CHANNEL UMB

Wednesday, June 9, 2010

PAS Bermuhasabah, PDO Bila Lagi?

Artikel dalam akbar Haprak minggu ini seolah - olah menyindir diri mereka sendiri dan Kepimpinan Pakatan Rakyat.

Walaupun artikel tersebut sebenarnya bertujuan hendak menyindir BN / UMNO tetapi secara tidak lansung ia turut menyindir beberapa pejuang siber Pembangkang seperti Pahang Daily Online (PDO).

Jika sebelum ini PDO banyak kali melaporkan mengenai keadaan kesihatan YB ADUN Kerdau, tetapi laporannya hanya sekadar mengenai situasi kritikal beliau sahaja.

Tidak pula dalam laporan PDO menyiarkan kedudukan YB tersebut bila beliau sudah kembali stabil mahupun menggesa seluruh rakyat Pahang agar berdoa supaya YB Kerdau itu kembali pulih dan mampu menjalankan kerjanya.

Jadi, tahniah diucapkan kepada penulis artikel dalam Akbar Haprak minggu ini yang membidas tulisan Pahang Daily sebelumnya.

Tuesday, June 8, 2010

Sekadar Mahu Membuat Provokasi

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Berikut di pautkan artikel dari Pahang Daily yang mengambarkan betapa perjuangan Puak Pakatan Pembangkan ini hanya sekadar memporak - perandakan keamanan dan merampas kuasa semata - mata. Klik sini.

Sudah tidak ada idea baru dan 'angle' menarik untuk menyembunyikan kelemahan mereka yang kian pudar semakin hari, Pahang Daily sekadar menimbulkan kontroversi sahaja.

Umpama anjing menyalak ke bukit. Tapi tidak mengapa. Anjing hilang suara, bukit tidak berganjak juga.

Pelik melihat telatah Pahang Daily ini sebab beliau berada di bangunan Kerajaan atau setidak - tidaknya di kuantan seharian. Kenapa beliau tidak mendapatkan berita serta keterangan dari orang yang sewajarnya disitu?

Kenapa pula hanya bertanya sama ada sesuatu isu itu benar atau tidak didalam blog?

Ini semua hanya persoalan minda Pahang Daily sahaja. Takut juga kalau - kalau nanti Pahang Daily hilang akal dan merayau sekitar Bandar Kuantan sudahlah seperti orang gila meroyan.

Mohon Sumbangan Artikel

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.

Terlebih dahulu, pihak UMB Pemuda UMNO Pahang ingin menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan diatas kekurangan kami.

Kami sedar bahawa kekurangan yang berlaku adalah kekurangan kami sebagai manusia biasa.

Sesungguhnya, UMB Pemuda UMNO Pahang agak kekurangan juga dalam sumber artikel untuk di buat posting.

Walaubagaimana pun, kami sedang berusaha untuk mengembangkan lagi dan mencuba beberapa kaedah demi kebaikan UMNO bukan untuk individu tertentu sahaja.

Kami mengalu - alukan sumbangan artikel dari sesiapa sahaja, Ahli UMNO dalam Negeri Pahang tanpa mengira Bahagian sekiranya mereka sudi memberi sumbangan tersebut.

Tiadalah niat kami untuk mempergunakan artikel saudara untuk mencari nama dan kami akan pastikan artikel saudara mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

Sekali lagi, kami memohon maaf diatas salah dan silap sebelum ini. Perjuangan harus diteruskan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Sekian, Wassalam.

Friday, June 4, 2010

Natanyahu Berbohong, Menafikan Serangan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Hari dalam sidang media Perdana Menteri Israel, Natanyahu menafikan bahawa askarnya menyerang kapal bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara.

Serangan yang meragut nyawa sukarelawan seramai 19 orang itu dikatakan oleh beliau menyerang askar Israel terlebih dahulu.

"...mereka menyerang dengan senjata api, pisau dan besi terlebih dahulu...jadi ianya hanya serangan mempertahankan diri...situasinya sama ada hidup atau mati..." kata beliau.

Beliau juga turut menyatakan bahawa penumpang kapal tersebut juga terdiri daripada pengganas-pengganas antarabangsa yang sudah siap sedia dengan senjata untuk menyerang.

Namun, Rejim Zionis dan Tel Aviv tidak akan membawa perkara itu ke Mahkamah Antarabangsa kerana khuatir imej mereka akan terjejas.

Menyedihkan. Itu sahaja alasan yang dapat diberi oleh Pemimpin Yahudi itu.

Persoalan dunia hari ini ialah jika benar sukarelawan dalam kapal tersebut merupakan pengganas, mengapa Tel Aviv membebaskan kebanyakan tahanannya?

Mana bukti yang mengatakan bahawa askar Israel diserang terlebih dahulu dengan senjata yang dikatakan oleh Natanyahu itu?

Ps: Ni baru betul - betul menipu macam Yahudi.

Saturday, May 29, 2010

Tak Hilang Nama Kalau Minta Maaf

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Kemelut dalam Parti Malaysia Indian Committy atau MIC hari ini sudah melebihi dari ruang lingkaran parti itu sahaja.

Desakan Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan terhadap Samy Vellu merebak sehingga UMNO turut dipersalahkan dan didakwa menjadi dalang terhadap Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

Walaupun perkara ini telah dinafikan oleh Tan Sri Muhyidin dan Setiausaha Agung UMNO serta V.Mugilan sendiri, tetapi tidak dipihak MIC.

Hari ini, anak kepada Presiden MIC, Vell Paari telah memohon maaf kepada seluruh Barisan Kepimpinan UMNO serta ahli - ahlinya.

Yang tinggal hanya Ketua Pemuda MIC sahaja yang masih sombong dang angkuh tidak mahu memohon maaf.

Gambaran jelas bahawa kepimpinan muda MIC tidak tahu menghormati orang lain dan dengan secara tidak lansung ia memburukkan lagi imej MIC serta Ketua Pemudanya itu.

Kehilangan kuasa dan pengaruh menjadi igauan Presiden serta Ketua Pemuda parti itu.

Bukti jelas bahawa kepimpinan MIC yang ada sekarang, walaupun tidak secara keseluruhannya, tidak dapat mengawal ahli - ahlinya dan kerana itu mereka takut untuk melepaskan jawatan tersebut.

P/s: Dah buat salah mengaku saja la. Jangan nak salahkan orang lain pulak.

Wednesday, May 26, 2010

1975 Hingga...?

By: Amir Rozani

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Itu satu tanda tanya yang kita perlu pertikaikan. Mungkin bukan saya sahaja yang tertanya - tanya. Tetapi juga seluruh masyarakat di Malaysia dan kaum India terutamanya.

Bukan masalah nak jaga tepi kain orang. Soalnya sekarang, sampai bila dia nak berkuasa?

Dia tak sedar ke bahawa orang bawahan terutamanya kaum India di ceruk rantau Malaysia ni dah jelak tengok dia je pegang kuasa?

Ke dia tak berkawan dengan rakyat Malaysia yang sebangsa dengan dia?

Sampai bila dia nak pegang kuasa tu takpe lagi. Ni yang anak - anak buah dia dok nak menyalahkan UMNO ni kenapa pulak?

Masalah MIC apa pulak kena mengena dengan UMNO? Bagi nasihat pun salah ke?

Orang nak supaya Barisan Nasional ni bertambah kuat, bertambah teguh. Mungkin salah satu penyelesaiannya ialah supaya Kepimpinan MIC tu berubah. Semua Parti Komponen lain dah berubah, MIC je dok di takuk lama.

Jangan la jadi gila kuasa sangat. Bagi la peluang pada orang lain pulak. Kaum India dalam Malaysia ni bukan asal dari keluarga awak je.

Tuesday, May 25, 2010

Majlis Perjumpaan Dengan YB Dato' Shakar






Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Baru-baru ini UMB dan Biro ICT Pahang telah mengadakan Majlis Perjumpaan dengan YB Dato' Mohd Shakar Bin Shamsudin di Temerloh Pahang.

Perjumpaan diadakan bagi memastikan hala tuju UMB dan ICT Pahang dapat diteruskan serta bertambah produktif dimasa akan datang.