CHANNEL UMB

Tuesday, July 13, 2010

Orang UMNO Jangan "SYOK SENDIRI"

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.


Dalam Buletin Utama jam 8 malam tadi disiarkan ucapan dari DS Nagib dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO. Tak sempat pula nak mendengar dimana Majlis itu berlansung.

Namun, intipati berita tersebut amat mudah difahami oleh semua orang.

Presiden UMNO menjelaskan bahawa orang UMNO hari ini jangan ada sikap 'Syok Sendiri'. Mereka perlu menjalankan tugas mengikut keperluan semasa, bukan sekadar memenuhi syarat semata - mata.

Dengar khabar dari sahabat baik di Bentong dimana Ketua UMNO Bahagian juga mengingatkan ahli serta kepimpinan bahagian turut mengambil sikap yang sama iaitu tidak syok sendiri.

DS Adnan turut menyatakan bahawa ahli UMNO hari ini lebih suka ambil mudah tentang sesuatu perkara dan tidak menampakkan kerisauan terhadap ancaman kepada bangsa Melayu itu sendiri.

Ini berikutan jumlah ahli UMNO yang tidak mendaftar diri sebagai pengundi sangat ramai. Keadaan ini seterusnya akan membawa kepada kemenangan 'Marginal' atau kemenangan tipis Barisan Nasional dalam Pilihanraya akan datang.

Seperti mana yang selalu diulangi oleh Semut sebelum ini, ianya tidak menghairankan sekiranya bilangan pengundi bukan Melayu melebihi bilangan Melayu itu sendiri.

Maka, jesteru itu pendekatan baru perlu diambil bagi menangani masalah ini. Tidak kira sama ada dari parti mana sekali pun, yang penting Melayu perlu memahami tanggungjawab masing - masing terhadap Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Terutama dikalangan anak - anak muda hari ini yang perlu diberitahu tentang kepentingan mengundi.

Ini tidak. Asyik sibuk nak buat program besar - besaran tanpa ada sebarang sasaran tertentu. Sebagai contoh buat program Juara Rakyat yang membelanjakan puluhan ribu ringgit tetapi bilangan pengundinya tidak sampai angka puluh pun. Hanya sekadar pada angka belasan sahaja.

Adakah dengan keadaan ini yang berterusan, senario politik semasa semasa akan berubah?

Thursday, July 8, 2010

1Pasukan, 1Striker

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Dibawah adalah email yang diterima dari Bentong hasil Nukilan Picisan Dari Bentong:

Demam Piala Dunia sudah sampai ke kemuncaknya. Pertarungan akhir diantara Belanda menentang Sepanyol amat dinanti - nantikan oleh ribuan peminat bolasepak di Malaysia.

Melihat perlawanan demi perlawanan diantara pasukan yang menyertai saingan Piala Dunia ini, banyak perkara yang boleh kita pelajari. Itu pun kepada mereka yang mahu berfikir mengenainya.

Cuma yang saya lihat, kebanyakkan negara dalam saingan kali ini hanya bergantung kepada keupayaan pemain - pemain utama atau 'keyplayer' semata - mata. Jentera - jentera lain seolah - olah tidak memainkan fungsi mereka dengan betul dan sempurna.

Sebagai contoh Cameroon yang menjadikan Eto sebagai tonggak utama. Maka kecacatan dalam jentera serangan mereka kurang menyengat.

Begitu juga dengan Portugal yang mengharapkan sentuhan 'mahal' Cristiano Ronaldo walaupun CR tidak menunjukkan aksi cemerlang sejak pusingan kelayakan 2 tahun lalu.

Hal yang sama berlaku kepada Uruguay dimana mereka mengharapkan sentuhan berpengalaman Diego Forlan. Maka serangan ke arah pintu gol sangat rendah dan kemungkinan untuk menang sangat tipis. Kesannya, mereka gagal mara ke peringkat Final.

Melihat semua ini, banyak yang boleh diambil sebagai pengajaran. Terutama dalam politik negara hari ini.

