CHANNEL UMB

Thursday, March 15, 2012

HOT! @rafiziramli BAYAR PULUHAN RIBU RINGGIT UNTUK INVOICE PERTUNANGAN ANAK PM ?, IDENTITI PEKERJA HOTEL BAKAL DIDEDAHKAN!

Good try-lah ! Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli diatas pendedahannya tentang kos perbelanjaan pertunangan anak perempuan Perdana Menteri yang kononya dibayar menggunakan wang kerajaan.

Cubaan kali ini oleh pakar pengarah strategi PKR untuk mengaibkan Perdana Menteri pula dalam kes penyelewengan seperti mana madus operandi sama digunakan untuk menyerang Ds Sharizat Jalil akan memakan dirinya sendiri.

Sehingga kini dokumen pembayaran atau invoice yang didakwa menggunakan wang kerajaan untuk majlis pertunangan itu gagal dikemukakan secara sah. 

Terkini rupanya rafizi mendapatkan maklumat tentang invoice tersebut dari seorang bekas pekerja hotel Shangri-la. 

Dengar khabar, Rafizi membayar sejumlah wang berpuluh ribu ringgit kepada gadis itu untuk mengambil invoice pembayaran sehingga salinan itu gagal dikesan oleh pihak pengurusan dan kewangan hotel.

Bagaimana pun identiti gadis yang merupakan bekas pekerja  Hotel Shangri-la telah penulis kenal pasti. 

Jika Rafizi gagal mengemukakan bukti dokumen kos pertunangan itu adalah duit kerajaan, bagaimana beliau berkuasa menyimpan invoice itu tanpa pihak hotel ketahui serta boleh berada ditangannya, penulis tidak beragak-agak untuk mendedahkan siapa gadis yang menyalurkan maklumat kepadanya.

Kepada pembaca budiman tunggu pendedahan eksklusif ini yang akan membogelkan siapa sebenarnya Rafizi kopi boy, dan berapa jumlah wang sebenar yang diberikan atas maklumat kepada si pemberi maklumat.

Untuk artikel seterusnya,penulis akan keluarkan nama penuh gadis tersebut dan beberapa keterangan mengenai gadis tersebut.

