CHANNEL UMB

Wednesday, May 26, 2010

1975 Hingga...?

By: Amir Rozani

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Itu satu tanda tanya yang kita perlu pertikaikan. Mungkin bukan saya sahaja yang tertanya - tanya. Tetapi juga seluruh masyarakat di Malaysia dan kaum India terutamanya.

Bukan masalah nak jaga tepi kain orang. Soalnya sekarang, sampai bila dia nak berkuasa?

Dia tak sedar ke bahawa orang bawahan terutamanya kaum India di ceruk rantau Malaysia ni dah jelak tengok dia je pegang kuasa?

Ke dia tak berkawan dengan rakyat Malaysia yang sebangsa dengan dia?

Sampai bila dia nak pegang kuasa tu takpe lagi. Ni yang anak - anak buah dia dok nak menyalahkan UMNO ni kenapa pulak?

Masalah MIC apa pulak kena mengena dengan UMNO? Bagi nasihat pun salah ke?

Orang nak supaya Barisan Nasional ni bertambah kuat, bertambah teguh. Mungkin salah satu penyelesaiannya ialah supaya Kepimpinan MIC tu berubah. Semua Parti Komponen lain dah berubah, MIC je dok di takuk lama.

Jangan la jadi gila kuasa sangat. Bagi la peluang pada orang lain pulak. Kaum India dalam Malaysia ni bukan asal dari keluarga awak je.

No comments:

Post a Comment