CHANNEL UMB

Tuesday, June 8, 2010

Mohon Sumbangan Artikel

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.

Terlebih dahulu, pihak UMB Pemuda UMNO Pahang ingin menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan diatas kekurangan kami.

Kami sedar bahawa kekurangan yang berlaku adalah kekurangan kami sebagai manusia biasa.

Sesungguhnya, UMB Pemuda UMNO Pahang agak kekurangan juga dalam sumber artikel untuk di buat posting.

Walaubagaimana pun, kami sedang berusaha untuk mengembangkan lagi dan mencuba beberapa kaedah demi kebaikan UMNO bukan untuk individu tertentu sahaja.

Kami mengalu - alukan sumbangan artikel dari sesiapa sahaja, Ahli UMNO dalam Negeri Pahang tanpa mengira Bahagian sekiranya mereka sudi memberi sumbangan tersebut.

Tiadalah niat kami untuk mempergunakan artikel saudara untuk mencari nama dan kami akan pastikan artikel saudara mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

Sekali lagi, kami memohon maaf diatas salah dan silap sebelum ini. Perjuangan harus diteruskan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment