CHANNEL UMB

Thursday, March 17, 2011

ALKITAB BAHASA MELAYU - APA RELEVANNYA?


Itu persoalan Semut. Mungkin subjek ini berat untuk dibaca dan dibahas dalam blog. Tapi ini sekadar tuntutan daripada beberapa orang rakan serta Sahabat Semut.

Hari ini, Mufti Selangor keluar larangan kitab tersebut menggunakan kalimah Allah sebagai kata ganti bagi perkataan God.

Perlu diingatkan! Majlis Fatwa Kebangsaan hanya membenarkan penyebaran kitab itu dalam bahasa Melayu sahaja. Tapi tidak membenarkan kata ganti itu diguna pakai.

Datuk Tamyes Abd Wahid kata, 5000 naskah kitab Injil berbahasa Melayu itu akan dilarang pengedarannya di Negeri itu kerana tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor.

Tamyes juga sekali gus mengesahkan kenyataan Nazri Aziz bahawa tindakan Kerajaan memansuhkan penahanan kitab tersebut tidak sah disisi undang - undang syariah Selangor.
"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor.
Wah! Kita tengok macam mana Si Teresa Cork tu nak mengulas kenyataan yang diberikan oleh Mufti Negerinya sendirinya ni.

Selain Mufti Selangor itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr. Harun Din juga dengan tegas menyatakan pendirian yang sama, yakni menolak penggunaan kalimah Allah bagi kata ganti kepada God.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Harun Din dikatakan telah dikunjungi beberapa kumpulan Pemimpin PAS Pro Erdogan bagi memujuk beliau membuat kenyataan membenarkan Kitab Injil berbahasa Melayu dibenarkan untuk terus beroperasi di seluruh Negara. Ini akan memberi kelebihan politik terhadap parti tersebut terutamanya dalam berhadapan dengan PRU Sarawak.

Harun Din dengan nada marah memberi amaran keras terhadap pemimpin2 tersebut agar tidak menggadaikan maruah Agama Islam demi kepentingan politik sempit. Harun Din kemudiannya bertanya kembali apa kesannya apabila pengedaran Kitab Bible berbahasa Melayu ini?

Adakah kita hendak lihat anak2 Muda Islam membeli Kitab tersebut lalu terpesong agama mereka? Harun Din juga menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya bahawa ianya tidak releven dan sewajarnya PAS tidak bertindak melulu dalam mengejar karier politik tanpa memikirkan soal kedaulatan Islam pada masa hadapan.
Namun, persoalan Semut serta rakan - rakan tetap sama. Apa keperluannya kitab Injil itu diterjemahkan kepada Bahasa Melayu pada asalnya?

Kalau nak kata ianya untuk pemahaman penganut mereka dari kalangan orang Asli ianya tak masuk akal. Kenapa ianya tak masuk akal?

Kerana jika dilihat pada Sejarah, Mubaligh Kristian pada satu ketika dahulu membuka Sekolah bagi mengajar bahasa Inggeris, bahasa yang biasa digunakan dalam Injil kepada penganutnya.

Jadi kenapa sekarang mereka tidak boleh lakukan perkara yang sama? Sedangkan bagi umat Islam sendiri, setiap anak kecil yang sudah mula mengenal huruf pun dihantar untuk mengaji Al - Qur'an yang ditulis dalam bahasa Arab.

Jadi ini satu tuntutan Semut sebagai rakyat di Malaysia ini kepada pemimpin. Berikan sebab dan keperluan Injil itu ditulis dalam bahasa Melayu serta jelaskannya kepada rakyat. Itu sahaja.

No comments:

Post a Comment