CHANNEL UMB
Saturday, February 12, 2011
Program Ramah Mesra Pemuda UMNO Bahagian
Friday, February 11, 2011
KHALID GEREJA MASUK DAP???
Thursday, February 10, 2011
Mesyuarat tiada kaitan dengan pilihan raya - PM
KUANTAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mesyuarat kabinet yang diadakan di luar Putrajaya tidak ada kena mengena dengan petanda pilihan raya. Katanya, ia hanya mesyuarat kabinet biasa. Perdana Menteri berkata, mesyuarat tersebut disusun dan digabung dengan program lawatan ke sesuatu kawasan bagi melihat perkembangan di peringkat lapangan.
Kata beliau, kali ini program disusun supaya anggota kabinet melihat satu projek di Pekan bagi membolehkan kerajaan membantu orang miskin dengan mengamalkan prinsip Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berbeza.
"Melalui mesyuarat kabinet di luar Putrajaya, kita dapat menyusun program membantu rakyat dan ia tidak ada kaitan langsung dengan pilihan raya.
"Cara kita bantu orang miskin ini bukan sahaja kita beri (sesuatu) tetapi menambah peluang untuk mereka menambahkan pendapatan secara mapan supaya mereka terus keluar daripada garis kemiskinan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Kompleks Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur di sini semalam.
UMB Pahang: Tahniah diucapkan kepada YAB Perdana Menteri dan barisan Menteri Kabinet dalam melaksanakan transformasi politik.
Tuesday, February 8, 2011
Ops Piramid: 778 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air
Rakyat Malaysia itu termasuk penuntut di Mesir, menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia dari Jeddah, tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10 pagi.
Ketibaan kumpulan itu disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Seramai 459 orang adalah penumpang MAS manakala 319 lagi penumpang AirAsia.
Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir, yang sedang dilanda pergolakan, ke Jeddah di Arab Saudi sebelum dibawa pulang ke tanah air.
UMB Pahang: Di mana pemimpin-pemimpin Parti Pembangkang ketika warga Malaysia di Mesir berada di dalam kesusahan?












