CHANNEL UMB

Saturday, February 12, 2011

Program Ramah Mesra Pemuda UMNO Bahagian






Program ini diadakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bentong bagi mendekati Pemuda - Pemuda di cawangan dalam Bahagian Bentong.

Ianya memenuhi hasrat Presiden UMNO Malaysia yang turut menggesa kepimpinan disemua peringkat agar kerap turun ke padang.

Sesuai dengan Dasar Tranformasi Politik, maka langkah ini dilihat sebagai satu inisiatif baru yang diambil oleh Pemuda UMNO Bahagian.

Friday, February 11, 2011

KHALID GEREJA MASUK DAP???


Hari ni kita tak payah tulis panjang - panjang. Cukup sekadar 'copy paste' je kenyataan berikut. Kang tulis panjang - panjang orang kata kita menipu. Jadi baca je la komen di bawah ni:

1. Cadangan daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat - Nasarudin Hassan At - Tantawi:
Nasrudin dilaporkan berkata telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di Kedah, Kelantan dan Selangor untuk bekerjasama dengan polis dan Rela bagi membendung aktiviti tidak bermoral itu.
Katanya, Pemuda PAS akan bekerjasama dengan jabatan agama setiap negeri untuk memantau sambutan Hari Kekasih 14 Februari ini.
Beliau berkata langkah itu diambil sebagai satu percubaan untuk membendung gaya hidup tidak sihat dan menyumbang kepada dosa.


2. Jawapan dari Khalid Samad a.k.a Khalid Gereja:

SHAH ALAM, 10 Feb — PAS Selangor hari ini menolak cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung gejala tidak bermoral di negeri-negeri Pakatan Rakyat sempena sambutan Hari Kekasih.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad(gambar) berkata, Nasrudin tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak penguat kuasa kerajaan negeri jika undang-undang Islam dilaksanakan jabatan agama.


3. Bantahan daripada Pemuda DAP:

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Sayap Pemuda DAP membantah cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung aktiviti tidak sihat pada sambutan Hari Kekasih, Isnin ini.
Ketuanya Anthony Loke menegaskan parti itu tidak bersetuju sama sekali pendekatan yang diambil Nasrudin untuk melakukan “pemeriksaan tidak bermoral” terhadap pasangan pada sambutan Hari Kekasih.


Jawapan Pemuda DAP tu seakan - akan sama je bunyinya dengan jawapan dari Khalid Gereja. Dua - dua menolak cadangan yang dikemukan oleh Ketua DPPP.

Jadi, adalah lebih baik si Khalid Gereja tu masuk DAP je sebab terang - terang dia menolak cadangan baik untuk membendung masalah gejala sosial dari terus berleluasa.

Dah la tu, Ketua Pemuda dari Parti dia sendiri pulak tu yang dibantahnya. Bukan orang lain. Pejuang Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!

Thursday, February 10, 2011

Lawatan Jemaah Menteri ke Bukit Kenau, Dun Pulau Manis, Pekan







Mesyuarat tiada kaitan dengan pilihan raya - PM

KUANTAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mesyuarat kabinet yang diadakan di luar Putrajaya tidak ada kena mengena dengan petanda pilihan raya. Katanya, ia hanya mesyuarat kabinet biasa.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat tersebut disusun dan digabung dengan program lawatan ke sesuatu kawasan bagi melihat perkembangan di peringkat lapangan.

Kata beliau, kali ini program disusun supaya anggota kabinet melihat satu projek di Pekan bagi membolehkan kerajaan membantu orang miskin dengan mengamalkan prinsip Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berbeza.

"Melalui mesyuarat kabinet di luar Putrajaya, kita dapat menyusun program membantu rakyat dan ia tidak ada kaitan langsung dengan pilihan raya.

"Cara kita bantu orang miskin ini bukan sahaja kita beri (sesuatu) tetapi menambah peluang untuk mereka menambahkan pendapatan secara mapan supaya mereka terus keluar daripada garis kemiskinan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Kompleks Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur di sini semalam.