UMNO yang diwar - warkan mahu menjadi Juara Rakyat sebenarnya hanya bergantung harap kepada Dato' Seri Nagib semata - mata. Beliau menjadi tonggak dalam perjuangan memenangi hati rakyat.

Maka tidak hairanlah sekiranya Merdeka Center yang membuat kajian menyatakan bahawa sokongan kepada Dato' Seri Nagib meningkat ke angka 72% kerana hanya beliau yang buat kerja.

Persoalannya, apa fungsi mereka yang lain? Adakah untuk duduk dan lihat sahaja?

Perkara yang sama ini turut berlaku di Bentong dimana Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda hari ini dikritik kerana tidak menjalankan tugas serta jarang turun padang.

Adakah UMNO Bentong ini hanya ada dua ikon itu sahaja? Kenapa tidak ada yang mempertikaikan tugas serta tanggungjawab mereka yang lain seperti Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, AJK dan sebagainya?

Mereka ada di Bentong. Kenapa tidak dipertikaikan pula? Kalau mereka turun padang, tidak pula diberikan kredit dan diberi ucapan terima kasih.

Soalan utama yang perlu kita tekankan ialah adakah mampu sebuah pasukan itu untuk berjaya jika hanya mengharapkan kepada seorang striker sahaja?

Sekian, terima kasih.

Ps: Sekiranya ada email atau artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, sila emailkan ke alamat: umbpahang@gmail.com

Wednesday, June 30, 2010

Selamat Bersidang

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Mungkin posting ini agak lambat, tetapi masih mempunyai waktu untuk diucapkan.

UMB Pemuda Pahang mengucapkan Selamat Menjalankan Mesyuarat Perwakilan Bahagian yang bermula 16 Jun yang lalu.

Semoga dalam Persidangan nanti dapat kita menimba pengalaman dan meluaskan fikiran dalam keadaan politik semasa.

Yang lebih penting, hubungan Ukhwah diantara ahli di cawangan dengan kepimpinan bahagian masing - masing bertambah lebih erat dimasa akan datang.

Rapatkan Barisan, tingkatkan usaha. Moga Allah memberkati perjuangan kita.

Insya Allah.

Thursday, June 24, 2010

Kenapa, Tak Berani Buat Sendiri Ke?

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Berikut adalah tulisan dari seorang sahabat yang musykil mengenai isu Judi Sukan:

Membaca blog rakan - rakan, tidak kira dalam Pahang atau diluar negeri makmur ini banyak artikel yang menulis mengenai Bantahan PAS terhadap Judi Sukan.

Yang paling menarik perhatian ialah Usul Judi yang dibuat dalam Mukhtamar PAS baru - baru ini oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. DPPP menolak agar usul bantahan terhadap Judi Sukan dilakukan secara menyeluruh banyak menimbulkan tanda tanya.

Malah, PAS juga turut mengambil ikon Bola Sepak Negara bagi membuat bantahan terhadap judi sukan ini terutamanya judi bola sepak.

Sampai ada pihak yang bermati - matian mencabar sesetengah pihak lain agar saman dikenakan kepada Menteri Kewangan yang memberi Lesen kepada syarikat swasta untuk menjalankan aktiviti judi.

Kenapa mereka tak saman sendiri? Kenapa nak suruh orang lain pulak yang buat?

Agak menghairankan, kenapa mereka tidak membuat bantahan terhadap aktiviti judi itu sahaja? Kenapa bantahan tersebut hanya dihadkan kepada Judi Bola Sepak dan Sukan?

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat yang menolak cadangan agar Usul tersebut diubah sampai hari ini masih belum menjelaskan pendirian beliau mengenai isu ini.

Kalau mereka kata, bantahan juga merangkumi segala jenis judi, apa rasionalnya mereka mengambil ikon Bola Sepak Negara itu?

