CHANNEL UMB

Tuesday, February 1, 2011

LANGKAH PRO - AKTIF BN PAHANG!!!


PM mahu Pahang jadi tunggak kejayaan BN

KUANTAN 29 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Barisan Nasional (BN) Pahang terus menjadi penyumbang besar terhadap kejayaan parti itu dalam setiap pilihan raya umum yang diadakan.

Perdana Menteri menegaskan, bagi mencapai matlamat itu, parti-parti komponen dalam BN negeri perlu mengetepikan perkara remeh-temeh yang boleh melemahkan kekuatan parti.

Sebaliknya tegas beliau, semua parti komponen dalam BN negeri perlu berganding bahu memantapkan perjuangan membela rakyat untuk berdepan dengan pembangkang.

''Ini kerana golongan pembangkang adalah musuh kita yang sebenar," katanya dalam perutusan buku cenderamata Konvensyen BN Pahang yang dikeluarkan di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, konvensyen itu dilihat mampu meningkatkan lagi semangat bekerja di kalangan pemimpin dan anggota BN sekali gus memperkukuhkan kesepakatan bagi memastikan perjuangan parti terus diterima rakyat.

Beliau memuji tindakan proaktif BN Pahang yang mendahului negeri-negeri lain mengadakan konvensyen tersebut.

''BN Pahang berjaya menganjurkan konvensyen selepas hanya dua bulan BN Pusat menganjurkan konvensyen di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada awal bulan lalu," katanya.

Penganjuran konvensyen tersebut, kata Najib, membuktikan komitmen BN Pahang untuk menjayakan segala saranan parti di peringkat Pusat, dengan meletakkan kepentingan rakyat mendahului segala-galanya.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengerusi BN negeri memberitahu, kali terakhir BN negeri mengadakan konvensyen adalah pada 2002.

Menurutnya, kira-kira 2,000 perwakilan daripada parti-parti komponen meliputi UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP) terlibat dalam konvensyen kali ini.

''Selari dengan peredaran zaman, kita tidak boleh terus menerus bersandarkan pada kaedah lama yang mungkin tidak lagi sesuai. Oleh itu, kita harus berubah dalam beberapa pendekatan yang diambil," tambahnya.

Thursday, January 27, 2011

Calon BN Tetap Tenang, 'Gentleman' Hadapi Serangan Peribadi Pembangkang

LABIS, 26 Jan (Bernama) -- Biarpun menghadapi serangan demi serangan berbentuk peribadi daripada pembangkang, tetapi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim tetap tenang dan enggan terjebak dengan permainan kotor itu.

Menurutnya, beliau dan BN tidak akan terikut-ikut dengan taktik pembangkang yang membuat serangan peribadi dengan menabur pelbagai fitnah dan tohmahan terhadapnya.

"Kita 'gentleman'. Kita teruskan kerja-kerja kita dan berkempen dengan sebaiknya, tanpa terikut-ikut dengan pembangkang yang membuat serangan peribadi," katanya pada sidang media di rumahnya di sini, Rabu.

Bekas penolong pentadbir tanah daerah Kecil Rengit, Batu Pahat itu berkata dalam pertemuannya dengan pengundi DUN Tenang, mereka tidak pernah menyentuh isu-isu peribadi yang digunakan oleh pembangkang itu.

"Pengundi tidak pernah sekali bertanyakan saya (isu serangan peribadi). Pengundi DUN Tenang tahu apa yang diperkatakan oleh pembangkang itu adalah tohmahan dan fitnah semata-mata," kata Mohd Azahar.

Pada kempen pilihan raya kecil ini, pembangkang memainkan isu tanah milik seseorang dilelong ketika Mohd Azahar menjadi Penolong Pentadbir Tanah Segamat (2000-2006) dan beberapa isu peribadi yang lain.

Ditanya mengenai isu tanah pada 2003 di mana pembangkang menuduhnya sebagai cuai sehingga menyebabkan tanah itu dilelong, katanya, sebagai penjawat awam beliau hanya mengikut prosedur.

"Saya telah mengikut segala prosedur jabatan (isu tanah 2003)," katanya ringkas.

Mengenai perancangannya jika dipilih sebagai wakil rakyat, Mohd Azahar berkata beliau akan memastikan pengundi pelbagai kaum DUN Tenang menikmati pembangunan yang lebih pesat.

"Saya akan bertemu kembali dengan pengundi, mengambil input tentang perkara-perkara yang mereka ingin laksanakan di DUN Tenang secepat mungkin," katanya.

Ditanya bagaimana beliau menangani keadaan selepas lima hari menjalankan kempen tanpa henti, Mohd Azahar berkata beliau hanya mampu tidur tidak lebih dari empat jam sehari.

Isteri calon BN itu, Tuty Roshizana Tumin yang turut berada pada sidang media itu turut ditanya mengenai serangan peribadi terhadap suaminya dan berkata ia tidak menjejaskan dirinya kerana beliau mengetahui perkara sebenar.

"Saya berada sepenuhnya di belakang suami saya. Saya tidak akan terjejas dengan apa juga serangan peribadi mereka, kerana apa yang diperkatakan mereka merupakan pembohongan semata-mata," katanya.

Mengenai persediaan bagi memastikan kesihatan suaminya sentiasa terjaga sepanjang tempoh berkempen, suri rumah itu berkata beliau menyediakan makanan berkhasiat serta makanan tambahan.

"Saya pastikan beliau hanya mengambil makanan yang berkhasiat, selain mengambil makanan tambahan bagi memastikan kesihatannya terjamin dan sentiasa bertenaga sepanjang tempoh berkempen ini," katanya.

Beliau berkata anak-anak mereka memahami bahawa Mohd Azahar mempunyai jadual yang sibuk sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini.

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Jan ini berikutan kematian penyandangnya, allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Mohd Azahar akan ditentang calon PAS Normala Sudirman pada pilihan raya kecil itu.

UMB Pahang: Buat Calon BN di Dun N. 05 Tenang teruskan perjuangan dalam meraih sokongan serta kepercayaan dari Pengundi Dun Tenang. Kami percaya pengundi-pengundi di Dun N.o5 Tenang pastinya bijak memilih bakal Wakil Rakyat yang boleh berkerja serta memahami denyut nadi masyarakat di Dun Tenang.



Wednesday, January 26, 2011

PAS KEJAM PADA PENDUDUK TEMPATAN!!!

Kejadian ni memang betul - betul terjadi. Malah secara terang - terangan pulak tu dibuatnya. Tanpa segan silu dan rasa was-was.

Malam semalam dekat Felda Chempelak Barat, PAS buat ceramah yang dihadiri oleh Malzan Aliman.

Dah jadi macam trend diorang pulak. Tiap kali ada pilihanraya kecil, mesti diorang import peniaga dari luar. Semua benda pulak tu diniagakannya.

Diorang buat peniaga tempatan macam tunggul kayu je. Peduli pun tidak pada mereka. Semua barang keperluan dibawa dari luar. Dengan bajunya, seluarnya, termasuk la makanan dan minuman. Semua habis diimport.

Dah la calon pun calon import, petugas pun petugas import. Nampak sangat puak - puak Parti Angguk Saja ni memang suka meminggirkan masyaratakat setempat.

Sanggup mereka taburkan pasir dalam periuk nasi peniaga tempatan. Tak bagi peluang lansung untuk peniaga tempatan ni dapat keuntungan lebih. Semua dia je yang sapu. Parti Islam konon. Ceit! Pigidah!!!

Seterusnya, KLIK SINI.

Thursday, January 20, 2011

Perjumpaan bersama Dato' Shahaniza

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Dalam usaha untuk merapatkan ukhwah sesama ahli, Unit Media Baru UMNO Pahang telah mengadakan perjumpaan dengan Dato Shahaniza.

Tujuan perjumpaan diadakan adalah bagi memperkukuhkan UMB Pahang bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.

Pelbagai perkara telah dibincangkan mengenai peranan UMB Pahang dan perancangannya dimasa akan datang.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Dato Shahaniza yang dapat meluangkan masa memberi pendapat dan idea serta semangat buat UMB Pahang untuk terus bergerak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KENYATAAN BERCANGGAH???


Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Putar belit ayat dan fakta bukanlah perkara baru buat si Ketua Penipu ini. Sudah menjadi bahan makanan harian buat beliau.

