita - cita mengambil alih kedudukan Dato Fauzi. Kononnya, Razali Alias menyatakan YB Azan masih tidak matang dan seolah - olah mahu menjatuhkan maruah Dato Fauzi dengan mencabar kepimpinan Negeri.. Namun secara tidak lansung Razali juga menyatakan bahawa PKR turut gagal menyelesaikan masalah di Parlimen dan meletakkan beban tersebut dibahu YB Azan.

Macam la YB Azan tu sorang je Ahli Parlimen PKR. Yang sorang lagi tu apa fungsinya? Hanya tahu membuat spekulasi yang tidak berasas semata - mata. Kononnya beliau nak salahkan JHEOA tak buat kerja, padahal beliau sendiri tak pernah turun padang.

Terdahulu, YB Azan bertindak meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Negeri akibat beliau kecewa dengan sistem pengurusan parti tersebut. Beliau turut menyelar tindakan ahli jawatankuasanya sebagai Peniaga bukan Pejuang.

entah bila jadi pejuang pun tak tau la. Apa fungsi mereka dalam Negeri Pahang ni pun entah la. Inilah masalanya bila pejuang - pejuangnya terdiri dari kalangan mereka yang kecewa. Penyudahnya, beramuk sesama sendiri je la kerjanya.

Thursday, September 9, 2010

Laluan Alternatif


Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Berikutan keputusan Kerajaan Pusat yang lalau, maka inisiatif terpaksa diambil oleh pihak Polis terutamanya di kawasan Daerah Bentong dan Raub. Berikut dipaparkan berita dari Utusan Malaysia Online.

Wan Mohd. Samsudin Wan Osman (kanan) menunjukkan peta laluan alternatif yang disediakan bagi mengelak kesesakan menghala ke Kelantan di Raub, semalam.


RAUB 7 Sept. - Penduduk daerah ini yang ingin pulang bercuti menyambut Hari Raya Aidilfitri ke Kelantan melalui Gua Musang dinasihati menggunakan tiga laluan alternatif bagi melancarkan aliran trafik dan kesesakan.

Ketua Polis daerah, Supritendan Wan Mohd. Samsudin Wan Osman berkata, selain jalan utama dari Bentong ke Lipis, pengguna boleh menggunakan Jalan Cheroh-Sungai Koyan.

Katanya, laluan alternatif kedua ialah melalui Jalan Tengku Abdul Samad ke bulatan Bukit Koman dan melalui persimpangan ke Taman Amalina Lestari ke Jalan Lipis tanpa menempuhi bandar Raub Perdana.

"Laluan alternatif ketiga ialah melalui persimpangan Krau sebelum memasuki kawasan pekan Raub dan laluan ini akan menembusi simpang empat dekat Kampung Melayu Sempalit sebelum pengguna mengambil laluan kanan ke Jalan Lipis," katanya kepada kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Wan Mohd. Samsudin, laluan di persimpangan Krau akan dapat mengelakkan pengguna memasuki pekan ini dan Raub Perdana.

Katanya, pihaknya menugaskan para pegawai dan anggotanya memantau kelancaran trafik sekali gus mencadangkan pengguna mengikuti laluan yang wajar mengikut keadaan semasa setiap hari.

"Kami harap pemandu memberi kerjasama sepenuhnya dengan mengikut arahan polis trafik bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas dan memastikan mereka selesa semasa memandu.

"Pengguna juga diingatkan tidak memotong barisan dan jika ada yang masih berdegil, mereka akan dikenakan saman serta-merta tanpa kompromi," tegasnya.

Wan Mohd. Samsudin berkata, 20 kenderaan polis dan sembilan motosikal berkuasa tinggi akan sentiasa beroperasi setiap hari bagi memastikan laluan utama dan juga alternatif dimanfaatkan sepanjang masa.

Beliau memberitahu, terdapat 45 persimpangan sepanjang dua kilometer sebelum memasuki pekan ini yang perlu dipantau supaya tidak mendatangkan kesesakan jalan raya menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Beliau juga menasihati penduduk tempatan bijak menggunakan laluan bersesuaian supaya tidak terperangkap bersama pengguna luar.


Sedarlah wahai pemimpin sekalian akan rintihan dan penderitaan penduduk setempat. Turunlah ke padang dan lihat sendiri keadaan ini sewaktu hari raya nanti. Jangan enak duduk di atas kerusi empuk dan tidak melihat keadaan sebenarnya.

Bersyukurlah penduduk - penduduk Negeri Kelantan yang bakal melalui kawasan Raub dan Bentong ini. Penduduk - penduduk setempat sangat bertoleransi terhadap mereka dan sanggup bekorban demi memastikan saudara sekalian selamat sampai ke destinasi.