Isu Hudud: PR Didesak Beri Peringatan 'KERAS' Buat Nik Aziz

PAKATAN RAKYAT akan mengadakan mesyuarat berkenaan Hudud pada hari Rabu ini berikutan isu hudud yang dibangkitkan semula oleh Mursyidul Am PAS, Dato’ Seri Nik Aziz dan disokong oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi ditentang keras oleh DAP.
Mungkinkah Nik Aziz dan juga Anwar Ibrahim terlupa bahawa mereka kini adalah pemimpin Pakatan Rakyat dan bukannya PAS atau PKR secara berasingan?  Sebagai pemimpin Pakatan Rakyat mereka harus bertindak dan bersuara senada dengan parti sekutu iaitu DAP terutamanya mengenai hala tuju dan prinsip.
Dalam memperkatakan tentang hala tuju dan prinsip parti, semua pemimpin PR wajib merujuk kepada Buku Jingga yang sangat kita banggakan kerana ia bukan sekadar memaparkan manifesto tetapi juga merupakan dokumen lengkap atau ‘kitab’ rujukan dan panduan yang dipersetujui oleh semua  parti dalam Pakatan Rakyat.
Manakala, Nik Aziz dan juga Anwar Ibrahim kedua-duanya adalah pemimpin penting yang terlibat secara langsung dengan penyediaan Buku Jingga tersebut.
Oleh itu, kita tertanya-tanya apakah mereka berdua kini terlupa bahawa perlaksanaan Hukum Hudud langsung tidak disebut di dalam Buku  Jingga?
Dan lupakah Nik Aziz bahawa di dalam Muktamar PAS yang baru lalu, beliaulah yang mengumumkan bahawa PAS kini tidak lagi memperjuangkan Negara Islam tetapi Negara Berkebajikan?
Bagaimanakah agaknya respon rakyat melihat PAS sanggup mengkhianati keputusan Muktamar PAS sendiri yang mana ianya telah dipersetujui oleh semua perwakilan-perwakilan dari peringkat bawahan?  Dan apakah agaknya pandangan rakyat terhadap PR yang kini dilihat cuba menukar atau membakul-sampahkan manifesto sendiri?
Belum pun menjadi kerajaan, PR sudah menunjuk sikap kurang yakin dan gemar menukar-nukar pendirian dan keputusan parti.
Akibatnya, penyokong PR kini terpinga-pinga akibat diheret ke sana sini, dibawa berpusing-pusing, sekejap ke hadapan, sekejap ke belakang dan menukar haluan ke kiri kanan malah U-turn berkali-kali sehingga mereka pening dan bosan.
Jika kita sering tertanya-tanya kenapa BN terus berkuasa, jawapannya ialah kerana BN sentiasa konsisten dengan perjuangan mereka.   Tidak sukar untuk memahami hala tuju BN kerana ia sentiasa pasti.  Walaupun terdapat perbalahan antara parti-parti komponen namun ianya tidak pernah melibatkan hala tuju mahupun prinsip dan dasar parti.   Kerana itu, rakyat terus-terusan memberi sokongan kepada BN walaupun menyedari akan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam parti tersebut.
Manakala PR pula masih tidak mampu menjelmakan diri sebagai parti alternatif kepada BN.  Lebih teruk, PR semakin hari semakin ‘melonjak’ imejnya sebagai parti flip-flop.  Sehingga kini, walaupun setelah mendapat mandat di beberapa negeri, ketiga-tiga parti sekutu PR masih tercari-cari titik tengah persepakatan ini.
Dalam PAS dan PKR asyik tercari-cari ‘identiti diri’, hanya DAP yang kekal konsisten dalam perjuangan mereka.
Melihat dari segi ini, kita faham kenapa Lim Guan Eng bagaikan sudah hampir putus asa untuk terus bekerjasama dengan PAS.  Lim Guan Eng telah mengugut bahawa DAP akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya PAS meneruskan hasrat melaksanakan hudud.
Walaupun kita juga faham bahawa ugutan tersebut hanyalah berupa  ‘gertakan’ kerana tidak mungkin mana-mana pemimpin politik di Malaysia akan melepaskan jawatan kerana tidak setuju dengan orang lain, namun itu tidak bermakna kita harus mengambil mudah soal manifesto, hala tuju dan prinsip parti.
Untuk itu, kita harap Lim Guan Eng dapat memberi peringatan keras kepada Nik Aziz dan juga Anwar Ibrahim agar kembali kepada Buku Jingga demi keutuhan parti Pakatan Rakyat.
Ps: Sebab itulah PAS tidak menjadikan Hukum Hudud sebagai salah satu Manifesto Pilihan Raya mereka yang akan datang.

PKR Desak Dr. Che Rosli Dipecat!!!

