CHANNEL UMB

Tuesday, February 2, 2010

Lompat Parti?



Kami di UMB Pahang tertarik dengan laporan berita dari laman web dari malaysia-instinct "http://www.malaysia-instinct.com" mengenai khabar angin yang mengatakan 10 Ahli Parlimen PKR Mahu Sertai BN :


10 Ahli Parlimen PKR Mahu Sertai BN?

Sejak dua minggu lalu terdapat 10 Ahli Parlimen daripada PKR dilihat memasuki Jabatan Perdana Menteri secara berasingan. Antara yang dikesan ahli Parlimen PKR dari Kedah (2 orang), Pulau Pinang (2 orang), Perak (2 orang) dan Selangor (2 orang) dan Wilayah Persekutuan (2 orang).

Mereka merangkumi Ahli Parlimen Melayu, Cina dan India dikatakan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber Putrajaya enggan menafikan atau mengesahkan perjumpaan YAB Perdana Menteri atau Timbalannya dengan mereka ini.

Bagimanapun beberapa setiausaha Politik Menteri di Jabatan perdana Menteri mengakui melihat sebahagian nama yang kami nyatakan kepada mereka sebagai berada di Jabatan Perdana Menteri minggu lalu.

Siasatan yang dilakukan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang temu janji dengan mana-mana Menteri, Timbalan Menteri atau Penasihat di Jabatan Perdana Menteri.

Spekulasi ketika ini ialah sama ada mereka berjumpa Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Sungguhpun kami mempunyai beberapa nama yang dikatakan mengakui berjumpa Perdana Menteri namun nama mereka akan dirahsiakan sementara waktu bagi sehingga terdapat pengesahan rasmi.

Yang mengejutkan sebahagian nama yang diberikan merupakan ahli parlimen yang provokatif dan dilihat setia kepada Datuk Seri Anwar melebihi setia mereka kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Kami juga difahamkan usaha Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail untuk berjumpa PM atau TPM telah ditolak kerana dipercayai tidak ikhlas.

Azan bagaimanapun semalam mendakwa beliau cuba dibeli oleh UMNO melalui Datuk Jamaluddin Jarjis. Justeru kita mencabar Azan menunjukkan bukti SMS yang beliau dakwa cubaan membeli atau menyogok beliau untuk keluar parti. Kita juga berharap Azan dapat membuat laporan Polis dan SPRM bagi membuktikan dakwaan beliau.

2 comments:

  1. Salam UMB pahang, saya sudah masukkan link anda ke dalam blog saya, saya harap anda akan dapat update Blog ini selalu. TQ

    ReplyDelete
  2. semoga ada berita baik seterusnya namun kita perlu berhati-hati dengan sepak terajang politik diaorang ni...harap2 harap menjadi...

    ReplyDelete