UMB Pahang: Tahniah diucapkan kepada YAB Perdana Menteri dan barisan Menteri Kabinet dalam melaksanakan transformasi politik.

Tuesday, February 8, 2011

Ops Piramid: 778 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air


SEPANG, 7 Feb (Bernama) -- Kumpulan pertama 778 orang warga Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir melalui Ops Piramid, selamat tiba di tanah air pada Isnin.

Rakyat Malaysia itu termasuk penuntut di Mesir, menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia dari Jeddah, tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10 pagi.

Ketibaan kumpulan itu disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seramai 459 orang adalah penumpang MAS manakala 319 lagi penumpang AirAsia.

Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir, yang sedang dilanda pergolakan, ke Jeddah di Arab Saudi sebelum dibawa pulang ke tanah air.


UMB Pahang: Di mana pemimpin-pemimpin Parti Pembangkang ketika warga Malaysia di Mesir berada di dalam kesusahan?

Sunday, February 6, 2011

NIK AZIZ MASUK WAD KECEMASAN!!!


Katanya sebab terketar - ketar lutut dok kat umah bila dengar ada orang sahut cabaran dia untuk berdebat.

Semuanya gara - gara kelancangan mulut dia sendiri. Konon kata sedia berdebat dengan mana - mana pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tapi bila Prof. Mohd Noor Deris sahut cabaran, terus menggelabah tak tentu arah sampai terketar - ketar lutut. Kata dia bukan ajak berdebat la, Sinar harian salah lapor la. Terus keluar kenyataan, berdebat ni bukan amalan Islam konon.

Yang peliknya, dia kata Sinar Harian salah lapor. Tapi kenapa dah lewat petang baru dia kata Sinar Harian salah lapor? Itu pun selepas laporan mengenai kesudian Mohd Noor Deris terima cabaran dia. Tak ke pelik tu?

Apa benda yang Nik Aziz ni takut sangat dengan Mohd Noor Deris ni? Mesti ada apa - apa yang nak dia sembunyikan.

Walau bagaimana pun, kenyataan diatas memberi gambaran jelas mengenai karekter peribadai pemimpin puak - puak Pembangkang ni. Semuanya PENIPU belak.

Konon wayang nak membela rakyat, memperjuangkan keadilan rakyat. Padahal nak kuasa semata - mata. Ini macam ka mau jadi pemimpin? Ceit!!! Pigidah!!!

Wednesday, February 2, 2011

PDO KANTOI FITNAH!!!

Dulu pandai sangat menyalak. Sekarang dah sah memfitnah. Maka secara tak lansung terbukti media puak - puak Pembangkang ni memang kuat tabur fitnah dan mengadu domba. Lepas tu ada yang tak mengaku pulak tu. Macam haram.

Laporan terkini menyiarkan permohonan maaf dari Pahang Daily Online terhadap Saiful Bukhari. Semuanya atas sebab 'silap buat laporan'. 

Jadah dia silap buat laporan. Kalau sekali dia buat laporan macam tu, tahan jugak la. Boleh lagi nak diterima alasan tu. Tapi kalau sampai 6 kali, silap menda jadahnya?

Itu bukan silap lagi tu. Memang sah bodoh nak mampus. Nampak sangat portal Pro Pembangkang tersohor di Pahang tu memang kuat tabur fitnah.

Dengar kata sekarang ni dia dah tak bertuan. Silap pilih 'dahan' nak berteduh. 'Dahan' dah cabut lari masuk KITA. Duduk pulak bawak Chegu songsang. Kalah pulak bertanding dengan 'anak emas' si Ketua Penipu.

Sebab tu la dia mintak maaf. Takut kena saman. Kalau kena saman berjuta - juta, siapa nak bayar? Siapa nak tolong? Dia bukan ada tuan dah. Tuan yang sorang tu pun tak nak terima dia. Dah jadi kera sumbang katanya. Padan Muka!!!