Sebelum ini, beliau dikatakan telah mengeluarkan cabaran berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu Ekonomi Negara.

Beliau membuat cabaran tersebut berikutan kritikan yang dilemparkan oleh Perdana Menteri terhadap Pelan 100 Hari yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang dalam Konvensyen mereka.

Namun, portal pembangkang semalam mendedahkan bahawa Ketua Penipu itu bukan cabar berdebat. Tetapi sebaliknya hanya 'ajak berbincang'.

Lihat betapa retoriknya beliau dalam mempertahankan kenyataan beliau sendiri. Mungkin sebab cabaran beliau sebelum ini tidak dilayan, maka debat telah ditukar kepada perbincangan sahaja.

Walaubagaimana pun, dalam blog si Ketua Penipu itu cuba menunding jari kepada Bernama, Agensi berita kerana mengelirukan kenyataan beliau sebelum ini.

Yang hairannya, kenapa beliau hanya menyalahkan pihak BERNAMA? Kenapa beliau tidak menyalahkan pihak Malaysiakini dan Malaysian Insider kerana turut memaparkan berita tersebut?

Demikian sikap 'double-standard' yang diluahkan oleh puak Pakatan sebelum ini mula terpalit ke muka sendiri. Dah songeh, banyak pulak alasan mereka. Sampai bila mereka hendak memperbodoh - bodohkan rakyat sedemikian?

BLOG UBAT NYAMUK???

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Inilah hakikat kehidupan. Kadang kita ada diatas, kadang kita ada dibawah. Kadang kita jadi tumpuan, kadang kita jadi cacian.

Demikian nasib yang diterima oleh blog pro pembangkang di Pahang ini. Nampak gayanya, taringnya sudah semakin tumpul.

Malah sanggup pula menipu rakyat dengan slogan kata tidak memihak kepada mana - mana parti padahal sebelum ini mereka lantang mengkritik dan mengutuk Kerajaan Barisan Nasional.

Oleh sebab tidak lagi diterima oleh PKR (mungkin kerana kecewa), Pahang Daily Online (PDO) cuba mendapatkan sokongan dari PAS pula.

Hal ini didengar dan dilihat sendiri oleh ahli - ahli Pemuda UMNO yang berkesempatan menjenguk ceramah - ceramah politik PAS.

Namun tak disangka pula blog yang cukup kuat berpengaruh itu sudah berubah sedemikian rupa. Sampai sanggup jadi blog Iklan Ubat Nyamuk sahaja. Seterusnya, klik sini.

LAGI TERUK DARI ABDULLAH BIN UBAI!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

AIDCNews – 18/01/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata memenuhi nafsunya untuk berkuasa dan beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk terlibat dengan gerakan Yahudi sedunia kata Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Perak.

“Ini semata-mata nak memenuhi nafsu dia. Nak berkuasa. jadi dia bersetujulah dengan Yahudi, nak memecahbelahkan orang, supaya orang menyokongnya. Itu sahaja. Dia bukan ada apa-apa.

“Anwar Ibrahim ini, semata-mata nak balas dendam. Itu sahaja kerja dia”, katanya.

Ketika ditanya adakah peranan Anwar sekarang ini sama seperti Abdullah bin Ubai, seorang tokoh munafik yang memecahbelahkan ummah semasa zaman Nabi Muhamad SAW di Madinah, Tan Sri Harussani merenung sejenak, dan menjawab “Saya ingat lebih daripada itu kot”, sambil disambut gelakan para hadirin yang turut serta dalam sesi interbiu eksklusif bersama Mufti Perak itu.

Seterusnya, klik sini.

Komen UMB:

Siapa dia Abdullah Bin Ubai? Beliau ialah Ketua Munafik dan seorang yang hipokrit pada ketika zaman Rasulullah S.A.W dulu.

Beliau telah membelot kepada umat Islam tatkala mereka sedang berhadapan dengan tentera Jahiliyah ketika perang Uhud.

Atas sebab tindakan beliau menghasut dan mengadu domba, maka 2 per 3 dari tentera Islam menarik diri dari medan perang.

Selanjutnya, baca disini.