CHANNEL UMB

Friday, January 7, 2011

DAP & PKR KETAR LUTUT!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Hanya sebab Mursyidul Am PAS, Nik Aziz menghadiri jamuan santapan DiRaja yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, DAP dan PKR dah mula ketar lutut.

Barisan kepimpinan kedua - dua parti mula mendesak agar pemimpin PAS menjelaskan kepada komponen Pakatan mengenai status sebenar.

S. Manikavasagam turut menyatakan bahawa PAS perlu menghormati komponen lain dalam Pakatan. Beliau turut mendakwa tindakan PAS itu hanya akan menjejaskan perikatan mereka.

Lihat sahaja bagaimana reaksi mereka tatkala Perpaduan Ummah diantara Melayu dan Umat Islam mula menampakkan bibit - bibitnya.

Jelas mereka tidak mahu Melayu dan Umat Islam di Malaysia ini bersatu padu diantara satu sama lain.

Macam penjajah British juga rupanya pendirian mereka ini. Dasar pecah dan perintah diamalkan secara terang - terangan.

Itupun masyarakat masih tidak mampu menilainya?

1 comment:

  1. SALAM UMB PEMUDA PAHANG ...

    RASANYA, ARTIKEL DALAM BLOG UMB CUKUP HEBAT DAN MANTAP. RASANYA TIDAK PERLU TUNJUK AJAR DARI GWM! UMB ADA BLOGGER SEMUT HITAM, TOP 50 RANKING BLOGGER LAGI ...!

    SEKADAR BERTUKAR ARTIKEL SUDAH CUKUP MANTAP BAGI PERJUANGAN.

    SELAMAT MENGGANYANG PEMBANGKANG!

    ReplyDelete