CHANNEL UMB

Saturday, November 6, 2010

Bukti Mereka Buat Kerja


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Wujudnya Skuad 1Malaysia dalam Pilihanraya Kecil DUN Galas kali ini dilihat sangat berbeza dari mana - mana PRK yang lain. Barisan Nasional kali ini dilihat tidak menurunkan Parti Politik Cina seperti MCA untuk berkempen.

Sebaliknya, Skuad NGO ini hanya mendapat sokongan dari pemimpin - pemimpin MCA sahaja. Ianya adalah inisiatif pihak - pihak yang tertentu bagi menjelaskan Gagasan 1Malaysia sepertimana yang disarankan oleh Tun Dr. Mahathir. Saranan itu juga turut mendapat sokongan Lim Kit Siang Ikan sendiri. Adakah mereka lupa?

Kehadiran skuad ini menyukarkan kerja - kerja kempen yang dijalankan oleh DAP di sekitar kawasan peti undi Pulai, Kampung Baru dan Bandar Lama. Ia mengakibatkan peratusan undi masyarakat Cina kepada penipu rakyat menurun.

...Sukarelawan 1Malaysia...

Yang jelas, DAP menjadi tidak keruan dan menjaja dahyah - dakyah yang tidak masuk akal ketika berkempen. Pertikaian yang wujud dikalangan masyarakat Cina di DUN galas ini jelas apabila kehadiran penyokong - penyokong Teoh Beng Hock.

Komuniti Cina disini turut tertanya - tanya, apakah signifikasinya kumpulan tersebut hadir ke Pilihanraya ini? Adakah mereka sebuah pertubuhan politik? Adakah mereka mahu mempolitikkan kematian Teoh itu yang ketika ini sudah pun didengar dimahkamah?

Jangan buat dakwaan UMNO/BN menggunakan NGO bagi membantu kempen pilihanraya. Mereka perlu tanya diri mereka sendiri apabila GAMIS dan Kumpulan TBH ini sentiasa ada dimana - mana PRK. Adakah perkara tersebut dibenarkan? Apa logiknya? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Terima kasih kepada mereka yang terlibat.
--
Dicatat Oleh Blogger ke SEMUT HITAM di 11/05/2010 03:30:00 PM

Komen UMB:

Tahan la Skuad 1Malaysia ni turun betul - betul untuk 1Malaysia dan seluruh rakyat. Bukan sekadar memperjuangkan individu - individu tertentu sahaja. Sampai sanggup menjadikan orang yang dah mati sebagai modal berkempen dalam Pilihanraya, apa cerita?

No comments:

Post a Comment