Tidak ada pula kita dengar mereka mengadakan demonstrasi di depan kedai - kedai ToTo diseluruh negara. Ataupun himpunan rakyat Pulau Pinang didepan Trek Lumba Kuda di Pulau Pinang sambil membawa sepanduk bantahan. Kenapa tidak diadakan bantahan secara beramai - ramai di Genting Highland?

Persoalannya sekarang, adakah Dewan Pemuda PAS Pusat membenarkan judi seperti Loteri, ToTo, dan Lumba Kuda tetapi tidak kepada judi bolasepak? Pelik, tapi itulah kenyataannya.

Pandangan dan tulisan anda boleh dihantar ke alamat email umbpahang@gmail.com

Monday, June 14, 2010

Giliran Tuan Ibrahim Tuan Man

Assalamualaikum.

Ucapan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sewaktu merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat turut menyifatkan bahawa Perjuangan PAS selama ini sudah tersasar. Berita lanjut, klik sini.

Kehadiran DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat menyedarkan mereka bahawa dakwah Islam yang selama ini dipraktikkan oleh mereka hanya disebarkan kepada orang yang sudah beragama Islam sahaja.

Mereka lupa bahawa syiar Islam juga haruslah secara menyeluruh dan merangkumi pelbagai kaum termasuk Cina dan India.

Maka secara tidak lansung, Mursyidul Am itu turut menyeru agar semua kepimpinan PAS di seluruh negara untuk mentarbiahkan dan berdakwah kepada Pemimpin - Pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Termasuklah Pemimpin DAP dan PKR.

Jadi, ucapan tersebut juga akan menjadi tanggungjawab kepada Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mentarbiahkan YB Leong Ngah Ngah, ADUN Triang agar beliau turut memeluk Agama Islam.

Wednesday, June 9, 2010

PAS Bermuhasabah, PDO Bila Lagi?

Artikel dalam akbar Haprak minggu ini seolah - olah menyindir diri mereka sendiri dan Kepimpinan Pakatan Rakyat.

Walaupun artikel tersebut sebenarnya bertujuan hendak menyindir BN / UMNO tetapi secara tidak lansung ia turut menyindir beberapa pejuang siber Pembangkang seperti Pahang Daily Online (PDO).

Jika sebelum ini PDO banyak kali melaporkan mengenai keadaan kesihatan YB ADUN Kerdau, tetapi laporannya hanya sekadar mengenai situasi kritikal beliau sahaja.

Tidak pula dalam laporan PDO menyiarkan kedudukan YB tersebut bila beliau sudah kembali stabil mahupun menggesa seluruh rakyat Pahang agar berdoa supaya YB Kerdau itu kembali pulih dan mampu menjalankan kerjanya.

Jadi, tahniah diucapkan kepada penulis artikel dalam Akbar Haprak minggu ini yang membidas tulisan Pahang Daily sebelumnya.

Tuesday, June 8, 2010

Sekadar Mahu Membuat Provokasi

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Berikut di pautkan artikel dari Pahang Daily yang mengambarkan betapa perjuangan Puak Pakatan Pembangkan ini hanya sekadar memporak - perandakan keamanan dan merampas kuasa semata - mata. Klik sini.

Sudah tidak ada idea baru dan 'angle' menarik untuk menyembunyikan kelemahan mereka yang kian pudar semakin hari, Pahang Daily sekadar menimbulkan kontroversi sahaja.

Umpama anjing menyalak ke bukit. Tapi tidak mengapa. Anjing hilang suara, bukit tidak berganjak juga.

Pelik melihat telatah Pahang Daily ini sebab beliau berada di bangunan Kerajaan atau setidak - tidaknya di kuantan seharian. Kenapa beliau tidak mendapatkan berita serta keterangan dari orang yang sewajarnya disitu?

Kenapa pula hanya bertanya sama ada sesuatu isu itu benar atau tidak didalam blog?

Ini semua hanya persoalan minda Pahang Daily sahaja. Takut juga kalau - kalau nanti Pahang Daily hilang akal dan merayau sekitar Bandar Kuantan sudahlah seperti orang gila meroyan.