CHANNEL UMB

Wednesday, August 4, 2010

Lubuk Yu Bebas!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Isu keracunan air di kawasan perkelahan Lubuk Yu berakhir hari ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri semalam.

Walaubagaimana pun, kawasan tersebut masih ditutup kepada orang ramai sebagai langkah berjaga - jaga.

Isu di Lubuk Yu Maran beberapa bulan yang lalu mendapat perhatian dan liputan media berikutan kematian pengunjung yang menjalani aktiviti rekriasi disitu.

Jabatan Kesihatan Negeri menyatakan kematian itu diakibatkan oleh bakteria Meliodolosis dan Leptospirosis.

Tahniah!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Qari dari Mesir yang memenangi tempat Pertama dalam Tilawah Al - Qur'an Peringkat Antarabangsa Kali Ke 52 2010.

Tahniah juga diucapkan kepada Qariah dari Pakistan diatas kemenangan beliau.

Harapan agar Majlis Tilawah ini dapat dilaksanakan dimasa akan datang bagi mempelbagaikan Syiar Islam dan menyuburkan jiwa Al-Qur'an dikalangan masyarakat di Negara ini khususnya.

UMB Pahang juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al - Mubarak 1431H. Doa kami agar seluruh umat Islam di serata dunia, Malaysia dan Negeri Pahang terutamanya memperolehi keberkati sepanjang bulan yang mulia ini.

Jadikanlah bulan Ramadhan ini sebagai bulan memuhasabah diri dan meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T. Insya Allah.

Tuesday, August 3, 2010

Isu Felda


Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Tertarik dengan coretan intertif@sinar hari ini yang ada mengulas mengenai isu Felda. Walaupun ia dilihat semakin reda, namun kepanasannya masih terasa di kawasan - kawasan Felda. Berita terbaru, dikatakan Datuk Ahmad Maslan akan turun ke Felda sekitar Rompin bagi mendekati masyarakat disana.

Berbalik ke coretan diatas. Yang pertama mempersoalkan mengenai pendirian Ketua PKR Cabang Maran. Sama ada yang bertanya itu merujuk kepada pembubaran Felda Plantation atau tidak, soalan itu masih relevan. Kita dengar banyak rungutan dari Gerakan Anak - Anak Peneroka atau singkatannya ANAK sebelum ini.

Kononnya mereka mempertikaikan manfaat yang mereka dapat sebagai Generasi Kedua Felda. Soalan yang ditanya dalam ruangan interaktif ini sepatutnya ditanya semula kepada mereka. Baru - baru dilihat dua tiga Van yang membawa pekerja - pekerja asing ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan bank untuk transaksi keluar masuk wang. Hampir setiap bulan perkara ini berulang. Untuk apa pendatang asing ini jika di kawasan felda itu sendiri sudah ramai anak - anak Peneroka yang menuntut supaya Felda Plantation dibuka untuk Generasi kedua?

Soalan kedua yang ditanya ialah mengenai tindakan saman RM200juta terhadap Akhbar Suara Keadilan. Tak perlu ulas panjang. Klik pada pautan ini (Sini) untuk melihat sejauh mana perkara tersebut berjalan.

Soalan yang ketiga berkenaan dakwaan masyarakat Felda yang kaya raya. Cadangan Mat Desa itu sangat - sangat bagus dan sewajarnya direalisasikan. Benra dengan idea bernas Tun Abdul Razak, Generasi Melayu dikawasan Felda hari ini tidak merempat dan buat rumah atas tanah orang. Melayu tidak hanya menagih simpati dan ikhsan dari orang lain. Dan yang lebih penting, anak bangsa tidak menjadi hamba di Negara Tanah Tumpahnya.

Oleh: UMB Pahang

Wednesday, July 28, 2010

Basmi Kemiskinan Ala DAP

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Dalam laporan Buletin Awani malam tadi memaparkan penjelasan Menteri Besar Selangor berkenaan cadangan kerajaan negeri untuk memansuhkan diskaun bumiputera.

Cadangan tersebut telah disuarakan oleh Tony Pua dengan menyifatkan bahawa tindakan tersebut bakal meningkatkan ekonomi negeri dan menarik minat pelabur ke negeri tersebut.

Tony juga turut mencadangkan pemansuhan diskaun pemilikan hartanah kepada bumiputera yang dikatakan akan menwujudkan saingan yang positif dikalangan masyarakat.

Khalid yang mengulas mengenai perkara tersebut dengan muka selamba menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah sebagai langkah mengurangkan kadar kemiskinan negeri.

Mungkin ianya satu lawak dan jenaka buat si Khalid Gagap bila mengeluarkan kenyataan tersebut. Atau adakah Menteri Besar selangor itu tidak berfikir dahulu sebelum bercakap?

Bagaimana caranya untuk membasmi kemiskinan sekiranya bumiputera itu sendiri tidak dapat memiliki rumah atau sebarang pegangan hartanah? Tujuan diskaun tersebut diberikan kepada bumiputera adalah untuk mereka mampu memiliki rumah dan membeli hartanah di dalam negeri tersebut.

Macam mana pula si Khalid Gagap ni boleh anggap dengan memansuhkan diskaun tersebut, maka kadar kemiskinan boleh dibasmi dan dikurangkan?