PAKATAN RAKYAT sentiasa komited dan konsisten dalam menentang kerajaan yang hanya mementingkan material tanpa mengira kesannya kepada rakyat.  Selaras dengan komitmen ini, PR telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi bagi memastikan keselamatan penduduk dan alam sekitar dari bahaya pencemaran radioaktif.
Kesungguhan PR diterjemahkan melalui protes dan demonstrasi serta majlis-majlis penerangan bagi menyampaikan maklumat sebenar mengenai bahaya Lynas kepada rakyat.  Namun, segala usaha PR ini terbantut apabila Ahli Parlimen PAS, Che Rosli Che Mat bertindak membela Lynas.
Pada 24 Ogos tahun lepas, Che Rosli dalam satu program dengan TV3 telah menyatakan bahawa penduduk sekitar tidak harus bimbang tentang keselamatan mereka kerana pertuduhan mengenai bahaya kilang Lynas adalah tidak berdasarkan fakta saintifik dan tidak langsung bersifat akademik.
Dalam ertikata lain, Che Rosli seolah-olah ingin menekankan bahawa segala bantahan yang dikemukakan oleh PR dan para pencinta alam terhadap Lynas hanyalah bersifat politik.
Tindakan Che Rosli ini jelas merupakan pengkhianatan terhadap bukan sahaja parti tetapi terhadap rakyat keseluruhannya.
Hujah Che Rosli bahawa kenyataan beliau di dalam TV3 adalah berasaskan kapasiti dirinya sebagai seorang saintis iaitu bekas pensyarah sains nuklear, dan bukan sebagai seorang ahli politik dilihat sebagai peluru tepat kepada PR dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, khasnya yang lantang menjuarai penentangan Lynas.
Kita tidak faham sikap Che Rosli ini iaitu sama ada beliau masih bersama PR atau tidak.  Jika benar beliau masih setia kepada parti, kenapakah beliau dengan sengaja telah memberi peluru kepada BN untuk menembak PR?
Che Rosli harus faham bahawa walaupun beliau seorang saintis, beliau juga seorang ahli politik dalam PR dan beliau tidak boleh mengambil pendirian yang bertentangan dengan parti dan perlu lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan dan pendapat.
Kedudukan beliau sebagai saintis tidak boleh memadamkan hakikat bahawa beliau juga seorang ahli politik.  Justeru, dalam isu Lynas ini, jika beliau mempunyai pendapat yang berlainan, beliau seharusnya mengelak dari membuat kenyataan langsung selagi pendapat beliau tidak dibahaskan dan diputuskan oleh parti.
Apa yang beliau lakukan merupakan tamparan yang hebat sekali di mana PR kini kehilangan hujah bernas untuk terus menentang Lynas.  Apatah lagi apabila pihak berkuasa berkaitan atom dan nuklear antarabangsa turut menyokong bahawa Lynas tidak merbahaya, maka apakah lagi modal PR untuk menghentikan operasi Lynas dan menyelamatkan rakyat dan alam sekitar di Gebeng?
Bukankah ini satu kerugian kepada PR di kala PRU semakin dekat?  Kerana Che Rosli, PR kini dilihat sebagai parti yang hanya mementingkan politik dan segala penentangan terhadap Lynas hanyalah gimik semata-mata.
Memandangkan tindakan Che Rosli telah menyebabkan PR kerugian besar dari segi modal politik dan mungkin juga kehilangan begitu banyak undi, maka laman Suara PR merasakan wajar sekiranya riwayat politik Che Rosli ini ditamatkan sahaja dengan seberapa segera.
Ini kerana tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu Lynas adalah penentu hidup dan mati PR dalam PRU akan datang.

Friday, May 27, 2011

KENYATAAN AKHBAR BUAT FUZIAH!!!

Fuh!!! Makin hari, makin menggila Si Fuziah 'Reaktor' ni dibuatnya. Awal tadi, diorang nak buat bantahan kononnya di Masjid Batu Hitam dekat Kuantan.

Tapi dengar kata tak jadi sebab pihak Polis memang selalu solat Jumaat kat situ. Nak pulak lepas Jumaat tadi, keluar pulak laporan berikut.
Harap - harap, tak jadi gila terus la Si Fuziah 'Reaktor' dengan adanya laporan ni. Jangan la dia melalak - lalak macam orang gila kat tengah - tengah jalan selagi keputusan IRA tak dikeluarkan.

Tapi Semut yakin, walaupun ada kenyataan tersebut dibuat oleh MITI, Si Fuziah 'Reaktor" ni tetap akan meroyan jugak. Tak kira la sama ada laporan tu dikeluarkan atau tidak, dia memang gila.

Dia gila menyusahkan orang. Jadi ahli Parlimen, tapi gila glamer. Bila nak buat kecoh, menimbulkan huru - hara tak tentu arah, baru la nampak batang hidung dia.

Mengkala nak menjenguk rakyat, mengetahui masalah yang diorang hadapi, kirim salam je la. Jangankan batang hidung, bayang - bayang dia pun tak nampak. Buat menyemak je yang ditaunya. Lepas tu menipu orang. Macam Sial!!!

Thursday, May 26, 2011

NAH, BACA!!!

"...Hish! Rosak Program Aku. Macam Mana Nak Tipu Rakyat Ni???..."

