CHANNEL UMB
Sunday, September 5, 2010
Ini Baru Dakwah
Hari ini terbaca posting di Malaysia Instinct yang bertajuk: Berapa Ramai Orang Kafir Masuk Islam Kerana PAS? Sah ianya satu persoalan yang mencurigakan kita. Kalau kita lihat, Perkim memang lebih aktif dalam usaha berdakwah ini kepada masyarakat terutama yang bukan Islam.
Dalam blog Semut Hitam juga ada mendedahkan salah satu aktiviti Perkim ini dimana beliau sempat mengunjungi satu sesi Ceramah yang diadakan oleh Perkim. Malah mereka turut menjemput saudara Islam dari Negara China sendiri untuk mendekati masyarakat bukan Islam yang terdiri daripada orang cina. Lihat sejauh mana mereka sanggup mengambil langkah tersebut. Klik Sini.
Semut Hitam juga turut mempersoalkan Apa Yang Mereka Buat beberapa hari yang lalu dalam isu menangani gejala buang bayi. Kita lihat hari ini, mereka hanya mengadakan kempen ceramah yang mengutuk Kerajaan semata - mata. Tidak pernah pula mereka keluar berdakwah untuk mencegah perkara ini dari berlaku. Jauh sekali mereka mendekati anak - anak muda untuk ditarbiahkan.
Jadi, apa gunanya perkataan Islam dalam nama penuh parti mereka? Bagaimana mereka boleh mengaku diri mereka memperjuangkan agama dan ingin menegakkan syiar Islam di Negara ini? Hah, Tuan Ibrahim. Tolong jawab sikit.
PAS Terus Sesat
KOTA BHARU 2 Sept. – Pas mengakui hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.
Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini.
Malah, katanya, Pas dan rakan-rakannya dalam pakatan itu juga tidak akan ‘mengusik’ kerangka Perlembagaan Persekutuan walaupun ada pandangan yang mengatakan ia perlu dipinda sekiranya Pas hendak melaksanakan syariat Islam.
“Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat.
“Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya.
Ulasan - Sudah terang lagi bersuluh, PAS hanya menipu rakyat serta pengikutnya sahaja. Pada PAS, agenda Hudud hanyalah bahan politik semata mata. Malah PAS mengaku apa yang mereka mahu hanyalah menjatuhkan kerajaan BN sahaja.
Jadi apa lagi mahu tunggu. Tinggalkan sahaja parti ajaran sesat ini. Pemimpin PAS hanya menggunakan agama sebagai bahan politik dan mengaut harta dunia!
Apa Pandangan Tuan Ibrahim Pulak???

--
Dicatat Oleh Semut Hitam ke SEMUT HITAM di 9/05/2010 01:00:00 AM
Saturday, September 4, 2010
Bekas ADUN Bebas Tuduhan Rasuah
Bekas ADUN Jelai yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Pahang hari ini telah dibebaskan dari tuduhan rasuah. Kes yang melibatkan Datuk Omar Othman, 60 tahun itu memakan masa hampir 6 tahun untuk diselesaikan.
Walaubagaimana pun, Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Abidin Kamarudin telah membuat keputusan untuk membebaskan Datuk Omar dari tuduhan tersebut. Ianya akibat kegagalan pihak Pendakwa menyediakan bukti - bukti kukuh terhadap kesalahan tersebut.
Isteri beliau, Datuk Mimi Asmara Abdul Malek yang turut menemai beliau menangis tanda kesyukuran sejurus selepas Hakim Mahkamah mengumumkan keputusan tersebut. Datuk Omar juga menyatakan rasa syukur dan berterima kasih beliau kepada isteri serta keluarga yang sentiasa berada disisinya sepanjang perbicaraan kes tersebut.
Datuk Omar di tuduh menerima rasuah berikutan projek jalan kampung yang bernilai RM120,000 pada tahun 2004.
Friday, September 3, 2010
Hudud Tak Semestinya Dilaksanakan?
Wah, biar betul ni? Kalau laporan ini benar, malu besar PAS. Ye la, bukan ke Hukum Hudud dan Negara Islam adalah perkara utama yang diperjuangkan PAS? Malah sebabkan dua perkara inilah, mereka sanggup bermusuhan dengan bangsa yang seagama dengan mereka.
Kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, PAS mengakui bahawa hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan biarpun pakatan pembangkang memerintah Negara selepas PRU ke 13 nanti. Kata dia, PAS dan rakan - rakan sekutunya tidak akan mengusik kerangka Perlembagaan Persekutuan. Beliau kata rakyat belum sedia menerima dan bersetuju dengan perlaksanaan hukum tersebut.
Habis, kenapa Nik Aziz sebelum ini beria - ia kata nak laksanakan hukum Hudud biarpun ia mendapat bantahan dari Kerajaan Pusat? Takkan Nik Aziz pun gagal nak mentarbiahkan Karpal Singh dan konco - konco DAPnya? Takkan PAS takut kot dengan DAP?
Secara tak lansung, kenyataan tersebut memberikan gambaran jelas bahawa PAS adalah kumpulan minoriti dalam pakatan pembangkang. Bayangkan, jika dahulu reputasi PAS sebagai pembangkang sangat besar pengaruhnya dan ditakuti. Tetapi sekarang dah jadi tikus. Nampak gayanya, impian Tuan Ibrahim Tuan Man nak jadi Menteri Besar pun takkan menjadi kenyataan la ye. Ke macam mana Tuan?
Thursday, September 2, 2010
Sekarang Siapa Malu???
Baru petang semalam posting dibuat dengan tajuk Jangan Salah Lapor. Dah terbukti akibatnya. Tak pasal - pasal je dapat malu. Tak ke naya namanya tu? Tapi biasa la. Portal pro - pembangkang mana ada sifat malu.
Ekoran sidang media Datuk Peter Pang tengahari semalam beliau mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menawarkan diri untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan. Walaupun beliau keluar LDP, tetapi beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah seperti yang dilaporkan oleh portal pembangkang bangang tu.
Dalam respon DS Najib mengenai perkara itu, beliau menjelaskan tindakan Peter Pang keluar adalah untuk menyertai Parti Gerakan. Beliau menyatakan bahawa tindakan itu bukan untuk menentang Barisan Nasional. Tetapi Peter Pang masih lagi didalam keluarga Barisan Nasional. Baca seterusnya disini.
Bulan yang mulia ni pun nak buat cerita tak betul. Bawak - bawak la insaf sikit. Ni terbaru cerita pasal TS Musa Hassan akan digantikan oleh Ismail Omar. Itu baru cadangan, belum sah lagi. Baca sini. Tapi bagi portal pembangkang bangang tu tulis sah Ismail Omar akan ganti. Klik Sini.
Wah, dia lebih tahu dari orang lain. Pakai nujum ke apa? Tilik kot mana? Syirik ooo...
Wednesday, September 1, 2010
Jangan Salah Lapor
Berita tengahari ini banyak yang mengejutkan terutama mengenai perletakan jawatan Datuk Peter Pang En Yi dari Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah. Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mengumumkan berita tersebut dan meletakkan semua jawatan dalam parti tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri Karamunting itu berkata ianya adalah satu keputusan yang sukar tetapi beliau terpaksa ekoran keputusan parti itu menolak sebarang kerjasama dengan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Musa Aman.
Beliau turut menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri jika perlu berbuat demikian. Beliau turut berjanji untuk meneruskan khidmat dibawah kerajaan BN pimpinan Musa Aman. Baca laporan Utusan Malaysia Online disini.
Walaubagaimana pun, sudah ada portal pembangkang yang bangang membuat laporan menyatakan bahawa Peter Pang umum keluar parti dan meletak semua jawatan dalam kerajaan Negari. Berita seumpama inilah yang memesongkan rakyat. Ternyata, portal tersebut tidak bertanggungjawab dengan memaparkan berita yang tidak betul hanya semata - mata untuk mensensasikan keadaan.
Bagaimana mungkin ada manusia yang boleh menerima berita seumpama itu yang jelas dan nyata lari dari cerita sebenarnya? Hairan. Janganlah membodohkan diri sendiri dengan mempercayai portal sedemikian rupa. Malah sumber mereka juga boleh diragui. Jangan dibiarkan hidup kita diselubungi rasa syak.