CHANNEL UMB

Wednesday, February 23, 2011

KERDAU: PAS KENA SEPAK GABAN!!!


Lepas Ultra Man, Gaban pulak ambik giliran menyerang puak - puak Pakatan Pembangkang ni.  Mana taknya kalau dah perangai masing - masing mengalahkan raksasa Godzilla yang mengamuk di bandar Tokyo.

Nak harapkan orang bercakap dengan diorang ni, memang tak jalan dah nampak gayanya. Jadi sebab tu la watak - watak Jepun ni ambik tindakan tersebut.

Nak pulak puak - puak Parti Angguk Saja tu. Sebelum ni diorang tuduh UMNO tak ambik berat lansung terhadap pendidikan Islam.

Konon diorang  buat dakwaan terhadap Tun Mahathir yang bertindak memansuhkan bahasa Jawi telah mengakibatkan lahirnya Generasi yang buta agama.

Tapi selepas menamakan calon untuk Pilihanraya Kecil DUN Kerdau nanti, terbukti dakwaan mereka itu jauh meleset.



Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, anak kelahiran Kuala Tekal itu merupakan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Pahang.

Beliau juga merupakan salah seorang bekas pelajar dari Universiti Al - Azhar, Mesir itu cukup terkenal dikalangan penduduk di dalam kawasan Kuala Krau dan Kerdau terutamanya.

Secara tak lansung, menurunkan beliau sebagai calon bagi kerusi DUN Kerdau ini memberi tamparan hebat kepada PAS yang bangga mendakwa mereka pejuang Islam yang sejati.

Bukan Nik Aziz je yang belajar di Universiti Al - Azhar. ramai lagi orang lain yang pergi menuntut di universiti tu. 

Dan ini jugak menjelaskan bahawa tak semestinya masuk PAS je boleh jadi celik agama. Tak perlu masuk PAS untuk memahami Islam.

Ia juga turut menjelaskan hakikat bahawa PAS hanya menjadikan Islam sebagai alat dalam propaganda politik mereka. Bukan nak perjuangkan Islam sangat pun. Ceit!!! Pigidah!!!

Monday, February 21, 2011

DUN KERDAU: PENGUNDI BUKAN MELAYU TOLAK PAS!!!


Belum pun sesi berkempen bermula, sudah ada cerita dikalangan pengundi yang menolak PAS sebagai wakil rakyat mereka.

Terutama sekali dikalangan pengundi bukan Melayu yang ada disekitar kawasan. Mereka bukan sahaja tidak percaya kepada perjuangan PAS, malah pendirian parti itu juga turut diragui.

Nak pulak lepas PAS anjurkan konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa baru - baru ni. Timbul keraguan dalam hati mereka yang PAS hanya nak perjuangkan Melayu.



Dengan adanya konvensyen tersebut, PAS secara tidak lansung telah mengenepikan kaum - kaum lain yang ada di Malaysia ini.

Termasuk la Cina, India, Masyarakat Orang Asli, Singh dan sebagainya kerana jelas kaum itu tidak menjadi keutamaan bagi PAS.

Dan mereka juga jelas nampak sikap retorik yang diambil oleh pemimpin PAS yang kononnya mahu melakukan perubahan jika mereka mendapat kuasa.

Bagi mereka, PAS hanya wayang sahaja kata mereka rapat dengan kaum bukan Islam. Malah wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS itu hanya bersifat superficial.

Jika benar PAS adil kepada semua bangsa tanpa mengira kaum, kenapa tidak mereka jadikan kaum - kaum lain yang menganggotai DHPP itu menjadi calon mereka? Kenapa PAS tidak menjadikan Ketua Dewan tersebut sebagai Naib Presiden secara automatik?

Dan mereka juga turut mempersoalkan tindakan PAS yang mengadakan Konvensyen Pengupayaan Bangsa untuk Melayu sahaja. Adakah selepas ini PAS akan buat pulak konvensyen untuk kaum lain?

Jelas, rakyat sudah mampu menilai bahawa perjuangan PAS hanya kosmetik semata - mata. Bak kata Tun Mahathir, PAS hanya sebuah parti oppurtunis, bukan seperti apa yang mereka katakan.

Konon mereka mengaku kata pejuang Islam dan pejuang rakyat. Tapi hakikatnya, rakyat lah yang mereka pinggirkan. Yang jadi keutamaan bagi PAS hanya kuasa semata - mata.

Ingat rakyat ni bodoh sangat ke, tak nampak apa yang nak mereka perjuangkan? Ceit!!! Pigidah!!!

GEMPAR!!! FAUZI PENDEK MENGHILANGKAN DIRI!!!


Ini berita tergempar yang diterima. Pengerusi PKR Negeri Pahang tu katanya dah menghilangkan diri. Jangankan rupa, bayang pun tak nampak dah. Mana dia pergi entah la.

Sejak dari mula kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau diumumkan kosong hari tu, sampai hari ni, batang hidung si Fauzi Pendek tu tak nampak lansung. Apa dah jadi dengan dia?

Mungkin dia malu dengan pengikut - pengikut dia di Negeri Pahang kot. Sebab nama dia tidak tersenarai dalam nama calon yang akan bertanding di DUN Kerdau nanti.

PAS katanya akan memuktamadkan calonnya yang bakal bertanding di kerusi Kerdau Selasa ini selepas tiga nama calon diperakui oleh Dewan Harian parti itu semalam.

Bagaimana pun, Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Kuala Krau turut dinamakan sebagai salah seorang calon bagi kerusi DUN tersebut.

