CHANNEL UMB

Tuesday, March 9, 2010

Lagu 1970an

Oleh: Semut Hitam



Salam 1Malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum, lagu-lagu sekitar 1970an sangat popular sehingga ke hari ini. Lagu-lagu dari Ahmad Jais, A. Rahman Hassan, R. Ramlee dan sebagainya masih banyak kita dengar hingga ke hari ini terutama melalui Stesyen Radio Klasik Nasional.

Tidak kurang juga retorik pembangkang pada hari ini. Idea mereka masih segar walaupun ianya sudah berusia hampir 30 tahun lamanya. Hari ini, mereka mendendangkan lagu tahun 1970an.

Kepada umum yang tidak tahu apa maksud saya, biar saya terangkan. Dalam tahun 1970an, PAS pernah bergabung dengan Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan di Kelantan. Mereka sendiri yang telah memilih Menteri Besarnya dan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Muhammad Nasir pada ketika itu.

Lewat tahun 1976, satu gerakan mengulingkan Menteri Besar itu telah diadakan oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan. Diantara sebab kenapa PAS mahu mengulingkan Datuk Muhammad Nasir adalah kerana isu tanah. MB Kelantan pada ketika itu telah melancarkan gerakan membasmi penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa. Antara tindakan beliau ialah dengan menarik balik pemberian tanah sebanyak 355 hektar kepada sebuah syarikat swasta dan menangguhkan projek perlombongan bijih diantara sempadan Perak - Kelantan. Menteri Besar PAS itu menyatakan bahawa beliau tidak mahu menyalah gunakan kuasa beliau untuk kepentingan peribadi sesiapa termasuk orang-orang PAS sendiri. Jika penggunaan tanah seluas 355 hektar itu digunakan untuk kemajuan dan pembangunan rakyat Kelantan, beliau tidak ada masalah. Tetapi beliau difahamkan ada kepentingan individu tertentu dalam PAS sendiri yang menyebabkan beliau terpaksa menarik balik pemberian tanah tersebut. Begitu juga alasan yang beliau berikan mengenai isu tanah lombong diantara sempadan Perak - Kelantan. Tindakan beliau ini turut mendapat sokongan dari Dewan Ulama PAS dan Timbalan Yang DiPertua PAS Pusat sendiri.

Kemelut politik dan pentadbiran PAS Kelantan itu telah membawa kepada perpecahan dalam PAS. Yang DiPertua PAS Pusat, Datuk Asri telah memutuskan untuk melantik Pengerusi Badan Perhubungan yang baru untuk menggantikan kedudukan Menteri Besarnya. Seterusnya gerakan kumpulan 16/20 telah diadakan. Gerakan itu bertindak mengusulkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besarnya dalam Sidang Dewan Negeri. Bagi Ketua Pemuda PAS pada masa itu, Mustafa Ali, mereka ambil langkah tunggu dan lihat. Mereka sedikit pun tidak memberi apa-apa respon terhadap kemelut yang berlaku dalam Parti mereka sendiri.

Hal ini mula menarik perhatian Pengerusi Barisan Nasional Pusat yang pada ketika itu diterajui oleh Tun Hussien Onn. Tetapi atas nasihat Yang DiPertua PAS sendiri, Tun Hussien membiarkan isu itu diselesaikan oleh PAS. Malah itu adalah permintaan oleh YDP PAS Pusat sendiri kerana bagi beliau ianya hanya membabitkan PAS sahaja dan bukan keseluruhan Komponen Barisan Nasional.

Walaubagaimana pun, gerakan kumpulan 20/16 itu masih diteruskan sehingga mengakibatkan Datuk Muhammad Nasir keluar Parti lalu menubuhkan Parti Berjasa. Bekas MB Kelantan ini turut mendapat sokongan dari 55 Ranting PAS di Kelantan termasuk Ketua Pemuda Berjasa pada ketika itu Ibrahim Ali. Selepas pilihanraya 1978, Berjasa berjaya menawan Kelantan dengan menjadi Ahli Komponen Barisan Nasional. Mulai detik inilah PAS hingga ke hari ini masih menyalahkan Barisan Nasional dan UMNO terutamanya apabila kita bangkitkan soal Perpaduan UMNO dan PAS.

Ikuti semula apa yang mereka minta. Mereka sendiri tidak mengambil pendekatan Musyawarah dalam menghadapi kemelut politik mereka sendiri, tapi mereka salahkan UMNO. Pemuda mereka berpeluk tubuh dan mengambil langkah tunggu dan lihat, mereka salahkan UMNO. Mereka sendiri minta Pengerusi Barisan Nasional yang juga Presiden UMNO pada ketika itu supaya tidak campur tangan dalam pertikaian PAS Kelantan, mereka tetap salahkan UMNO.

Hari ini, setelah lebih dari 30 tahun berlalu, perkara yang sama juga mereka ulangi. Kemelut politik dalam PKR yang tidak dapat diselesaikan sendiri oleh Ketua Umumnya, mereka salahkan UMNO. Malah mereka tuduh Presiden UMNO serta Isteri menjadi dalang utama. Mereka memetik kata-kata Dr Syed Husin yang menuduh Dato Seri Najib menggunakan pelbagai cara bagi memancing agar Ahli Parlimen PKR ini melompat Parti. Malah mereka juga turut menyelar tindakan berani Ahli-Ahli Parlimen itu sebagai Katak. Apakah mereka lupa, Zaid Ibrahim dan Chua Jui Meng juga melompat dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat? Maka, mereka juga harus digelar Katak. Malah Ketua Umum PKR yang dulunya bekas Timbalan Perdana Menteri juga wajib kita panggil Bapak Katak.

Apa tidaknya. Bukankah beliau yang mempromosikan acara lompat katak ini dalam Projek 16 September? Malah Gerakan Halilintar kelmarin juga masih mengulangi promosi yang sama. Selain dari itu, Ketua Pembangkang itu sampai hari ini masih tidak mendaftar jadi Ahli PKR yang sah. Dalam erti kata lainnya, Anwar Ibrahim masih ahli UMNO yang sah selagi nama beliau tidak dibuang dalam keahlian UMNO. Persoalan besarnya disini ialah KENAPA?

Kenapa seorang yang bercita-cita besar mahu menerajui Pakatan Reput ke Putrajaya ini masih tidak daftar jadi ahli PKR? Kenapa beliau yang masih ahli UMNO ini sibuk ke hulu ke hilir memburuk-burukkan UMNO sedangkan beliau masih lagi menjadi ahli? Kenapa beliau yang masih bergelar warganegara Malaysia pergi memburuk-burukkan nama negara di serata dunia? Apakah beliau tidak tahu, nun jauh disana mereka sebenarnya sedang ketawa terbahak-bahak melihat badut ini sangat mudah diperkotak-katikkan?

Adakah ini imej seorang pemimpin? Adakah ini lambang seorang pejuang rakyat dan bakal negarawan? Adakah layak orang yang memburuk-burukkan negara sendiri ini diberi penghormatan? Adakah PAS ingat mereka masih boleh berdendang lagu 1970an?

Fikir-fikirkan lah.

P/s: keratan Akhbar ini akan saya simpan sekiranya berlaku sebarang kemungkinan dimasa akan datang.
Ingat pepatah Aceh, bergerak Umpama semut hitam ditas batu hitam dimalam yang gelap tidak berbintang.

2 comments:

  1. Salam sdr,
    Harap dapat linkkan dgn blog sdr http://suarasatuduaumno.blogspot.com
    Untuk pengetahuan sdr, saya telah linkkan blog sdr dalam blog berkenaan. T.Kasih

    ReplyDelete