CHANNEL UMB

Tuesday, January 11, 2011

GEMPAR!!! KJ CABAR ANWAR BERDEBAT!!!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Inilah akibat kerana mulut badan binasa. Bila orang cabar dia, tak berani pula beliau nak jawab. Mencabar orang bukan main lagi.

Si Ketua Penipu Rakyat, Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan cabaran berdebat dengan Perdana Menteri mengenai hal ekonomi Negara.

Tujuan cabaran itu adalah untuk menentukan siapa yang mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk Negara.

Menurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima perlawaan berdebat kerana Najib seringkali mempersoalkan dan memperlekeh dasar Pakatan serta perangkaan ekonomi dalam rancangan 100 hari mereka.

Walaubagaimana pun, dalam laman twitter hari ini, YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut mengeluarkan cabaran yang sama kepada Ketua Penipu Rakyat itu.

Khairy turut menyatakan kewajaran bagi Anwar menyahut cabaran itu kerana beliau seorang pemimpin yang berkaliber.

Macam mana Anwar? Beranikah beliau menyahut cabaran Ketua Pemuda UMNO itu? Atau beliau akan terus beralasan semata - mata untuk mengelakkan diri? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
--
Dicatat Oleh Blogger ke SEMUT HITAM di 1/11/2011 04:00:00 PM

Komen UMB PPU Pahang:

Kena tengok, Anwar berani atau tidak sahut cabaran Khairy. Dulu dia pernah cabar Tun Abdullah, tapi Shabery Cheek yang sahut. Dia terima. Kali ni macam mana? Ada berani ke tidak?


Friday, January 7, 2011

DAP & PKR KETAR LUTUT!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Hanya sebab Mursyidul Am PAS, Nik Aziz menghadiri jamuan santapan DiRaja yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, DAP dan PKR dah mula ketar lutut.

Barisan kepimpinan kedua - dua parti mula mendesak agar pemimpin PAS menjelaskan kepada komponen Pakatan mengenai status sebenar.

S. Manikavasagam turut menyatakan bahawa PAS perlu menghormati komponen lain dalam Pakatan. Beliau turut mendakwa tindakan PAS itu hanya akan menjejaskan perikatan mereka.

Lihat sahaja bagaimana reaksi mereka tatkala Perpaduan Ummah diantara Melayu dan Umat Islam mula menampakkan bibit - bibitnya.

Jelas mereka tidak mahu Melayu dan Umat Islam di Malaysia ini bersatu padu diantara satu sama lain.

Macam penjajah British juga rupanya pendirian mereka ini. Dasar pecah dan perintah diamalkan secara terang - terangan.

Itupun masyarakat masih tidak mampu menilainya?

Thursday, January 6, 2011

MB Selangor Patut Letak Jawatan!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

UMB Pergerakan Pemuda UMNO Pahang mengucapkan tahniah kepada Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) atas tindakan berani mereka.

Ribuan himpunan anak - anak muda Selangor berhimpun bagi menyatakan pendirian mereka terhadap sikap Menteri Besar Selangor itu.

Jelas, tindakan Khalid Ibrahim serta puak - puak pembangkang terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru menjejaskan kredibiliti mereka sendiri.

Malah mereka juga dilihat seperti sengaja memperlekehkan kakitangan awam di Negeri tersebut.

Maka desakan GAPS dan NGO - NGO lain patut direnungkan. Khalid Ibrahim yang gagal mentadbir Negeri itu perlu meletakkan jawatan dengan segera!!!

Thursday, December 30, 2010

Kepimpinan Yang Wajar Di Contohi

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Bukan hendak mengampu. Jauh sekali untuk mengipas. Tetapi ianya adalah satu tindakan wajar yang harus diberikan pujian.

Walaupun usia muda, namun keprihatinan yang ditunjukkan serta kebertanggungjawaban seperti ini boleh dijadikan teladan.

Rasanya tidak ramai anak - anak muda yang mempunyai sikap prihatin seperti ini. Apatah lagi sekiranya mereka sudah menjadi orang bergelar.

YB Supian jelas prihatin dengan masyarakat setempatnya, walaupun beliau hanya memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda sahaja.

Tetapi sikap beliau untuk turun ke padang bertemu dengan mangsa yang terlibat mampu mempamerkan jati diri yang baik serta menjadi teladan buat generasi muda yang lain.

Semoga apa yang beliau lakukan ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Insya Allah.