Bawa - bawa la berpijak dibumi yang nyata, Khalid oi!!! Jangan asyik nak ikut telunjuk DAP je!!!

Pembangkang Tidak Akan Bertanding???

Assalamulaikum. Salam 1Malaysia.

Semalam dilaporkan Pengerusi Pilihanraya PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyatakan keegganan pembangkang untuk bertanding dalam pilihanraya jika ianya diadakan dalam waktu terdekat ini.

Beliau yang dikatakan memberi kenyataan tersebut gara - gara wujudnya desas - desus yang menyatakan Pilihanraya Umum bakal diadakan tidak lama lagi.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Timbalan Perdana Menteri berkata hanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sahaja yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tersebut.

Tan Sri Muhyidin Yassin juga mengulas bahawa keengganan pembangkang untuk turut serta dalam pilihanraya akan datang adalah disebabkan mereka masih belum dapat mengatasi masalah yang timbul di negeri jajahan masing - masing.

Lagi bagus kalau pembangkang tak turut serta. Takde la banyak sangat penipuan demi penipuan secara berterusan yang mereka sering lakukan yang perlu ditangkis oleh UMNO/BN.

Orang Lain Dapat Berjuta

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Lambat dan lembab. Itulah diantara beberapa perkataan yang sesuai ditujukan kepada laman blog pro pembangkang di Pahang. Terutama sekali Pahang Daily Online yang tak ubah umpama kerakap di atas batu, hidup segan mati tak mahu.

Dalam blog PDO baru – baru ini cuba untuk menghentam UMB Pahang kononnya UMB Pahang ini baru wujud dan telah melantik begitu banyak pejuang siber. Inilah yang dikatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. PDO lansung tidak tahu siapa yang mengendalikan UMB tetapi membuat tuduhan sembrono sahaja.

Malah PDO turut membuat dakwaan bahawa UMB Pahang hanya melantik pesara – pesara politik dan tidak bermaya, kononnya. PDO juga turut menyatakan bahawa UMNO alpa dan lalai dalam pilihanraya yang lalu.

Sebagai pengetahuan PDO, tanpa UMB, UMNO Pahang masih kukuh berdiri. Tanpa UMB, UMNO Pahang hanya tewas dua kerusi Parlimen sahaja. Itu pun kerana banyak orang luar dan bukan orang Pahang. Maka yang dilihat terdesak sekarang ini ialah pembangkang yang disokong oleh PDO.

Kenapa PDO tidak merempat kepada mereka untuk meminta bantuan kewangan? Kenapa masih merayau – rayau dan meracau di Pejabat Menteri Besar Pahang setiap hari?

Mungkin PDO tidak membaca blog orang lain. Mungkin PDO hanya syok sendiri sahaja. Adakah PDO tidak tahu betapa terdesaknya pembangkang seperti di Selangor hingga terpaksa menggunakan peruntukan kerajaan Negeri untuk meningkatkan keupayaan media mereka? Bukan sedikit, RM15juta. Semata - mata kerana merekatakut dan ketar dengan media sedia ada BN dan UMNO.

Itu belum dikira portal – portal pembangkang yang lain yang turut mendapat bantuan kewangan dan Dana yang besar dari luar Negara. Berjuta - juta ringgit. Semata – mata untuk menyebarkan fitnah dan hura – hara. PDO apa dapat?

Wednesday, July 21, 2010

Pahang Daily Online Meracau???


Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Hari ini Pahang Daily meracau lagi. Setelah menyepi lebih kurang dua tiga hari yang lalu, PDO kembali meludah muka sendiri.

Kali ini, PDO mendakwa bahawa usaha Perpaduan yang diusulkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini sebagai satu tindakan terdesak untuk meraih sokongan pengundi Melayu. PDO turut mendakwa usaha ke arah Perpaduan Ummah itu sebagai satu tindakan meracau dan gila talak.

Satu hakikat yang jelas menyatakan PDO tak tahu hukum syariat dan tuntutan Islam. Perpaduan Ummah bagi PDO hanya satu tindakan drastik dan bukan mengikut Sunah Rasulullah S.A.W. PDO telah melupakan dan menidakkan Sirah Rasulullah S.A.W dikala baginda berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah dahulu.

Bukankah sebelum Hijrah berlaku, Nabi Muhammad S.A.W telah menyatu padukan masyarakat Madinah yang berpecah belah malah turut menjalinkan persaudaraan dengan mereka?

PDO umpama meludah ke muka sendiri apabila dalam Berita Harian hari ini menyiarkan kenyataan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang turut menyokong usaha ke arah perpaduan. Baca keratan akhbar diatas.

PDO juga disifatkan sebagai mahu menutup pekung di dada kerana pembangkang sebenarnya terdessak mahu meraih sokonganpengundi Melayu.

Jika tidak, kenapa mereka beriya - ia menjalankan gerak gempur ke kawasan - kawasan Felda yang sebelum ini disifatkan sebagai kawasan majoriti pengundi Melayu di dalam Negara?

Berkokoknya PDO hari ini mungkin sebab ada orang yang memebri sumbangan kepadanya sewaktu merayau - rayau di Pejabat Menteri Besar Pahang meraih simpati dari orang - orang sekeliling.