CHANNEL UMB

Wednesday, March 9, 2011

ANWAR, DALAM HATI ADA TAMAN!!!


Ini jelas secara hakikat walaupun dia buat secara tidak sedar oleh Anwar Ibrahim. Dalam hati ada taman kata orang. Hehehe...

Kalau dia tak sayang Dr. Mahathir, kenapa dia beria - ia membuat promosi percuma untuk buku Tun Dr. Mahathir yang bertajuk "A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad" ni?

Walaupun tujuan Anwar sebenarnya nak mempertikaikan isi kandungan dan bagi alasan ianya tindakan terdesak Mantan Perdana Menteri itu, dia secara tak lansung turut mempromosikan buku tersebut.
Dah berebut - rebut orang nak dapatkan buku tu. Sebab semua nak tahu apa isi kandungan yang dinyatakan oleh Anwar tu benar atau pun tidak. Katanya buku tu jadi barang 'panas' sekarang ni.

Menurut kata Tun Dr. Mahathir, semasa beliau menulis buku tersebut, beliau cuba mengelak daripada menyakitkan hati orang tertentu. 

Namun demikian, beliau perlu menulis apa yang benar. Jadi kalau ada orang yang terasa hati, beliau terima. Kalau nak saman pun, saman la. Itu kata beliau.


Selain itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar mempunyai semangat juang dan karektor yang kuat.

Ianya bagi memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan Negara daripada musuh - musuhnya.

Mantan Perdana Menteri yang juga merupakan Negarawan terulung itu juga berkata, rakyat Malaysia harus bersedia untuk melawan dengan bersebab.

Bukan macam si Ketua Penipu tu. Dia berlawan tak de sebab pun nak lawan. Yang penting bagi dia, Lawan Tetap Lawan. Apa yang dia nak lawan, entah la.

Sebab apa dia nak lawan? Demi apa? Demi masa depan yang bercita - cita nak jadi Perdana Menteri la, apa lagi. Tapi cakap la konon lawan untuk rakyat. Ceit!!! Pigidah!!!

No comments:

Post a Comment