AMARAN BANJIR!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.
Berita terkini yang kami terima dari sumber - sumber UMB sekitar Negeri Pahang hari ini ialah berkenaan hujan berterusan sepanjang hari mungkin akan mengakibatkan banjir di beberapa tempat.
Beberapa tempat dimaklumkan sudah pun dinaiki air seperti di kawasan Bukit Pelindung di Kuantan.
Turut dilaporkan terdapatnya kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Sekilau.
Laporan dari UMB Indera Mahkota menyatakan setakat ini, sudah 50 mangsa banjir sekitar kawasan Sungai Karang Darat sudah dipindahkan ke SK Sungai Karang.
Sebarang makluman mengenai banjir dikawasan berkenaan diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan Banjir di Majlis Perbandaran Kuantan.

Thursday, December 23, 2010

Kenapa Guan Eng Masih Diam???

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Pelik pulak tengok 'peel' budak sorang ni. Kalau dulu pantang sekejap, nak saman orang itu dan ini. Tapi bila didedahkan perkara ini kenapa dia diam?

Dah takde suara dah ke nak bercakap atau mengutuk serta mengkritik orang? Mari kita kupas satu - satu.

Pertama pendedahan yang dibuat oleh Zulkifli Noordin mengenai penglibatan anak Lim kit Siang ni dalam isu Liwat oleh Ketua Penipu Rakyat, Anwar Ibrahim.

Katanya, Guan Eng pernah bersama - sama mempersoalkan perkara tersebut dalam sidang Parlimen pada tahun 1997. Beliau turut mendesak agar Kerajaan Pusat pimpinan Tun Mahathir menyiasat perkara tersebut.

Semalam, Karpal Singh mengaku dia juga pernah mendesak Kerajaan Pusat menyiasat dakwaan tersebut pada tahun 1997 setelah beliau bertemu dengan Azizan.

Jadi, sekarang, kenapa si Karpal Singh dan Guan Eng senyap pula? Adakah pendirian mereka hari ini tidak sama seperti dulu? Apa yang membuatkan mereka berubah?

Kedua, isu kerakyatan yang dipertikaikan oleh Guan Eng. Perkara ini didedahkan oleh Minda Intelek Melayu.

Kenyataan yang jelas menyebut, "Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah)" telah dinafikan oleh Setiausaha Akhbar Guan Eng.

Kenapa Guan Eng tidak ambil tindakan kalau ianya benar - benar satu pembohogan? Wah, kalau sebelum ini hebat sangat kata nak saman itu ini. Tapi alih - alih, diam membisu ni apasal?

Fwd: [SEMUT HITAM] Karpal Mengaku Dia Tahu???

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Satu lagi pendedahan menarik yang dikeluarkan oleh Malaysian Instinct hari ini berkenaan dakwaan sama ada Pengerusi DAP Pusat itu tahu atau tidak penglibatan Anwar dalam kes Liwat pada tahun 1997.

Si Karpal Singki Pecah itu menyatakan semalam bahawa pada tahun 1997, beliau pernah meminta kepada pihak Kerajaan untuk menyiasat dakwaan berkaitan Anwar dengan aktiviti luar tabiee.


Beliau membuat desakan terhadap dakwaan tersebut kononnya atas kapasiti sebagai ahli Parlimen Pembangkang waktu itu.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau telah berjumpa dengan pemandu peribadi Anwar, Azizan Abu Bakar dan beberapa individu lain berkenaan dakwaan tersebut.

Azizan merupakan saksi dan juga mangsa perbicaraan kes Liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dan 1999.

Beliau telah membuat pengakuan dalam Mahkamah dengan menyatakan bahawa beliau telah berulang kali di liwat oleh Anwar.

Walaubagaimana pun, kata Karpal Singki Pecah itu Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu menolak dakwaan tersebut.

Memanglah Tun tolak kalau sekadar cakap sahaja. Kenapa si Karpal Singki Pecah itu tidak membuat siasatan mengenai kesahihan perkara itu ketika kali pertama beliau mendengar mengenainya?

Bukankah beliau seorang peguam dan tugas peguam adalah untuk mencari kebenaran? Bukan sekadar bercakap sahaja.

Ironiknya, dia juga yang beria - ia mendesak pihak Kerajaan menyiasat dakwaan berkenaan pada ketika itu. Tetapi kemudian berubah menjadi penyokong tegar si Ketua Penipu itu pula.

Dia tahu Anwar meliwat, tetapi tetap mempertahankannya? Tidakkah rakyat hairan dengan tindakan dan pendirian beliau itu? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
--
Dicatat Oleh Blogger ke SEMUT HITAM di 12/22/2010 06:30:00 PM

Komen UMBPPU Pahang:

Ibarat kura - kura dalam Perahu. Karpal sengaja buat tak tahu. Singa dah jadi Kura - Kura pulak ye? Hancurlah Pakatan haram ni.

Yang salah dibenarkan pula? PAS apa cerita? Takkan diam sahaja? Mat Sabu tak nak bersuara ke?