Rintihan Penduduk Pahang Barat

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Sedih dan kecewa. Itulah respon yang diterima dari penduduk - penduduk di kawasan Pahang Barat terutama di Bentong, Raub dan Lipis. Semuanya kerana artikel dalam Utusan Malaysia Jumaat 3 September 2010 lalu yang bertajuk MB Kesal Projek Jalan Tidak Lulus. Malah kekecewaan itu turut dikongsi bersama penduduk - penduduk di daerah berkenaan.

Mana tidaknya, hampir setiap kali tiba musim perayaan sudah pasti kehidupan mereka akan menjadi sesak. Ada yang dengan sinis menyatakan bahawa setiap kali tibanya musim perayaan penduduk sekitar seperti diberi arahan 'Curfew' dan duduk dirumah masing - masing sahaja. Mahu keluar, jalan sesak. Jadi lebih baik duduk dirumah sahaja.

Keadaan seumpama ini bukan sahaja terhad pada ketika musim perayaan, tetapi turut merebak hampir setiap minggu. Pantang ada cuti panjang, pasti jalan raya di bandar Bentong dan Raub akan sesak dengan kenderaan yang mahu pulang ke kampung halaman. Perkara ini juga sering menjadi Usul Cawangan UMNO dikawasan tersebut hampir 5 tahun lamanya. Namun tidak ada pendekatan yang diambil oleh pihak nerkenaan.

Keadaan sesak ini bukan sahaja menyusahkan penduduk untuk ke bandar membeli barang keperluan. Ia juga menyukarkan pihak keselamatan seperti Ambulan dan Bomba jika berlaku sebarang kecemasan. Keadaan ini juga mengundang pelbagai musibah lain seperti kemalangan jalan raya di dalam kawasan bandar yang mana ianya sudah banyak kali berlaku. Rungutan juga turut diterima dari peniaga - peniaga di kawasan bandar dalam menjalankan perniagaan harian mereka. Bagi mereka keadaan ini hanya menjadi penghalang kepada tugas - tugas memuat naik dan turun barang serta pelanggan untuk datang ke kedai.

Maka dengan itu, Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Pahang mendesak agar Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Muhamad Najib Bin Tun Abdul Razak untuk mempertimbangkan soal ini semula. Malah kepada mereka yang berkenaan juga diminta untuk turun ke padang dan melihat sendiri penderitaan yang dialami oleh penduduk setempat. Jangan sampai mereka kata Kerajaan Pusat hanya melaungkan slogan Rakyat Di Dahulukan tetapi tidak melaksanakannya sudah lah.

Tinggi harapan kami bagi pihak rakyat di Pahang Barat agar perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya oleh YAB Perdana Menteri, Menteri Kerja Raya, Menteri Pengangkutan dan seangkatan dengannya. Sekian, terima kasih.

Wednesday, September 8, 2010

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Berikut adalah berita dari Utusan Malaysia Online.

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Kira-kira 140,000 pengguna dijangka mengambil manfaat daripada laluan tol percuma di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Satu yang diuruskan oleh syarikat konsesi, MTD Prime Sdn. Bhd. bermula pukul 9 malam ini.

Ketua Bahagian Lebuh Raya MTD Prime, Wan Razali Wan Muda berkata, laluan tol percuma itu akan diberi pada 7, 8, 15 dan 16 September ini mulai pukul 9 malam hingga 6 pagi buat semua jenis kenderaan.

''Tol percuma ini mengambil kira waktu puncak di mana pengguna akan memulakan perjalanan ke destinasi mereka di sebelah Pantai Timur dan semasa balik ke rumah selepas cuti raya.

''MTD yakin formula laluan tol percuma dapat menyuraikan trafik sebanyak lebih 30 peratus supaya kesesakan di lebuh raya dapat dikurangkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pada Kempen Keselamatan peringkat Kementerian Kerja Raya minggu lalu.

Menurut Wan Razali , pengguna lebuh raya akan mendapat manfaat daripada laluan tol percuma kerana ia dapat menjimatkan masa dan mengurangkan tekanan akibat terperangkap dalam kesesakan trafik.

Pada masa sama, konsesi tol perbandaran MTD di bawah anak syarikat Metramac Corporation Sdn. Bhd. pula akan memberi diskaun tol sebanyak 10 sen untuk semua kelas kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Hubungan Timur Barat pada 10 September dari pukul 12.01 pagi hingga 12 tengah malam.

Sebarang pertanyaan dan kesulitan boleh menghubungi talian 24 jam Primeline 09-5479111 dan Metraline 03-91732020.


Maka kami di UMB Pergerakan Pemuda UMNO Pahang dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H. Mohon ampun dan maaf, zahir dan batin, jika ada salah dan silap yang kami lakukan. Doa kami semoga saudara sekalian selamat tiba didestinasi yang dituju.

Semoga perjuangan kita ini diredhai Allah S.W.T dan kami mengharapkan kerahmatan dariNya. Insya Allah.