Konon, katanya nama beliau terselit sebab beliau lebih popular dikawasan tersebut dan juga dikenali di Negeri Pahang.

Wah, memang sah la tamak puak - puak Parti Angguk Saja ni rupanya. Semua dia nak sapu. Merlimau dia nak, Kerdau pun dia nak.

Dengar kata, ada juga ura - ura PKR akan boikot kempen yang akan diadakan dikedua - dua kawasan Pilihanraya Kecil tu nanti.

Terutamanya di Kerdau sebab mereka tidak lansung dipanggil untuk berbincang mengenai soal siapa yang perlu diletakkan sebagai calon bagi DUN tersebut.

Itulah kerja puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Berebut kerusi je kerjanya selain menipu rakyat. Kerja lain takde. Menipu je kerjanya. Pejuang rakyat konon. Ceit!!! Pigidah!!!

Saturday, February 19, 2011

TUAN IBRAHIM CARI PEMAIN IMPORT!!!

..."Aiseeh, Serentak Pulak. Mana Nak Cari Pemain import Ni???"...

Hah, mana lagi penting? Tempat orang ke atau tempat sendiri? Kalau tanya pada puak - puak Parti Angguk Saja ni, dah tentu la tempat orang.

Diorang ikut betul kata pepatah. Hujan emas di Negeri orang. Hujan batu di Negeri sendiri. Dari ditimpa batu, baik la kutip emas.

Al maklum la. Puak - puak PAS ni kan memang suka meminggirkan kawasan sendiri. Macam kata peribahasa, kera dihutan diberi susu, anak dirumah mati tak makan.

Sekarang ni katanya Tuan Ibrahim Tuan Man sedang dilanda dilema dan kemurungan akibat tindakan Suruhanjaya Pilihanraya.

Beliau yang dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Merlimau katanya dah telan panadol sepapan memikirkan masalah Negara yang baru muncul tadi.

SPR malam tadi telah mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil DUN Kerdau akan diadakan serentak dengan PRK Merlimau.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media sebentar tadi.

Mau tak pening kepala Pesuruhjaya PAS Pahang tu. Tapi apa nak heran. Pemain 'import' diorang kan ramai.

Jadi pilih je sesiapa pun 'orang luar' boleh ganti tempat dia. Lagi pun orang tempatan ni mana ada kelas nak jadi Pengarah pilihanraya. Macam tak biasa la pulak. Rakyat tempatan memang selalu dipinggirkan. Tak gitu Tuan?

Thursday, February 17, 2011

PAS PARTI TAMAK!!!


Memang sah la. Dalam banyak - banyak parti diantara Pakatan Pembangkang yang memang tak berapa banyak tu, PAS yang paling buruk perangai.

Sebab ahli dan cawangan dia banyak, maka sebab tu la dia boleh berlagak. Berlagak pulak dengan geng sendiri. Entah apa - apa.

Dah la buruk perangai, tamak pulak tu. Semua Pilihanraya Kecil dia nak sapu. Tak kira la kat mana sekali pun, semua dia je yang nak bolot.

Dah 14 Pilihanraya kecil berlansung termasuk di Merlimau yang akan bermula hujung bulan nanti. Berapa banyak dah PAS tawar diri untuk bertanding?

Tujuh kali. Hampir separuh dari jumlah keseluruhan. Tak tamak ke namanya tu? Dan berapa kali dia menang? Baru 4 kali. Dua kali kalah ditangan BN. Tunggu kekalahan kali ketiga pulak.

Itu pun dia tak puas hati lagi. Nak jugak dia bertanding di Dewan Undangan Negeri Kerdau nanti. 

Tak sempat pun SPR umum bila tarikh PRK itu akan diadakan, diorang dah siap ada senarai  nama calon yang akan dibincangkan.

Bukan satu, bukan dua. Tapi lima nama yang diketengahkan untuk menjadi calon. Nampak sangat gila kuasanya diorang ni.

Tak bagi peluang lansung untuk parti komponen lain nak masuk bertanding. Memang patut la si Azmin Ali turut mempertikaikan Parti Angguk Saja ni.

Gila Tamak! Tapi nama je pejuang Islam. Perangai mengalahkan setan belaka. Baik kuburkan aje PAS ni daripada terus menyusahkan Pakatan Pembangkang. Ceit!!! Pigidah!!!

Saturday, February 12, 2011

Al - Fatihah Buat Allahyarham ADUN Kerdau

Kolu innalillah, wainna lillah hirojiun. Sesungguhnya, setiap yang hidup itu pasti akan mati. Dari Allah kita datang, dari Allah jua bakal dikembalikan.

Diberitakan sebentar tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau, Pahang telah kembali ke rahmatullah jam 6.30 petang tadi.

Laporan tersebut turut disahkan oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Dato' Ismail kepada pihak Agenda Daily.

Beliau sebelum ini kerap kali dirawat di Unit Rawatan Rapi, namun masih berada dalam keadaan stabil.

Beliau mewakili Barisan Nasional bagi kawasan Kerdau yang turut berada dalam kawasan UMNO Bahagian Kuala Krau.

Semoga roh beliau dicucuri Rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman. Insya Allah. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Program Ramah Mesra Pemuda UMNO Bahagian






Program ini diadakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bentong bagi mendekati Pemuda - Pemuda di cawangan dalam Bahagian Bentong.

Ianya memenuhi hasrat Presiden UMNO Malaysia yang turut menggesa kepimpinan disemua peringkat agar kerap turun ke padang.

Sesuai dengan Dasar Tranformasi Politik, maka langkah ini dilihat sebagai satu inisiatif baru yang diambil oleh Pemuda UMNO Bahagian.