CHANNEL UMB

Saturday, May 29, 2010

Tak Hilang Nama Kalau Minta Maaf

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Kemelut dalam Parti Malaysia Indian Committy atau MIC hari ini sudah melebihi dari ruang lingkaran parti itu sahaja.

Desakan Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan terhadap Samy Vellu merebak sehingga UMNO turut dipersalahkan dan didakwa menjadi dalang terhadap Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

Walaupun perkara ini telah dinafikan oleh Tan Sri Muhyidin dan Setiausaha Agung UMNO serta V.Mugilan sendiri, tetapi tidak dipihak MIC.

Hari ini, anak kepada Presiden MIC, Vell Paari telah memohon maaf kepada seluruh Barisan Kepimpinan UMNO serta ahli - ahlinya.

Yang tinggal hanya Ketua Pemuda MIC sahaja yang masih sombong dang angkuh tidak mahu memohon maaf.

Gambaran jelas bahawa kepimpinan muda MIC tidak tahu menghormati orang lain dan dengan secara tidak lansung ia memburukkan lagi imej MIC serta Ketua Pemudanya itu.

Kehilangan kuasa dan pengaruh menjadi igauan Presiden serta Ketua Pemuda parti itu.

Bukti jelas bahawa kepimpinan MIC yang ada sekarang, walaupun tidak secara keseluruhannya, tidak dapat mengawal ahli - ahlinya dan kerana itu mereka takut untuk melepaskan jawatan tersebut.

P/s: Dah buat salah mengaku saja la. Jangan nak salahkan orang lain pulak.

1 comment:

  1. tahniah umb pahang, dibawah pimpinan dato' sam semuanya kelihatan mengundur kebelakang, satu kejayaan membuat satu pusingan. blog ini pun akan saya pantau selalu.

    ReplyDelete