CHANNEL UMB

Thursday, November 11, 2010

Anugerah ANAK Tak Mengenang Budi

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Berikut dipaparkan sedikit info mengenai 'Pejuang Felda' ini.


Inilah orang yang lupa daratan, umpama kacang lupakan kulit yang tak sedar diri akan asal usulnya. Membesar dengan duit FELDA tak kira la makan, pakai, belajar sampai sekarang terima elaun daripada FELDA tapi mengata buruk pada FELDA.

Pepatah melayu ada berkata, ibarat melepaskan anjing yang tersepit. Itulah sebenarnya yang boleh saya umpamakan dengan Ketua Pemuda PAS Johor dan juga Exco PAS Pusat Mazlan Aliman.

Kelmarin didalam sebuah akbar pro pembangkang iaitu Malaysiakini, Mazlan Aliman telah menyalahkan FELCRA yang kononnya telah menyeleweng didalam projek agropolitan di Pulau Bangi, Kudat Sabah.

Sebelum ini Mazlan juga telah menyerang FELDA dengan matlamat bagi memburukkan agensi tersebut. Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS ini kini bertindak pula "menyerang" FELCRA pula.

Saya percaya, tindakan Mazlan ini hanyalah bertujuan untuk membuatkan para peneroka FELDA dan FELCRA memusuhi kerajaan. Inilah yang sebenarnya dimahukan oleh Mazlan dan juga PAS.

Siapa Mazlan Aliman yang terlampau sibuk sangat menghentam FELDA dan FELCRA ni...? Jom kita tengok "sejarah" manusia yang wala' kepada PAS nih..

Mungkin ramai tak mengetahui Mazlan Aliman ni sebenarnya dilahirkan dan dibesarkan hasil dari duit FELDA. Dia merupakan anak kepada peneroka FELDA Bukit Ramun Johor.

Keluarga Mazlan mulai menyertai FELDA pada tahun 1969, dan kekal di Bukit Ramun sehinggalah Mazlan besar. Disini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa "darah FELDA" yang mengalir di setiap inci tubuh Mazlan tetapi dia masih tak sedar diri apabila "menderhaka" kepada FELDA.

Mazlan Aliman juga telah mendapat pendidikan di Universiti Pertanian Malaysia. Jadi, apa lagi yang dia tak puas hati dengan pihak kerajaan?

Terbukti selama ini juga, ahli PAS ini hidup senang hasil dari bantuan FELDA serta kerajaan Barisan Nasional. Mengapa Mazlan Aliman ini masih lagi tak sedar diuntung? Adakah kerana dia berkahwin dengan seorang guru PASTI, segala jasa dan juga bantuan kerajaan kepada dia dan keluarga dilupakan begitu saja?

Inilah contoh terbaik manusia yang digelar kacang lupakan kulit. Mazlan sanggup memperkudakan warga FELDA supaya memusuhi pihak kerajaan demi kepentingan politiknya didalam PAS.

Banyak lagi yang akan saya dedahkan sedikit masa lagi tentang Mazlan Aliman, manusia tak sedar diuntung semata-mata kerana "bertuhankan" PAS ini. Sudahlah tak tahu berterima kasih diatas segala bantuan yang kerajaan berikan, kini dia pula bertindak "menggigit tangan" orang yang pernah memberikannya makan.

Sumber dari MPP dan Empayar Pemuda.
Komen UMB:

Jadi sahlah, si Mazlan Aliman ini jenis manusia yang tak reti mengenang budi. Jenis manusia yang kita bagi bunga, tuba yang jadi balasan daripadanya. Beliau mengkhianati tangan yang memberinya makan selama ini. Umpama beliau derhaka kepada ibu bapanya sendiri macam si Tanggang.

Maka wajar bagi si Mazlan Aliman ini agar segera bertaubat. Bemuhasabah diri dan memohon keampunan dari Allah S.W.T dari terus membuat dakwaan demi kepentingan diri sendiri. Dia dah senang lenang dengan rezeki yang diperolehi dari Felda selama ini. Sanggup beliau biarkan orang lain merempat?

1 comment:

  1. Salam bro, apa yang menghairankan kawan, mengapa si Mazlan ANAK Jin ini tidak mahu membela nasib rakyat Kelantan di Gua Musang yang tertipu dengan janji-janji kerajaan PAS berhubung dengan 'Ladang Rakyat' ? Kalau benar si ANAK Jin ini berjuang untuk membela nasib rakyat seperti yang didakwa telah dianianya oleh FELDA, FELCRA DAN RISDA....

    ReplyDelete