Hah! Ni berita terkini yang memang dikhaskan buat Si Fuziah 'Reaktor' tu agar dia dapat bertenang daripada meroyan tak tentu arah.


Harap - harap lepas ni, dia dan konco - konco dia tak de dah buat kerja - kerja bangang dengan menakut - nakutkan orang tak tentu pasal.

Kalau ada jugak, memang sah la Si Fuziah 'Reaktor' ni sedang mengalami sakit otak akibat terkena radiasi yang berlebihan. Maklum la, Ahli Parlimen dari Parti Kencing Rakyat.

Lain la kalau dia dan konco - konco dia tu tak faham bahasa Melayu. Kalau tak faham bahasa Melayu, memang jelas la dia dan konco - konco dia bangang.

Jangan marahkan orang pulak kalau kata dia bangang dan sebagainya. Dah kerja dia pun asyik nak menipu rakyat je, tak ke bangang namanya tu???

Monday, May 9, 2011

FUZIAH 'REAKTOR' TERUS MEROYAN SORANG - SORANG!!!

Ini satu benda yang pelik dan aneh dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen. Nama wakil rakyat tapi tindakan dia tidak menggambarkan lansung dia layak untuk duduk dikerusi tersebut.

Mana tidaknya. Dia hanya pandai memainkan sentimen dikalangan rakyat sahaja. Tapi 'mengkala' nak cari jawapan dan jalan penyelesaian, tidak sama sekali.

...Ketua Polis Daerah Kuantan terpaksa turun untuk menyuraikan perhimpunan Haram di Kawasan Teluk Chempedak...

Dah berapa kali dah dilaporkan bahawa Si Fuziah 'Reaktor' ni mengelak untuk bertemu dengan Pengarah IAEB untuk diberikan penjelasan? Rasanya dah lebih daripada 10 kali.

Setiap kali Pengarah turun bersama dengan wakilnya ke Parlimen, waktu tu jugak Fuziah tak ada di Parlimen. Bila nak diaturkan temujanji, dia asyik mengelakkan diri.

Konon kata dia banyak kerja dan sibuk menguruskan hal ehwal rakyat KONONNYA. Hal ehwal rakyat apa yang dia sibuk sangat tu?

...Ini je penyokong yang dia ada??? Mana orang lain???...

Malah wakil rakyat untuk Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Beserah pun tidak banyak membantu bila dia kantoi tidur dalam sidang Dewan sewaktu penjelasan dibuat mengenai isu Lynas ni.

Laporan terkini juga mengatakan bahawa Si Fuziah 'Reaktor' ni tidak hadir dalam sidang ICAPP yang turut membincangkan soal Bencana Alam dan Pemuliharaan Alam Sekitar.

Tapi dia masih jugak nak tunjuk Hero kononnya dia pembela kepada Alam Sekitar dengan mengadakan siri demonstrasi secara haram di Kuantan.

...Dia bagi bunga? Menda jadahnya dia bagi bunga????...
...Bagi penjelasan kenapa dia tak jumpa dengan Pengarah IAEB tu, Bukan bagi bunga!!!...

Tujuannya hanya satu. Untuk menimbulkan huru hara dan kacau bilau serta memberi maklumat palsu kepada rakyat.

Penyokong dia pun bukan ramai sangat. Tak sampai 100 orang pun. Itu pun dikalangan mereka yang tak tahu apa yang dia buat sebenarnya.

Satu soalan yang perlu ditanya oleh pengikut - pengikut Si Fuziah 'Reaktor' ni ialah, kenapa dia tak pergi berjumpa dengan pengarah IAEB untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara sebenar?

Kenapa dia asyik mengelakkan diri dan tidak hadi dalam mana - mana sesi taklimat penerangan mengenai perkara tersebut?

Itu soalan yang perlu dijelaskan oleh Fuziah 'Reaktor' ni kepada rakyat. Bukan buat dakwaan yang bukan - bukan!!!

Ps: Gambar dan artikel ini dihantar oleh penduduk-penduduk disekitar kawasan Kuantan melalui email.

Sunday, May 1, 2011

JANGAN JADI BODOH SOMBONG!!!


Inilah masalahnya bila kita bercakap dengan orang yang mengaku diri mereka lebih cerdik dari orang lain. Semua yang orang lain buat, semua tak betul.

Yang betul diorang je sebab diorang mengaku kata diri diorang lebih bijak. Siapa yang mempertikaikan mengenai hubungan diantara DAPigs dan PAS ni tak dibenarkan dalam Islam?

Bila baca semula kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden sebuah parti yang memperjuangkan Islam, kita dapat lihat apa perjuangan mereka yang sebenarnya.

Kata Hadi Awang, kerjasama  PAS dalam Pakatan Pembangkang itu selama ini dibuat atas nama Tahluf Siyasi atau dikenali sebagai kerjasama Politik.

Kerjasama Politik ini dibenarkan dalam Islam dan tidak menggadaikan prinsip. Prinsip apa yang dipegang oleh puak - puak Parti Angguk Saja ni?

Itu persoalan utamanya. Bukankah dasar perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam dan menyebarkan Syiar Islam di Malaysia ini?

Atas sebab dasar perjuangan itulah, Semut masuk PAS dulu. Tapi apabila PAS sendiri menggadai perjuangan tersebut, maka sebab itu juga la Semut tinggalkan PAS dulu.

Dah jelas, PAS hanya mempergunakan Islam sebagai alat untuk perjuangan mereka. PAS gunakan Islam ikut apa yang mereka rasa betul. 

PAS tak ambik keseluruhan intipati perjuangan Islam, tapi mereka ambik apa yang menguntungkan mereka sahaja demi untuk menegakkan benang yang basah.

Itu satu kenyataan dan hakikat yang tak dapat disangkal oleh PAS. Jika tidak, mana mungkin Hadi Awang boleh keluar kenyataan seperti ini:
“Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan" - Haji Hadi Awang.
Dia bukan mempertikaikan UMNO tidak memperjuangkan dan memartabatkan Islam di Malaysia ni. Dia hanya menuntut royalti minyak semata - mata.

Yang paling memalukan ialah apabila soalan mengenai berapa ramai orang yang dah ditarbiahkan oleh PAS dalam Pakatan Pembangkang itu untuk menerima Islam tidak dapat dijawab.

Mereka hanya mengalihkan soalan tersebut kepada isu - isu yang tak masuk akal macam isu Royalti Minyak ni. PAS perjuangkan Islam atau perjuangkan duit royalti minyak?

Bagi lah apa alasan sekali pun, yang jelas dan nyata, PAS tidak memperjuangkan Islam sejak mereka bersama - sama dalam Pakatan Pembangkang.

Perpaduan Ummah ditolak. Yang pentingnya bagi mereka ialah dendam kesumat diantara segelintir pemimpin yang menjadi bahan utama dalam perjuangan mereka.

Apa kelebihan yang PAS miliki sepanjang mereka sertai Pakatan Pembangkang? Yang nampak jelasnya, mereka hanya jadi Pak Angguk Saja kepada setiap tindakan yang dibuat oleh DAPigs dan PKR.

Malah bila Si Ketua Penipu itu dibalun oleh segenap lapisan rakyat Malaysia, PAS hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh. 

PAS hanya buat bodoh bila DAPigs mempertikaikan hak orang Melayu Islam di Malaysia ni. Lagi PAS nak kata diorang memperjuangkan Islam? 

PAS tak mampu nak tolak hakikat bahawa mereka hanya diperalatkan oleh DAPigs untuk memecah belahkan orang Melayu Islam di Malaysia ini. 

Tapi hakikat itu jelas. Rakyat tolak PAS atas sebab itu sahaja. Sebab itu PAS GAGAL merebut sebarang kerusi dalam Pilihanraya Negeri Sarawak baru - baru ini.

Jangan la nak kelentong rakyat. Rakyat tak sebodoh itu nak terpedaya dengan permainan PAS yang menjadikan Islam sebagai alat dalam kepentingan Politik mereka!!!